dah separuh Julai..
pejam celik pejam celik, kejap ja masa berlalu
next week anak2 dah masuk sekolah.
semualah..
this week, on 15 July, sekolah menengah dah full masuk dan tahap 2 sekolah rendah.
next week 22hb, semua dah sekolah.
Alhamdulillah..
anak aku dah tak sabaq nak ke sekolah. rindu kawan2.
mak ko pun tak sabar nak hantar awak ke sekolah kakak hahaha.
ok, bukan itu yg aku nak ceritakan..
saja nak share sikit.
lama tak menulis.
sebab aku takda mood, takda kekuatan nak menulis.
Allah bagi sikit ujian pada aku.
sikit sangat, tapi aku lemah selemahnya..
efeknya, kurus sket la hahaha..
aku puasa, aku makan sekadar hilangkan rasa lapar.
sebulan lebih tidor aku tak lena.
almost every night aku akan terjaga di tengah mlm, dan susah nak sambung tidor semula.
sebab, otak kerja keras, berpikir.
pukul 1-2 pagi aku akan terjaga.
usaha nak lelapkan mata semula. nnt pukul 5 akan terjaga pulak.
kunci jam pukul 5, tapi aku akan terjaga sebelum tu.
bila terjaga pukul 5 tu, mmg aku bangun terus.
buat apa?
solat.
sujud.
mengadu dengan Allah
Yg Maha Mendengar dan Maha Mengetahui Segalanya.
mungkin Allah jentik sedikit sebab aku sendiri lalai dan leka.
almost everyday aku menangis..
aku jadi lemah.
separuh aku mcm hilang.
tak pernah aku rasa lemah mcm ni.
stress, berpikir tanpa henti..
badan aku sakit2, efek stress kut hehe
kerna aku takut kehilangan..
lama aku ambik masa utk bertenang.
selepas sebulan, aku cuba tenangkan diri.
pikir dan pikir..
sebab dan musabab benda ni jadi.
walau bukan aku yg mulakan, bukan aku yg bersalah secara total.
tapi aku kena ubah pemikiran aku.
aku kena betulkan diri sendiri terlebih dulu.
kita tak blh ubah org tapi kita blh ubah diri sendiri.
aku banyak membaca kisah2 yg org share.
ujian dan dugaan org lain jauh lebih besar dari aku.
mcm mana diorg hadapi dgn tenang.
dan, aku mula ubah doa aku.
tak semua benda kita blh kawal, nak2 bila melibatkan hati dan perasaan org lain.
aku kena berpijak di bumi nyata.
bila aku mula ubah doa, hati aku mula tenang.
dan, kena percaya dgn kekuatan doa.
Allah itu ada..
dan Alhamdulillah, bila hati tenang, semua benda akan jadi mudah.
dan, mungkin Allah juga nak lihat sejauh mana aku meletakkan pergantungan kepadaNya.
awalnya mungkin aku terlalu bergantung kepada manusia, lupa kepada hebatnya kuasa Allah.
maafkan aku..
khilaf aku.
kita manusia, takda yg sempurna kan?
bila diuji baru kita faham rasa itu.
aku terus sujud dan berdoa tanpa henti minta Allah bantu tenangkan hati aku, redhakan aku dan tunjukkan aku jalan keluar utk semua ini.
aku penat berfikir..
pertama kali dlm hidup aku jadi mcm ni.
sebelum ni masalah2 kecil yg datang, semuanya aku blh handle.
tapi tidak utk kali ini.
penatnya...
Alhamdulillah..
hari ini, aku mula kembali tenang.
aku sedang cuba dapatkan kembali kehidupan aku yg dulu.
aku cuba sedaya upaya sembunyi masalah ini dari semua org sekeliling.
ada yg perasan, maybe riak aku tak seperti dulu.
almost a month..
now aku cuba utk jadi lebih kuat, lebih tenang.
Allah menguji sekadar kemampuan kita.
Allah menguji sebab sayang.
Allah sentiasa ada utk kita..
jgn pernah berhenti berdoa dan meletakkan pergantungan kepadaNya..
hingga hari ini pun walau masalah hampir selesai, aku masih blm berhenti usaha, doa dan berserah pada Allah.
semua yg terjadi dengan izinNya..
semoga aku terus tenang dan mampu atasi semua ini.
semoga semua ini hilang dan tidak datang lagi.
we don't know how strong we are, until being strong is the only choice we have.
Moga semuanya baik-baik utk sis 🌹
ReplyDeleteterima kasih.. moga begitulah hendaknya..
Deletesemoga dipermudahkn segalanya untuk kak.. anak2 dah nk start sekolah, semoga sihat dan selamat semuanya
ReplyDeletemoga begitulah hendaknya..
Delete