Assalamualaikum..
hye everythingggg..
dah semua now nak hi everything kan hahaha
pejam celik pejam celik, sebulan lebih dah PKP.
so how are u today? hehe..
dannn, this is for the 1st time, kita berpuasa dlm PKP.
wohoooo..
mungkin akan menjadi sejarah..
semlm lepas maghrib tak terus mengaji.
lepak depan tv dulu nak dengar pengumuman puasa..
baju hijau muda dia semlm hehe.
dah blh agak, puasa akan mula hari Jumaat.
kalendar kita now blh percaya dah.
lepas dgr pengumuman puasa, tgk berita kejap sbb nak dgr perutusan PM pulak lepas tu.
dan seperti jangkaan, PKP disambung lagi.
sejujurnya, aku mmg harap PKP sambung hahaha..
sebab puasa kan?
kesian ke anak nnt.
lagipun, bila puasa & tak keja ni, rilex la sket.
cuaca panas pulak ni..
bukan sebab tu sajalah.. tak2..
kalau blh nak stop la, nak keluar nak hidup as usual..
tapi kita semua tau, rantaian virus ni blm habis lagi.
belum benar2 putus. dan masih lagi belum selamat di luar sana.
Perlis now dah green zone, Alhamdulillah.
tapi tetaplah risau bila keluar tu.
semlm dlm ucapan PM tu, ada dia sebut ramadhan kali ni berbeza.
mungkin kita tak dapat beraya di kg katanya.
so, kita kena ready if PKP ni sampai raya.
aku bab raya tu ok lg lah walau tak la ok sgt.
tapi puasa ni, lagilah sayu.
nak blk berbuka dgn umi abah huhu..
mujurlah ada adik bongsu kat sana, adalah jugak peneman diorg.
kalau tak, berdua jelah berbukanya..
sebelum2 ni, weekend aku blk lah berbuka kat sana. meriahlah dgn budak2 tu skali.
kalau ada adik2 yg lain, ha lagi meriah. kadang2 mak2 sedara datang berbuka skali.
aduhai sayunya rasa..
nak share hikmah PKP ni. maybe kecik saja, tapi itulah kuasa Allah.
masa masih kerja dlu, aku adalah suarakan kat pak incik, nnt bulan puasa cemana ptg, sapa nak ambik anak2 blk skolah.
sbb bila puasa skolah diorg blk awal.
pukul 4 dan 430 petang.
opis aku blk pkul 430 ptg. so, dlm pukul 5 camtu baru sampai sekolah anak.
kesianlah kang kena tunggu mak lama, dgn panasnya, puasa pulak kan?
pak incik takda komen apa masa tu. last year, kwn dia tlg ambikkan budak2 tu blk skolah.
mujorlah ada yg blh tolong.
dah aku duk risau bab tu, nahhhh Tuhan dah permudah utk aku.
tak payah pikir sapa nak ambik anak blk skolah, hantar pagi2 pun tak payah..
Allahu..
hikmah jugaklah ni kan?
Alhamdulillah..
menu sahur tadi.
bila puasa ni, yg jadi keutamaan Amni lah.
budak2 kan, puasa ni bukanlah diorg kuat sgt.
so, mak kena bertabah.
dah tanya dia siap2 nak mkn apa utk sahur.
dia bgtau nak telor mata & ubi kentang hiris nipis then goreng.
pastu dia taruk kicap. habis licin makannya.
nugget tu aku bgn, terus masuk airfryer. pastu p solat tahajjud dlu.
dah hidang smua, baru panggil ahli yg lain.
Alhamdulillah Amni mudah ja bgn tadi. takda nak bebai ka apa..
pastu apaknya. tu yg payah bgn sbb dia tidor lambat. haiyoo..
mak mula2 nak mkn kurma ja dgn tembikai. tgk telor mata mcm best hahah.
mkn la jugak nasik sket.
apak mkn nugget + kurma. kurma tu dia mkn 5 biji, ke lebih..
aku takat sebiji ja. sebab manissss..
subuh pukul 5.57 pagi. bgtau diorg sabar ja, solat dlu ha pastu tidorlah sukahati.
aku tak tidor pun. tghr sket lah tidor..
takmo tidor pas subuh, kang pening.
pas setel solat subuh smua, duduk lama sket ata sejadah.
pastu sapu sampah, then on laptop.
setel apa patut. gaji kan hehe..
Aniq dah bgn, awal pulak dia bgn hari ni.
bgn terus minta susu. bgtau lapaq.. cemana nak ajar puasa nih.
japg kakak bgn, kita start buat homework.
hari2 cikgu bagi kerja skolah.
kadang aku tak sempat tgk, bwk ke esoknya.
mgg ni duk bizi cat pagar rumah hehe..
okes.. selamat berpuasa utk semua.
walau Ramadhan kali ini berbeza, moga ianya tetap memberi 1000 rahmah kepada kita.
tiada terawih di masjid, tiada bazar ramadhan, sunyi sepi saja semuanya.
kita hidupkan suasana masjid di rumah kita..
takpa, semuanya bersebab demi keselamatan kita semua.
teruskan berdoa, nak2 di bulan mulia ini. moga asbab bulan Ramadhan, rantaian Covid19 ni akan tamat nnt. Moga Allah mendengar doa kita semua.
Selamat berpuasa.
ReplyDeleteAllah hadir kan ujian utk kita lebih menghargaikan? Waktu lapang, waktu bebas, waktu sibuk, waktu terkurung dsbnya.
Betul.. Ini juga hikmah buat kita..
DeleteSelamat berpuasa
Salam ramadan
ReplyDeleteselamat berpuasa
Selamat berpuasa
Delete