Thursday, July 23, 2020

Cuti - cuti PKPP : Cameron Highland

Assalamualaikum..

kejadian weekend lepas.
saja la plan ngan apaknya. jomlah jln2,pegi memana.
sian anak2 lama duk terperuk kat rumah.
3-4 bulan kut.
kita ni keluar jugak la pegi keja, at least la kan? ehehe
anak2 tu klau keluar paling jauh rumah mak aku je hahaha.
Amni tu keluar la jugak. kadang dia stay rumah tok umi (mak aku), tak pun rumah adik aku.
bulan puasa tu, seminggu lebih jugak dia stay rumah tok umi. lepas raya pun, sambung lagi.
pastu pegi rumah adik aku pulak.
Aniq takdak pasai. dia kepit bawah ketiak mak ni ha.

so, plan pun last minit.
belum gaji, tapi ada duit saving dari moratorium tu.
so, jomlah kita keluar jln2.
org lain dah berduyun2 keluar. kami ni last dah baru nak keluar.
risau gak nak kluar awal2 masa dpt pelepasan dulu.
kita bagi org lain pegi dlu. soon kami menyusul hehe
tiap2 minggu tgk merata tempat smua jem.
skolah tak bukak kan, org pulak ada duit. so semua sesak.
seram jugak la nak peginya..
last week, Jumaat tu cuti Hari Keputeraan Raja Perlis.
so just nice la nak peginya, tak payah ambik cuti.
dan berharap org tak ramai lah sebab dah skolah dah mula bukak kan?
begitulah anggapan aku hahaha.
so, gitu gini plan nak ke Cameron Highland. sbb Amni suka pegi sana.
last year pegi tak overnight pun. check hotel, bnyk je lagi so mak pun booking lah.
plannya, Jumaat naik sana, overnight semlm. 
Sabtu turun masuk Penang pulak. stay sana pulak semlm, nak bagi diorg mandi kolam.
dah hujung2 baru aku bgtau nak pegi jln2 tidoq hotel.
kemain menggedik.



plannya sesudah Subuh nak keluar.
knowing apaknya, mmg takkan jadik la. awal tu dia yg kemain berjanji blh keluar awal.
aku ni, pkul 4.30 pagi dah bangun prepared break1st.
packing pun ada yg tak setel, so kena bgn awal la kan?
anak2 pkul 6 tu aku kejut ehh elok ja semua bangun takda nak merengek.
nak2 si bujang tu la. bgn terus mandi okeh.
klau hari sekolah kemain liat. nak pegi jln lajuuuuuuuuuuu ja.
pkul 7 ikut tu semua dah siap kecuali apaknya.
time tulah nak letak gel kat cermin depan (kereta), nak check itu check ini. haishhhhh.
gitu dah tiap kali keluar pun.
aku nak keluar awal, supaya by noon dah ada kat atas. takut jem.
sudahnya, pkul 3 baru sampai atas hahaha




















kat Jitra. brenti top up TnG.
pastu beli kopi kat mesin air tu hahaha. budak2 ni pun tau dah, lalu sini mesti nak brenti beli milo la kopi la. layan jelahhh
aku malas nak bising, sbb yg nak drive org lain, aku kang membuta ja hahah
pastu terus, brenti RnR Gurun je kejap sbb aku nak beli stokin. situ selalu ada stock.
pastu terus tak brenti mana dah. brenti RnR Sg Perak beli makan.
bawak bekal sandwich sebuku roti, nugget semua dah setel makan.
kat Sg Perak beli tapaw je. kami beli beger, anak2 nak jagung, nak dadih, nak roti.
pastu terus gerak nak naik atas dah.
jln lancar je naik atas. kat atas ada la jem sket tp bergerak.
takda la stuck diam terus.

aku booking hotel Jasmine kat Brinchang.
saja duk situ, convenience. malas nak duk Tanah Rata kang jem haha.
sampai terus masuk check in dulu.


luas jugak biliknya. 
toilet pun kemain luas.
aku ambik family room, dapat level 4. dun worry, ada lift.
tu nmpk ada kipas, kut panas nnt masa siang hari maybe.
sebab ada ja hotel aku pernah duduk sini takda kipas. tghr tu rasa la jugak berkuapnya.
masa kami sampai ni lepas hujan. so cuaca sejuk. best!

anak2 dah ngadu lapar. apak turun carik  makan kat bawah.
bnyk restoren kat bawah2 tu. foodtruck pun ada.
beli nasi goreng, ayam gunting bagai tapaw mkn kat bilik.
dah kenyang, apaknya nak rest. pakat2 nak melentang.
budak2 dah bosan, so mak bawaklah ronda2 kat bawah tgk apa ada.
apak, kita kasik dia rest lah.
letih drive kan?


bnyk je kedai2 kat bawah.
jln depan sket ada Petronas and tapak pasar mlm lama.
depan tu tgh naik lagi bangunan, maybe hotel la kut.
ada la gerai2 jual baju, tea, keychain segala tu.
depan hotel ada KFC, tapi takmo lahh. haha
KFC kat Perlis pun ada kan?
nmpk gerai jual topi telinga leh gerak2 tu, menggedik nak.
sokaylah, belanja.
dapat tu seronok dah masing2.


termasuk emaknya hahaha.

jln2 area situ jelah.
ramai la jugak org. maybe baru naik.
time dah pukul 7 mlm dah.
pusing2 beli jagung bakar, beli makanan.
Amni takmo jalan dah, ajak blk hotel.
anak2 aku ni ngikut apaknya. takleh keluar lama2, nak blk duk rumah haha.
ni pun nak blk lepak hotel je. yelah..
jom lah.



nearby Petronas tu ada balai bomba kan?
sekali ada lori bomba ni parking terjulur keluar 
menggedik Aniq tgk, seronok hehe.
layanlah dia kejap nak bergambar sama.
mood baik, nak la bergambar budak2 ni.
ambik la bnyk2 sementara ada peluang kan?
nnt blh tgk balik bila dah besar.

pastu, balik lepak hotel je
diorg nak tidoq lama dlm kreta sebelum sampai Sg Perak tu.
mlm tu aku biar jelah diorg main. makanan smua dah ada, so kita relax2 jelah.
plan nak mkn steamboat, tp apaknya tidor, malas la nak gerak aku pun.
aku pun letih nak baring je rasa.
sejuk kan hehe...
buka tv ada crita best, ha duduk lah korang menggedik sesama.
apaknya tidor tak bgn2. tgh mlm baru jaga.
mkn pastu tdor balik.
esok pagi kita jln2.
setel day 1 at Cameron Highland.

2 comments:

  1. Bestnya boleh ke CH,kami lama dah aim nak ke sana. sebab tak panas sangat, selesa kalau berjalan.last ke sana 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tu. kena repeat sbb dah bnyk beza. tp kena bertabah dgn jem! hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...