hari ni hari ke 2 Fasa 4 PKP.. hari ke 44 la kan hari ni kita ber PKP.
kalau bersalin, dah lepas pantang dah ni hehe..
ok, nak cerita bab kerja sket..
masuk minggu ke 2 PKP, opis aku dah cari solution mcm mana nak check keberadaan setiap staf.
kita start PKP hari Rabu 18hb Mac.
so minggu pertama tu, mcm tak tentu hala lagi kan?
lepas 2-3 hari tu, our team come out with the solution utk buat kaedah check in guna GPS.
minggu pertama tu kami kena test dulu mcm mana outputnya, baru blh war2kan ke semua staf di jabatan lain.
actually kaedah check in location guna GPS ni dah apply since thn lepas. eh ke since 2018.
tapi slalunya guna if ada event besar je.
pekerja gomen rasanya semua tau, setiap staf kena ada 7 hari berkursus.
so if ada event besar yg related, so nnt adalah kaedah check in via GPS ni.
utk event kecik, guna thumbprint ja.
event besar kalau guna thumbprint saja, lambat. sebab mesin tak bnyk unit, staf ada 2k lebih.
duk beratur tu saja dah sejam.
bila dah check in tu, nnt blh link utk tgk sapa yg check in.
if related dgn kursus, blh rekod masuk ke rekod kursus utk tahun tersebut.
bila dah kena work from home ni, bos besar nak apply kaedah check in location.
cumanya berbeza la sebab guna GPS masing2, check in di rumah masing2.
tapi sebab dah biasa buat, so tak susah sgt nak setting.
good jub to our team sebab dapat setelkan dalam masa yg singkat.
masuk minggu ke 2 PKP, start Isnin tu semua staf dah blh check in dari rumah masing.
on GPS kat phone, then masuk any browser, buka link yg diberikan, then click update.
then akan appear staf dah check in.
pihak universiti keluarkan arahan / pekeliling, staf kena check in sekali dlm sehari dlm tempoh jam bekerja iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
tapi bos jabatan aku prefer staf check in pagi.
sebab keja kannnnnn hehehehe...
tapi aku mmg tak pernah check in petang.
paling lewat rasanya pukul 10, tu pun sebab lupa.
lain2 mostly pukul 730 pagi tu dah check in dah.
kadang2 membawak ke pukul 8 kalau lepas subuh sambung tidor hahaha..
so, tiap2 hari kena check in..
kodinat GPS tak dipaparkan utk tujuan keselamatan. kat statistik saja blh tgk lokasi tu.
so nnt inilah dia paparannya. ada masa dan tarikh check in.
tapi ni ss 15hb April. takdalah hari2 aku ss.
masa ni Kangar masih zon kuning sbb ada lagi kes aktif.
overall di Perlis kes Covid cuma 18 org.
yg meninggal 2 org.
now Perlis dah zon hijau Alhamdulillah.
utk day 1 PKP fasa 4.
tak berapa hari lagi dah 50 hari kita duduk rumah huhu..
utk minggu ni, ada update lagi blh check kat online kedatangan staf.
sebelum ni kami apply kaedah thumb in utk rekod kedatangan kerja.
dan semua staf blh check online rekod kedatangan masing2.
semua staf ada akaun sendiri.
and now, guna kaedah check in via GPS ni pun dah link dgn online kedatangan.
staf blh tgk sendiri dah.
sblm ni ketua jabatan saja blh tgk statistik staf yg check in atau tak.
now staf sendiri blh tgk. tapi tgk yg sendiri jelah ye..
ada juga yg lupa nak check in.
bos pun kadang2 bising napa tak check in.
tanggungjawab ni dia kata. now bukan bercuti tapi work form home.
kena check in what ever pun.
yg tak berada di kediaman sendiri, cth yg blk kg, kena maklum kat bos.
kang hari2 check in lokasi berbeza dah sesuatu disitu.
korang yg work from home, mcm mana?
No comments:
Post a Comment