Assalamualaikum..
hari ni day 1 utk PKP Fasa 3.
dan dah masuk hari ke 29 utk keseluruhan PKP..
and, we still survive kan?
10hb April lepas, sebelum perutusan PM, ramai dah menjangkakan PKP akan dilanjutkan.
kes +ve makin naik, hari2 ada kes, so for sure PKP dilanjutkan.
mostly aku tgk komen2 kat media sosial, semua dah dapat jangka ura2 lanjutan PKP.
dan aku sendiri tak dgr pun perutusan ptg tu.
lupa!
hahaha..
but sokay, sebab lepas tu, berduyun2 akan share kat FB, Ig, wasap segala kan?
musim PKP ni ko takkan terlepas apa pun info.
sebab masing2 semua hp kat tangan ja. melekatttt.
aku pun..
walau thap melugai dah tgk hp ni sebenarnya.
now, sehari 2 kali kena charge hp.
panas je hp asyik duk tekan hahaha
now duk buat gila layan drama kat FB pulak.
ramai duk share, so kita pun save segala link drama.
drama siam. hero hensem wohhh.
minggu2 lepas duk layan tamil, minggu ni layan siam pulak.
parokkk..
ok, back to kisah PKP.
as for now, aku dah blh adapt dgn suasana ni.
masa fasa 1 rasa mcm oh whyyy, nak keluar.
takda la nak keluar berjimba ke apa.
sebab aku pun mmg sejenis duduk rumah.
cumanya bila 2 minggu duk rumah, ohoiii sesak napas jugak la.
sebelum ni mlm ja kan duk gegak gempita dgn anak, now full 24/7.
ha ambikk hahaha.
yg aku nak keluar sgt, ke rumah mak aku huhu..
as for now, by phone jelah semuanya. dan doa semoga Allah jaga makpak dan sedara mara aku yg lain.
but..
sebenarnya, bnyk hikmah PKP ni.
mula2 mmg ramai merungut. bosan duk rumah.
dah tak sakit kann?
tapi jgn kita ambik -ve side saja
setiap tindakan yg pihak kerajaan buat tu, ada sebabnya.
PKP ni dibuat sebab nak elakkan kita2 ni berkumpul dan spread the virus.
ok, itu action for the goverment and also KKM lah.
kita kena patuh. sebab kita berperang dgn virus yg kita tak nampak.
bukan biasa2, blh bawak maut.
ok, now the other side, the hikmah of PKP.
aku lama dah duk karang dlm otak perkara ni.
kat FB ramai dah share. and same goes to me.
bila PKP ni, ko akan bnyk masa dgn family.
ko blh tgk anak2, tgk suami/isteri 24/7.
sblm ni, berapa jam ja kita jumpa family sendiri tolak pegi keja/sekolah, tolak masa tidor.
now, hadaplah semua tu all day long.
ko blh pantau anak2 sendiri.
ko blh masak utk family sendiri, complete meal.
blh makan beridang hari2 dgn family.
sblm ni, anak2 mkn kat kantin kan?
masa bnyk dgn anak2, mcm2 blh buat.
yg takda anak, jgn marah ye dgn entry aku.
yg dah kawen, blh luang bnyk masa dgn pasangan. maybe blh kenal pasangan lebih lagi.
yg blm kawen, kalau stay dgn makbapak, bnyk masa dgn makbapak.
pendek kata, kita bnyk masa dgn keluarga.
dan, kita blh mkn sama2, lepak sama2 dannnnnnnnnnnnnn, solat sama2!
kami pun, dapat solat sama2. tapi mostly maghrib lah. waktu lain, dah kemana2 semua hehe.
pak incik kadang kena pegi keja jugak. tapi takda la hari2. seminggu dlm sehari 2 ja. pegi pun setengah hari, tgk apa yg patut.
dan, sepanjang PKP ni, tak pernah lagi aku miss mengaji quran lepas maghrib.
tolak hari yg uzur ja. Alhamdulillah.
utk fasa 1 PKP, dapat habis dlm 10 juzuk.
sambung baca as usual lah. pastu aku mula balik juzuk 1. dah berapa kali habis pun dah lost count.
mmg aku baca ja berterusan. dan moga sampai mati mcm ni.
now kadang lepas Subuh pun mengaji.
tapi, lepas magrib tu mmg wajib ah.
takda nak berkejar tgk anak buat keja skolah ke apa, so blh berlama2 atas sejadah sampai Isyak.
pastu terus solat Isyak awal waktu.
nikmatnya tu, Allahuuu..
dan now aku sedang cuba utk istiqomah, lepas solat Isyak terus baca surah al-mulk.
kenapa? sila google lah hehe.
dulu, tak pernah buat pun.
lepas magrib dah kelam kabut sebab nak kasik anak2 ngan apaknya mkn pastu nak tgk homework bagai.
nak tgk beg baju utk sekolah esoknya, nak iron baju keja mak lagi.
pastu pkul 10 nun baru nak solat Isyak. kadang2 terlelap dulu, pkul 5 pagi baru bgn solat Isyak huhu.
now, bnyk waktu dapat solat awal. Alhamdulillah..
