sekolah start 22hb lepas.
now semua dah masuk sekolah, yg rendah ke menengah ke, semua dah ke sekolah dah.
bila kena PKP tu, kelas mengaji quran pun stop.
minggu lepas kelas mengaji pun dah start balik dah.
masa kerajaan umum skolah dah nak start, ada parent dah tanya2 dlm group ngaji bila nak start.
ustaz kata sabarrr soon kita start hehe..
sepanjang cuti PKP tu, budak2 ni ngaji ngan aku je.
weekend aku suruh diorg baca.
selalunya mlm jelah.
sepanjang PKP tu pun aku dpt mengaji quran tiap2 mlm.
masa lapang bnyk kan?
Alhamdulillah. rezeki.
dan hikmah PKP.
so, utk anak2 weekend je aku panggil ngaji sesama.
takleh biar lama, kang lupa.
al-quran ni kena selalu baca, takleh tinggal.
kang tinggal lama, lidah jadi keras nak baca.
kena selalu baca, amal..
supaya hati lembut mudah nak sebut ayat2 al-quran.
ngajar dia ngaji ni mmg ko kena sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
dia hafal urutan huruf.
bila tanya selang2 huruf, ha lupa habis.
pastu buat muka tak bersalah tu. kelip2 mata ckp dah lupa huruf apa.
kadang sebut satu2 huruf tu kemain lama tenung.
pastu bila dah ingat, sebut tu kuat, siap melompat.
sebab dah ingat hahahah
kadang aku layan, kadang aku cubit bontot tu.
sabar jelah.
waktu mood ok, dia baca lancar.
mood tak ok, tegur sket merambu2 air mata.
sajaaaaa.
baca pun takat 2 round ja. kalau suruh baca lagi, mmg dia cabut lari terus.
adoi la anak.
kakak ok.
dah baca quran masuk juzuk 5 kut.
1st round selalu sangkut2. 2nd round lancar dah.
1st kelas mengaji selepas cuti lamaaaaaaaaaaa.
kena pakai mask.
pastu now ada 2 sesi.
sebab budak2 ramai jugak mengaji sini.
nak kena ada social distancing kan, so kena bahagi 2 sesi.
tak mcm dulu semua sama pukul 9 pagi - 11 pagi.
now sesi 1, pukul 830 pagi - 10.30 pagi.
sesi 2, pukul 10.30 pagi - 12.30 tghr.
kena pilih, so aku ambik sesi ke 2.
yg 1st tu mcm awal sgt, kut tak sempat.
selalu weekend Aniq bgtau siap2 nak tidor lambat sebab cuti hahah.
diorg mengaji masa weekend je, Sabtu dan Ahad.
so pagi2 mmg hantar ambik budak2 ni lah.
Ahad apak tak keja, so apak take turn pulak.
aku malas nak hantar ngaji mlm2 masa weekdays.
kang kelam kabut.
yg tak suka pakai mask, tak suka pakai kopiah.
geram aku.
now pegi skolah tak pernah pakai kopiah pun.
panas dia kata.
pegi ngaji pun sama.
jenuh paksa.
No comments:
Post a Comment