Assalamualaikum..
Jumaat lepas, kali ke 2 aku keluar.
sepanjang PKP ni.
minggu 1st, aku keluar hari jumaat jugak.
minggu ke 2 pun hari jumaat jugak.
saja keluar hari kerja, kut org tak ramai sgt.
beware kan?
bukanlah nak sgt keluar pun, tapi nak jugaklah keluar tu hahah.
eh, duit gaji pun tak ambik lagi tau.
aku mmg elakkan la 25hb tu. risau org mesti ramai punya.
so, guna pakai jelah apa yg ada kat dapur tu dulu.
ada je lagi..
aku keluar hari jumaat sebab takmo hari sabtu, takut ramai org.
sbb ada yg bgtau, ramai ja org kat few places.
nak tak nak kena keluar jugak sebab ada barang yg habis.
malas nak pesan ke pak incik..
dia bab beli brg basah, ok la lulus la jugak.
walau yg dia beli cuma ayam dan sejenis ikan ja. pasrah jelah.
dulu lagi teruk, mula2 kawen aku cari gambar tunjuk ha beli cenggini cenggitu.
now dah kira improve bnyk.
my protection gear..
dettol tu aku dah beli lama. tak guna selalu.
now, bila nak kluar aku bawak.
kena jimat2 pakai sebab susah nau nak dapat stock.
ada org jual kat shoppe, harga sekali ganda.
gilak.
hand sanitizer tu dapat kat farmasi hari last keja.
sebotol rm29.90.
masa aku sampai, diorg baru nak display.
sekelip mata, habis licin..
aku keluar dlm pkul 9.30 pagi. anak2 duk dengan apaknya.
masa aku nak keluar, masing2 masih tidor.
1st destination aku hari tu is bank.
ikut tu 3 bank aku kena pegi. tapi dlm keadaan mcm ni, kita kena pantas dan jgn buang masa.
redha jelah takat rm1 kena caj utk meps tu..
kalau biasa2 aku pegi je satu2 bank, sebab kat Kangar ni semua bank nearby ja.. takda la jauh dari 1 bank ke 1 bank tu sampai 10km.. sekentut je pun
mula2 keluarkan duit pencen abah. yg tu dari BSN.
pastu keluar duit gaji aku dari bank Muamalat.
pastu nak masuk duit ke adik aku kat Maybank.
end up kita setel semua kat Maybank.
awal pagi, so org tak ramai pun.
selesai, sanitize tangan.
2nd destination is market.
kat sini kalau market tu, pasar basah la, nearby pasar borong.
sebelah flat Sri Sena tu.
mmg situ tempat tumpuan warga Kangar. dari rumah aku, around 2km++ ja.
aku lagi suka ke situ compare to pasar tani, sebab pasar tani mahal haha
sempena PKP ni, ada RELA jaga kat luar bangunan market.
parking pun diorg dah ubah, kat 1 kawasan saja and pintu masuk pun 1 saja.
lain2 semua tutup. so kena menapak sket la.
nak masuk market, ada staf kesihatan maybe, jaga kat pintu masuk.
diorg akan check suhu and bagi hand sanitizer.
so, nmpk bagus di situ.
tapi..
dalam market, manusia ramai bersesak as usual.
adoiii..
aku ni sebab dah sampai, so masuk jugak lah beli apa yg patut.
tu pun selaju mungkin dan cuba elakkan bersentuhan dgn org.
mostly pakai mask, ok la sket kan?
aku dah buat list apa nak beli sebab nak laju and takmo bazir masa pikir nak beli itu ini.
ayam sekor, daging sekilo, ikan kembong sekilo. pastu nmpk siput retak seribu masa nak beli ikan.
so, on sekilogram sebab dah lama tak makan.
pastu pegi pilih sayur.
then pegi beli santan, beli buah tembikai, setel.
berat ya ampun nak bawak ke kereta.
tembikai saja dlm 3kg, ayam 2kg, campur ikan daging siput lagi 3 kg.. sayur2 lagi. phewww...
dah la jauh park nya. bertabahlahhhh.
hasilnya..
dia punya peluh tu, takleh bawak bincang.
mcm ko baru lepas zumba non stop hahah
dalam mask tu, lagilahhhhh..
peluh sampai masuk mulut okeh..
fuhh..
letak barang kat bonet kreta, aku basuh tangan dgn air dulu.
pastu baru guna hand sanitizer.
siap spray stereng, beg duit bagai haha.
paranoid okeh.
jam dah pukul 10++, so next is Giant.
dari market, dlm 2km camtu ja.
dapat parking dekat, lega hehe.
nak masuk pun ada yg jaga, check suhu and bagi hand sanitizer.
masuk dlm, punnnnnnnnnnnnnnm ramai org.
adoih sabar jelah.
tapi disebabkan dah ada list, so keja jadi laju.
