Tuesday, May 05, 2020

PKPB

Assalamualaikum..

PKP Fasa 1 : 18 Mac - 31 Mac
PKP Fasa 2 : 1 April - 14 April
PKP Fasa 3 : 15 April - 28 April
PKP Fasa 4 : 29 April -  12 April
PKP Fasa 5 @ PKPB : 4 April

PKPB diwartakan, semua negeri perlu patuh - Ismail Sabri

Isnin, 4 Mei 2020

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksanakan hari ini sudah diwartakan, sekali gus semua peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini terbatal secara automatik.

Justeru, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua pihak di seluruh negara sama ada di negeri dan daerah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti diwarta mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih lagi berkuatkuasa.

Katanya, apabila PKPB atau PKP 5 ini sudah diwartakan maka PKP 4 yang diwartakan sebelum ini terbatal kerana pewartaan itu turut menyatakan tarikh permulaan dan penamatannya.

"Oleh itu PKP 4 yang diwartakan terbatal kerana kita sudah warta PKP 5, dan tidak timbul isu ada pihak tidak mahu mematuhinya kerana itu adalah salah di sisi undang-undang," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri menegaskan, ramai yang terkeliru seolah-olah Akta 342 tidak lagi berkuatkuasa apabila PKPB dilaksanakan, sedangkan ia sama sahaja dengan PKP yang lain.

"Hukuman tetap sama iaitu kepada mereka yang ingkar dikompaun RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Jadi statusnya sama sahaja walaupun nama bertukar kerana ia tetap PKP walaupun ada tambahan B," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, bagi pemilik premis yang gagal mematuhi SOP boleh dikenakan tindakan sama dan boleh ditutup operasi.

"Saya ingin ingatkan semua peraturan ini diwartakan dan jika diwartakan, maka peraturan diwartakan sebelum ini terbatal.

"Sebagai contoh PKP fasa empat kita wartakan misalnya satu kereta hanya boleh dinaiki dua orang, tetapi PKPB dilaksanakan kita wartakan membolehkan empat orang dalam satu kereta. Maknanya, peraturan PKP sebelum ini terbatal dan kita menggunakan peraturan baru," katanya.

Beliau berkata, jika ada pihak yang masih hendak menggunakan peraturan PKP fasa empat ia adalah salah di sisi undang-undang kerana sudah diganti peraturan baru.

Katanya, fokus penguasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pihak berkuasa lain menerusi PKPB lebih kepada menguatkuasakan pematuhan SOP.

"Jadi saya harap semua sedar perkara ini dan semua rakyat perlu patuh," katanya.

Sumber

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin lepas dah start PKPB pulak. makanya, berpusu2 lah manusia keluar melihat dunia. haha

Ada beberapa isi penting dlm PKPB yg PM umum sabtu lepas.

PM umum, sektor ekonomi dah boleh beroperasi mcm biasa tapi ada SOP yg perlu dipatuhi. ramai yg tak setuju sebab nnt ramai org, berkumpul sesak, ada sentuhan takut nnt ada kluster baru. Mula2 aku pun mcm risau, krik2 juga bila dgr tu. pastu, ada yg share lagi info dari KKM pasal ni. aku rasa ramai ja yg dah baca, nak cari baik pun kat FB nun.. ramai yg mahukan PKP diteruskan mcm biasa, mcm yg sebelum2 ni. kekal berada di rumah semua org.

Tapi kita kena pikir jugak org lain, sektor lain. bila bnyk kedai2 tak dibuka, akan ramai yg akan hilang kerja dan sumber pendapatan. tak semua bernasib baik utk terus dapat gaji walau tak kerja. bila kedai2 terus tak dibuka, besar kemungkinan ramai yg akan terus menanggung kerugian. nak2 di bulan puasa ni. kedai2 makan selalunya waktu ni mmg full lah kan. dan kerajaan ambik cakna pasal tu. ekonomi kita perlu berjalan. setiap hari kerajaan rugi berbilion ringgit. kesihatan dan keselamatan rakyat penting, tapi ekonomi juga perlu bergerak. dan sebab tu SOP dah ditetapkan. para frontliners pun dah bersedia utk hadapi semua ni. dan bnyk kawasan yg dah jadi zon hijau. semua ni hasil PKP yg dijalankan.

dan pada masa ni, kita tak blh berharap pada pihak kerajaan semata2 utk menghalang wabak ni. kita, rakyat kena sama2 berganding bahu menentangnya. blh keluar rumah tak ber erti kita blh ke mana2 saja. tak da urusan penting, terus kekal duduk di rumah. patuhi SOP yg dah ditetapkan, jaga kesihatan, jaga jarak bila keluar. sekarang kita dah berjaya flatten the curve dan kita dlm perjuangan utk menjadikan 0 cases.

Moga kita terus sama2 berganding bahu demi menentang virus ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...