Tuesday, April 20, 2021

Aniq dah Darjah 1!

 Assalamualaikum...

anak bujang nan seorang manja kepommmm dah masuk darjah 1 gais! how time flies. aku mcm tak caya budak tu dah masuk sekolah. rasa mcm dia kecik lagi hahaha...

aku daftarkan dia sama sekolah dgn kakaknya. senang keja. lepas daftar tunggu panggilan temuduga. sebab ramai yg mohon, so kena ada pemilihan. sekolah tu tak ramai pun murid, kelas pun tak bnyk. risau gak la kut tak dapat kan, dah 1 hal nak ulang alik 2 sekolah. nearby rumah kami tu, ada 3 sekolah yg berhampiran. sekolah paling dekat, jarak +- 1km je. anak2 buah aku sekolah situ la. anak2 aku pun dpt sekolah tu, tapi aku tolak sbb nak hantar ke sekolah sekarang. sekolah kedua, dlm 1.5km. sekolah ke tiga dlm 2.5km camtu. dekat je kan? pilih ja mana yg mau. keluar rumah aku, belok kiri ada roundbout besar. kanan ke sekolah pertama, kiri ke sekolah ke 2. lajak sket ke sekolah ke 3. nikmat betholll. 2 sekolah tu adalah sekolah kluster.

bln 12, dpt mesej, Aniq berjaya ke sekolah sama dgn kakak. Alhamdulillah. dah hujung2 baru aku beli baju sekolah segala. utk kakak beli awal sbb baju dia minta tok umi jahitkan. walau taktau sekolah nak buka bila masa tu, beli jelah. 

penghujung bln 12, ada orientasi 2 hari. seronok kemain dia. sebab dah lama tak pegi sekolah kan?


day 1 orientation day for Standard 1 SRIAF. ceria kemain. seronok pun ya. kejap je pun kelasnya, pukul 8 pagi - 12.30 kalau tak silap. nak kenal2 cikgu, kelas, kawan2 semua tu je pun. 


day 2. muka tak berapa ceria benarnya. sebab ngantuk hahah. tapi kejap je lah. dah sampai sekolah ha ok. blk awal jugak. hari ke 2 ni kemain cerita mcm2. sebab hari ni cikgu buat sukaneka sket. blk tu dapat belon, lolipop, so budak2 semua happy la. dia siap ckp, best la sekolah ni sebab tak payah belajar. hah yeeee, ni baru orientasi nak, nnt dah start sekolah betul, belajar mcm biasa la. terus dia ckp, Aniq tarik balik kata2 tadi hahaha.

dan lepas tu, sekolah tak jadi bukak hahaha. kembali PKP dan belajar online. hoihh mak stress weh bab ni. kita keja kan, nak tgk kelas diorg lagi. tu nnt aku share bab tu. 

pungpangpungpang, haaa ada announcement sekolah buka. legaaaaaaaaaaa hahaha.. seronok la budak2 ni nak2 si kakaknya. hari2 tanya bila sekolah nak buka, rindu kawan2, rindu nak mkn kat kantin 😂😂. makan je lah yg kau ingat anak oiii.

utk minggu pertama sekolah, pra sekolah, darjah 1 dan darjah 2 je yg buka dulu. dah 1 hal aku nak menjawab ngan budak ni kenapa dia je kena sekolah dulu, kakak sekolah dlm telepon lagi. aiyaaa. ada hari ok, ada hari moody. day 1 ok. day 2, sampai depan pagar, merenggah keryau. hahaha. cikgu pun tekejut dah kenapa tiba2 keryau nih. lupa kelas kat mana katanya. aiyaaaa.

 

amboi sengeh. penghibur hati mama, penaik darah pun ye jugak kadang2. takda dia, sunyi sepi hidup mama.

 


anak manja emak dah darjah 1. tapi masih lagi tidoq bawah ketiak mak, masik lagi duduk atas riba emak, masih lagi mkn bersuap, masih lagi suka meleserrrr dgn emak, takleh jau dari emak. manja ya ampunnnnn.










 

balik sekolah. nmpk mama depan pagar, tgk mama hala handphone ke dia, dan2 dia pose. hahah. tau dah mama nak ambik gambar. ni masa day 1 balik sekolah. muka ceria, mak legaaa hehe.











pagi2 moody, nangis la apa la, petang ko tengok. baju seluar dah mcm2 corak adanya. belengaihhhhh. hadoihhhh. kena terima, anak jantan kannn.

sebab gudboy, mama belanja lolipop. sebelah skolah ada kedai runcit. untung benar la kannn haha. tapi budak2 ni aku tak ajar ke kedai hari2. kedai tu pun jual jajan je bnyk. seminggu sekali je mama kasik beli. hari lain, noooo.

 

 

 

 

 

 

 

pagi2 kemain ensem, bedak selepung mak pakaikan. balik skolah, masyam baunya. belengaihhhh. hahah. hari rabu pakai baju sukan. dan kopiah dia lekat elok atas kepala sampai petang. dulu dia tak suka pakai kopiah. now dah sekolah, semua kawan2 pakai so dia pun ok.











halah halah halahhhhhhhhhhh.. cair hati mak tgk awak masa 1st day pakai jubah hijau ni. ensemnya anak emak. hari jumaat pakai jubah hijau. dia tak biasa pakai, dia cakap baju ni besar nak masukkan dlm seluar haha. mana blh nak oi. belajar2 biasakan diri ye. now dah ok pakai jubah. 2 kali pakai jubah, zip terkoyak. sabaq jelah. mujur tok umi ada, zasss kita hantar minta repair. sebelum tu, sekolah 2 minggu, tapak roda beg patah.mujur apak mcgyver, blh betulkan. 

dah 2 bulan sekolah in real, dia pun dah ok. bnyk sgt beza dgn sekolah dlm telepon dlu tu. tu dia la yg ckp, sekolah dalam telepon. haha. membaca masih belum lancar lagi. takpe lah, tak push sgt pun aku. biarlah dulu. bagi dia adapt dgn sekolah ni dulu. dia happy, aku ok dah. pagi2 slalu moody sbb ngantuk. dah sampai skolah ha ok dah. blk petang lagilah ok. now kawan2 dah ramai kemain aktif dia. petang2 tu jenuh gak mencari tah kemana peginya main dgn kawan2. siap pesan mama ambik lewat sket, nak main. kakak tu keja berleter ke adik jelah. bertabah la kakak weh.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...