Monday, February 10, 2020

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia




x
Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Pelawak popular Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. -Foto Twitter















PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia
di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik
kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya
gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak
dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak
ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan
untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya
menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak
lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan,
32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama
Fad dan Acey.

sumber :

Takziah utk seluruh ahli keluarga.
Kehilangan besar yg dirasai seluruh rakyat Malaysia. Insan yg berbakat besar.. 
Moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.

3 comments:

  1. If you're trying to burn fat then you have to start following this totally brand new tailor-made keto meal plan.

    To design this keto diet service, licensed nutritionists, fitness couches, and top chefs have united to provide keto meal plans that are efficient, convenient, cost-efficient, and delightful.

    From their first launch in 2019, 1000's of people have already remodeled their figure and health with the benefits a smart keto meal plan can provide.

    Speaking of benefits: in this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones offered by the keto meal plan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...