Wednesday, March 04, 2020

Pesta Buku & Karnival Pembaca Perlis 2020

Assalamualaikum..

Sabtu lepas lepas budak2 ni habis mengaji quran, bawak depa ke Pesta Buku dan Karnival Pembaca Perlis 2020.
lokasi is Perpustakaan Awam Negeri Perlis kat Kangar..
2 minggu sblm tu ada pelancaran kat skolah Amni.
makanya balik tu duk berzikir nak p pesta buku nak p pesta buku.
menyampah dah mak dengar..
sabar jap, lambat lagi kakak oih..

last day is 1 Mac, hari Ahad.
so, Sabtu tu aku bawak lah diorg pegi berjimba.
kebetulan apak keja balik ptg hari tu.
so, dapor is closed hahah
kalau tak, sabtu mkn beridang beramai2 anak beranak.


bujang nan seorang kalau ambik gambar ada saja pose pelik2 dia.
bertabahlah kakak pun melayan.
sokay, budak mcm ni cerdik kan?

kami sampai dlm pukul 11.30 pagi.
aku dah belikan roti sorang 1, so mkn dlu masa otw dari tempat mengaji tu.
selalu blk mengaji masing2 menggelupor lapar.
jadi kita bersedia supaya takda amukan ablasa nnt dari mak hang..

mcm biasalah, yg meroyan bila kat sini haruslah anak dara.
menggelupor tgk buku komik.
seeeeemua nak beli.
amboih dia..
kita tgk2 dulu, jalan dulu.
jap lagi baru beli.
sabar..

tak  meriah sgt jualannya.
biasa saja.. mcm thn2 sebelum ni.
buku yg murah tu selalunya buku lama.
diorg nak habiskan stock, so buat sale.
3 buah RM10. mcm2 harga ada.
buku2 latihan la. but sokay je buku lama pun, kena pandai pilih.
kut ada silibus yg dah berubah.
buku cerita pun bnyk sale and mostly buku lama..
pilihan kat tangan masing2

then aku bawak budak2 ni masuk library dulu.
aku pun lama dah kut tak masuk public library nih hahaha
dulu kalau ada event yg join venture dgn diorg, pernah la datang.
nun lama dulu.. before 2008 nuh haha


ada mcm2 aktiviti sepanjang pesta buku ni.
awal2 dulu ada dapat hebahan tu kat wasap.
cadangnya nak la hantar Amni sudahnya aku lupa.
gitulah..
so hari tu kita tgk jelah apa yg diorg blh buat.
stop kat meja origami.
petugas tu ajar la buat origami simple utk Amni.

then aku tgk ada meja SSPNi.
stop kejap dengar penerangannya.
then decide utk register utk budak 2 ketoi tuh.
lama dah aku nak daftarnya tapi takda kesempatan.
ni mcm relax sket, so on jelah.
isi borang je. nak nombor mykid anak2 and nom acc bank yg nak dipotongnya nnt yakni acc bank makbapak haha
anak ada 2, so mohle kita ambik sorang 1 dgn apaknya.
adil ye dokkkk...
apak potong jugak, amak pun sama.
aku ambik yg paling murah, RM30 sebulan.
sokay murah pun asalkan ada. sebab long way to go lagi utk diorg belajar sampai ke universiti.
bnyk kelebihan utk SSPNi nih.
korang blh check kat websitenya.
soon dah sampai polisinya aku share lagi if sempat.

setel part tu, pastu tgk meja lain pulak.
ada jumpa school mate dulu, dia kerja perpustakaan desa.
datang bertugas juga hari tu.
then jumpa ex officemate pak incik.
aku kenallah jugak.
sembang2 jap, ronda2 tgk apa yg ada then keluar.
tak menahan dah budak2 tu.
yg Aniq nak belon, Amni nak beli keychain.
haish la anak..



ada clown duk tunggu edarkan belon.
tapi berator kemain panjang.
tak kuasalah nak tunggu.
mula depa p berator dah, pastu aku panggil.
masam ja Aniq. mau sungguh la dgn belon.
org ramai nak oi...
Amni nak beli gelang nama tu.
RM6, layan jelah.
Aniq masih bebai tak dapat belon haha..
pastu pegi beli buku utk Amni.
dia nak komik, so mak layanlah sebab thn ni tak beli lagi komik utk dia.
dapat la 2 buah. ada sale 20%.
pastu ambik buku latihan mate utk dia skali.
Aniq masih muka masam, so mak tanya nak apa.
ajak beli buku, takmo hahah
ok la jugak sbb buku2 kat situ biasa2 saja tapi mahal.
utk baya2 Aniq la. baik lah beli kat kedai eco ja hahaha
then dia nak mini puzzle.
1 set tu ada 3 keping mini puzzle, RM4.
kalau kat kedai eco, RM2 jaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
tapi dah dia duk masammm ja, so mak belilah jugak hahaha
baru la muka ada sinyiummmm..

then pegi beli mkn.
dah mula nak kelupor lapar masing2 pun.
dapat air milo + wedges sorang 1.
dah jom balik..
balik tu pakat mengadap apa yg dapat tadi tu jelah.
oklah tu, janji hangpa heppy..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...