aku siap call mak aku, nak beli apa.
selalu pun aku yg duk beli barang rumah utk diorg. biasanya mak aku akan call tanya hari apa nak balik, beli itu beli ini.
kali ni aku yg call dlu tanya apa benda habis, nak beli apa?
ada adik aku kat sana, meriah la kiriman tu.
sokay, laju2 tolak troli cari barang and make sure jaga jarak, tak bersentuhan dgn org.
kat bahagian depan ni ok, masuk bahagian basah, mak aiii meriah gila.
adoihh. ada yg dtg mak anak duk bincang nak beli apa.
yg lenggang kangkung tolak troli, belek satu2 barang pun ada.
tak nmpk mcm PKP pun..
tak paham aku..
kat bahagian basah, aku ambik udang ja sebab tgk segar2 and tak mahal sgt.
nak beli sayur2 tambah sket lagi, buah2 ke haishh malas.
sebab que up nak timbang tu panjang gila.
jam dah pukul 11 camtu.
takpelah, cukuplah apa ada dlu.
rasa nak lompat bintang tgk roti ada kat rak.
hoih susah nak dapat roti skang ni kan?
sejak PKP, laki aku asyik jumpa roti plastik hijau ja.
aku ok la, tapi anak2 tak berapa suka.
so, hari tu dapat roti putih.
aku ambik terus yg pack jumbo.
ada yg beli 2-3 bungkus roti. korang simpan dlm peti ais ehhh..
dah setel nak beratur membayar dah 1 hal.
ramai.
tak jaga jarak tu 1 hal. geram jugak aku.
pasrah jelah.
mujorlah, pakcik gad tu tiba2 datang tarik troli aku ke kaunter kat pintu masuk sana.
sebab sana kosong. org duk beratur kat belakang ni, tak perasan yg depan kosong.
rezeki Alhamdulillah.
sebab aku keluar sendiri, nak beli sabun baju, shampoo, sabun basuh pinggan, tisu dapor..
semua habis.
pastu nak beli nugget la, biskut2 utk anak2 lagi.
benda mcm ni susah nak kirim ke pak incik. kang dia main capai je, tak tgk ada sale ke, brand apa slalu guna, compare harga ke apa.
daripada aku bising, baiklah aku pegi beli sendiri.
takda pun yg aku beli double stock kecuali sabun basuh pinggan.
semua yg beli ni sebab yg kat rumah dah habis or dah nak habis.
ini pun dah beratus huhu.. sebab utk 2 rumah.
penuh bonet kereta.
rasa mcm kaya pulak sebab banyak nau membeli.
tak pernah beli bnyk mcm ni hahah
last destination, pasaraya sri utama. ni otw jln balik rumah aku.
singgah sebab nak beli susu anak2.
kat Giant ada, tapi mahal. beza harga sampai rm5. rugi wohh.
kat pasaraya tu pun ada limit pengunjung nak masuk.
1 time only 5 person. bagus mcm tu.
kat situ tak lama, beli pun tak bnyk.
tak habis rm50 pun. top up mana yg takda kat Giant tadi.
dah setel jom balik.
sampai rumah pkul 12 tghr.
masuk terus mandi dulu.
baju semua tukar.
barang basah ja aku bawak masuk rumah and basuh..
like nugget, butter, sosej smua tu lah.
barang kering biar dlm kreta dulu.
jemur.
pastu start basuh bahan mentah and nak masak.
letih ya ampun..
sebelum ni pun beli utk seminggu jugak, tapi takda la bnyk mcm ni.
kali ni meriah..
utk yg ni lebih kurang rm70 camtu..
nak membasuh, nak menyimpan stock, nak susun elok2 dlm peti ais fuhh peluh.
sebab full peti ais so kena susun elok2.
pastu sambung masak pulak.
siput retak seribu masak lemak + ikan kembong goreng + sambal belacan + ulam timun.
simple.
penat ya ampun tapi happy sebab semua licin.
Amni makan bnyk sama naik apaknya.
sebab ada siput tu.
dah lama tak beli.
nak buat masak lemak tu, bawang merah + bawang putih + halia aku minta Amni tumbukkan.
dah blh harap dah dia now.
dia pun kemain menggedik tgk aku beli siput tu.
sebab dia suka.
dia cakap, wow mama beli kerang! hahaha
siput nakkkk. kerang lain. kerang pun dia suka.
lepas tu masing2 tersandar kekenyangan.
petang tu, pkul 6 camtu budak2 nak main kat laman, baru aku angkut barang lain masuk rumah and simpan.
sampai hari ni, masih ada bahan mentah tu semua.
tak susah nak cari kat sini sebab bnyk kedai yg jual bahan basah now..
cumanya kita nak elakkan kekerapan keluar tu.
tak da hal penting, kita duduk rumah baik2.
okeh..
No comments:
Post a Comment