Zuhur and Asar pun.
lepas 2-3 hari PKP dulu, aku dah mula tgkkan Aniq.
dia dah 6 thn, tak blh membaca lagi.
so aku rasa baiklah aku tengokkan dia kan?
so now, dah blh dah sikit2.
tapi mengajaq anak lelaki ni, ko kena sabar bnyk. nak2 manja mak enon mcm Aniq. adoih menguji kesabaran. ko high volume sket, mula nak nangis. sabaq jelah.
dan, bila PM umum lanjutkan PKP fasa 3, cikgu suruh datang ambik buku2 kat Pasti.
ada buku yg blm bersentuh. so cikgu2 pun risau kut anak2 terlepas bnyk benda.
dan minta kerjasama parents utk ajar anak2 takat yg mampu.
yg parents kerja tu, sokay la nak buat cemana kan?
yg duk kat rumah, blh ajar anak2 apa yg patut.
utk budak 2 org ni, cikgu hari2 bagi kerja.
so far, masih under control.
takda la bnyk pun keja yg cikgu bagi. ala kadar saja. aku pun tgk apa yg patut.
dan blh tau kelemahan anak kat mana.
dan baru ko tau cemana susahnya ajar budak kecik hahaha.
dan, 1 lagi perkara yg sgt menyentuh jiwa aku di musim PKP ni.
hikmahnya mungkin tak semua pada kita.
tapi pada org lain.
aku tgk kat berita mlm tu. now selang2 tgk berita jap kat tv pkul 8 tu.
tgk kejap ja, nak tau perkembangan pasal covid.
mlm tu berita tunjuk pasal gelandangan kat area KL.
diorg dibawa ke dewan mana ntah. ramai kan, so ada few places utk tempatkan diorg.
then kena buat saringan dulu if ada jangkitan.
dan, diorg merasalah dapat tidor dgn lebih selesa.
dapat tilam sorang bantal 1. walau tidor beramai2 di dlm dewan, tapi jauh lebih selesa dari tidor beralaskan kotak di kaki lima.
aku tgk berita tu, Allahu masa tu, rasa terjentik.
gelandangan kat Msia ni bnyk kut. kat Perlis maybe tak ada, tapi di bandar2 besar mcm KL tu bersepah2 kan?
kerna sebaran virus ni, para gelandangan dapat tidor atas tilam. dapat mkn percuma.
ada yg ada anak kecik. mcm nak menitik air mata aku tgk berita mlm tu.
and another thing, is bantuan2 yg diberikan kepada yg kurang mampu.
yg terputus bekalan makanan, yg tiada kerja, yg tiada gaji disebabkan PKP.
raaaaaaaaaaaaaamai sgt yg membantu. NGO, org perseorangan, hantar bantuan makanan.
ramai rakyat kita yg menderita, yg susah, yg daif, yg miskin, yg takda apa.
kalau kita rasa kita susah, keluar, tgk tempat org. ada lagi yg jauh lebih susah dari kita.
walau ada rumah, dinding berlubang, atap bocor, takda kemudahan asas.
mcm2..
sedih tgk.
kalau korang follow IG Ustaz Ebit Lew, PakNil, Zul Yahya, dan yg kecoh sekejap awal2 PKP hari tu, si Anju tu. diorg mmg aktif bantu rakyat yg susah.
ada lagi yg lain, yg aku nmpk kat sosmed.
dan ada yg share akaun bank utk kita sama2 membantu. kita bantulah mana yg termampu.
so, kita yg mkn cukup ni, tengok2 lah sama jiran2 kita. bantu mana yg patut.
bila tgk video2 yg diorg share, pasal yg susah begitu begini, mmg menitik air mata aku tgk.
nak2 video dari Ustaz Ebit and PakNil tu. aduhhhh, meruntun jiwa wei.
tak blh bantu bnyk, sikit pun tak pa asalkan kita bantu.
1 lagi, utk para frontliners kita yg kerja keras tanpa henti.
kalau kita ni semak duk rumah lama2, meronta2 nak keluar, pikirkan para doktor, nurse, kakitangan hospital yg dah berapa lama tak blk rumah. yg kerja siang mlm.
diorg yg kena pakai full set PPE tu.
dan sekarang, stock makin kurang. ada badan2 yg kumpul dana utk sumbangkan set PPE ke hospital2.
so, kita sama2 sumbang juga ke situ. utk keselamatan petugas2.
ada bnyk badan2 NGO yg mengumpul dana utk memastikan PPE ini tidak terputus bekalan.
ingatlah, dlm rezeki kita, ada rezeki org lain. sama2 kita kongsi.
memberi, sedekah tu tak mengurangkan sikit pun harta kita.
bulan ni gaji dapat lebih sbb morotarium tu.
dah berazam nak sumbang lagi kat mana yg patut.
korang pun.. sama2 kita sumbang yeh, bantu mana yg perlu.
itulah antara hikmah PKP yg kita baru nmpk.
dan sekarang semua rakyat tak kira bangsa bersatu padu demi menangani wabak ni.
dah ramai yg jadi volunteer utk bantu frontliners.
aku ni pun kalau mampu nak je pegi bantu sama.
as for now, yg mampu aku bantu ialah dgn duduk dirumah utk putuskan rangkaian wabak ini dan terus berdoa memohon kepada Allah SWT supaya wabak ini dapat diputuskan, semoga Allah memberi kekuatan kepada para petugas barisan hadapan, semoga Allah menyembuhkan mereka yg +ve.
semoga dunia ini kembali seperti sediakala.
Amin.
ReplyDeleteBersyukur. Betul tu kalau tak mampu beri daripada segi kewangan atau wang ringit, patuh pada pemerintah dan berdoa.
Singgah sini. Tak boleh tidur pula.
kan.. sama2 kita jalankan tanggungjawab kita.. TQ singgah.
ReplyDelete