Thursday, April 02, 2020

Ini perkara yang anda perlu tahu tentang Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Assalamualaikum..

rasanya now semua tengah buat kira2 utk perbelanjaan bulan depan dan seterusnya.
hehe..
hari tu PM dah umum Pakej Ransangan Ekonomi yg terbaru.
ekoran dari Covid19 ni.
sebab banyak yg  terjejas terutamanya bidang ekonomi..

so here aku paste kan kat sini untuk rujukan korang, apa itu BPN.
yg belum mohon, silakan.
yg dah dapat BSH @ BRIM sebelum ni, korang tunggu saja nnt duit masuk dlm acc.
yg tak dapat BSH @ BRIM sebelum ni, yg dah ada akaun e-filing, pun toksah bimbang.
kalau layak, nnt adalah tu duit masuk ke dlm acc bank yg korang daftarkan.
yg tak layak, duk diam2.
tak payah bising benda yg tak tentu hala.
setiap org dapat rasa apa yg PM umum hari tu.
tak dapat bantuan one-off, tapi ada insentif lain.
like penangguhan bayaran loan bank, diskaun bil elektrik.
tak dapat bantuan one-off, sebab pendapatan korang dah banyak
raaaaamai lagi kat luar sana, yg dapat bantuan ni tapi masih kena catu duit sebab terputus sumber pencarian utk keluarga.
bersyukurlah kita dgn apa adanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber berita dari : Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020.
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi rakyat yang layak.
Ini perkara yang anda perlu tahu mengenai BPN:


1. Apakah Bantuan Prihatin Nasional?
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

2. Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak
pada permohonan BSH 2020; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan
maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan
ke atas); dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar
dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:

1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2) Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai
Pendapatan (BNCP).

3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

3. Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima bagi golongan B40 &
M40?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:
Bayaran Jumlah Pertama (April 2020)
Bayaran Kedua (Mei 2020)

Isi Rumah
Berpendapatan (RM0 – RM4,000)  memperoleh RM1,000 (April 2020),  RM600 (Mei 2020)
Berpendapatan (RM4,001 – RM8,000) memperoleh RM500 (April 2020), RM500 (Mei 2020)

Bujang
Berpendapatan (RM0 – RM2,000) memperoleh RM500 (April 2020), RM300 (Mei 2020)
Berpendapatan (RM2,001 – RM4,000)  memperoleh RM250 (April 2020), RM250  (Mei 2020)

4. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?
Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei
2020.

5. Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 ini dilaksanakan?
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
 1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan
Nasional
3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah
dikemukakan.
2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan
ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

6. Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?
Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:
Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui
Bank Simpanan Nasional.
Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:
Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini
(https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank
adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

7. Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40
boleh dibuat?

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan
status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN
yang ditetapkan.

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

8. Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima
Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin
Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi
berikut sahaja:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my


so, korang blh tgk korang punya kelayakan kat mana.
banyak lagi insentif lain yg PM umum.
dan seperti yg dia kata, semua dapat rasa tak tertinggal sorang pun makluk kat Malaysia ni tak dapat.
tak kisah la korang keja apa.. keja bank ke, keja cikgu ke, keja makcik kantin ke, keje artis keeeee..
semua dapat.
bezanya korang tau nilai ke tak je.
ehek ehek ehek..

yg pasti Makcik Kiah dah senyum lebaq duk buat kira2 dah berapa dia untung.
dan jgn lupa berbagi rezeki di musim ini supaya ada berkat dlm rezeki kita.
okey?
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...