Friday, June 12, 2020

Back to work with new norm

Assalamualaikum..

korang dah keja ke?
lama yek cuti hehe

1st day aku pegi keja is bln 5, masa puasa lepas.
ada cerita tu kat sini
sejak PKP, kami semua dapat work from home.
tapi kena check in hari2 dan update keja masing2.
ada cerita pasal check in kat sini

bila PM dah umum PKPP, so mostly semua sektor ekonomi dah dibuka.
pendidikan je belum hehe.
aku kat sektor pendidikan.
9 hb ptg tu, kami semua dapat email dari pihak universiti.
semua staf kena lapor diri @ masuk opis on 11hb.
semua termasuk staf akademik kena masuk pejabat.
menggelupor la kejap hahha
sebab short notice kan?
but, kita bertenang hehe.

so, on 11hb, moh le kita kembali ke pejabat as usual.
anak2 minta mak aku jagakan kejap
kena pulak, hari Rabu tu turn aku masuk opis.
kami masuk opis seminggu sekali, hari lain wfh.
Khamis masuk keja ikut arahan.
awal sehari lah aku ni..

masih ada kelonggaran utk yg ada masalah penjaga anak2.
tapi kena usaha utk cari dan kena masuk kerja.
yelah sampai bila nak wfh kan?
aku pun rasa mcm tu. now keadaan pun dah reda sket.
ada SOP, kita patuh dan kita jaga kita, Insyallah everything will be fine.
minggu ni masuk opis 3 hari.
dan aku mohon wfh sampai hujung bln ni.
bln depan, masuk opis sepenuhnya.
usaha cari penjaga anak2.
aku pun rasa tak produktif dah duk rumah lama2 hahaa
jemu pun ya..
anak2 pun nak suasana baru dah..
sekolah entah bila nak buka sepenuhnya.
yg tu kena tunggu.
bagi pihak kerajaan yg berwajib buat keja diorg.
kita jgn bising nak kecam gitu gini
benda ni bukan mudah. semuanya demi kemaslahatan bersama.

bila dah nak masuk keja ni, kena ubah rutin dah.
kena belajar tidor awal haha
bukan mudah wei.
2 bulan rutin kita lain sbb keja dari rumah.
now kena slow2 ubah utk rutin lama.
cumanya kena tambah sbb anak2 tak sekolah lagi.
yakni, kena masak pagi2 hehe.
as for now, belum lagi.
soon maybe kena masak.
sebab pak incik katanya keja 3 hari je seminggu.
so hari dia tak keja, dia lah jaga anak, perhaps hahaha.

ok dah, nak beli baju keja baru jap.
buat semangat nak p opis.
pasni blh melawa as usual nak pegi opis hahaha.


2 comments:

  1. Kami setakat ni ... info mungkin WFH sampai hujung tahun... Harap2 betul la... jimat masa.. jimat duit juga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...