Assalamualaikum..
ini cerita bulan 12 yg lepas ye. sejenis throwback. masa ni blh merentas negeri, blh melancong blh ke sana ke sini. bukan baru, nunn thn lepas.
masa ni saja lah ckp ke pak incik. jom pegi langkawi bwk anak2 mandi laut. sian budak2 mana tak pegi, duk rumah lama. skolah tak buka, ngaji pun tak buka. duk rumah then ulang alik rumah adik aku @ pengasuh masa makpak keja. makpak ni kluar jugak bersosial, pegi keja smua kan. depa mmg tak kemana. ada la sesekali bwk ke Giant, kedai runcit depan rumah. balik rumah tok umi tok abah, pegi rumah sedara yg nearby. lain2 mmg bnyk duk rumah.
bln 12 tu ramai opismate aku pegi Langkawi. nak jln jauh2 org mcm takut2 lagi. aku pun pegi dgn opismate utk tgk tempat nak buat teambuilding opis. dah brapa kali tunda due to PKP. kami pegi balik hari je sbb nak jumpa agen and survey tempat. mcm best pulak pegi sana sbb dah lama tak pegi. last pegi semua family aku kecuali abah and adik nom 3 tu, nun thn 2017 ke 2018 ntah. pastu takda dah. sembang2 dgn apaknya. masa tu mcm ada la duit lebih sket, dapat kutu, so jomlah bwk anak2 jln kejap. tapi taknak pegi jauh2, dekat2 sudah. so, Langkawi jelah yg ada kan? lagipun dah lama tak pegi. hiburkan hati diorg sama hehe. kemain menggedik bila bgtau nak pegi mandi pantai and tidor hotel. pegi jln2 mcm ni, mmg utk hiburkan anak2 lah kan?
aku plan minggu last dah. masa cuti krismas tu. aku cuti on 24 Dec (my birthday), lajak skali dgn public holiday krismas tu hari Jumaat. a week before baru hegeh nak cari hotel. bgtau pak incik, dia ikut je. nak pegi on public holiday so kena redha la konsepnya haha. beli tiket feri dulu (online) & dapat timing cun. Alhamdulillah. pastu mula la cari hotel. rezeki nak gembirakan anak2, dapat booking Malibest Resort. situ, selalulah penuh. aku buka web 3-4 hari sebelum, eh ada kosong. Alhamdulillahhhh. ambik family room. nak duk situ sbb ada pool + nearby beach. kereta sewa tak ambik pun. sbb plan nak duk kat Cenang ja, takda nak pegi mana2. risau gak sbb kes masih ada jadiknya kita ambik langkah berjaga2. masa tu, Langkawi hijau, takda kes tu aku berani pegi. bgtau dah pak incik takda plan nak kemana pun. nak bagi anak2 mandi laut puas2. mkn pun cari kat area Cenang tu jelah. so, takyah ambik kereta sewa, naik grab je.
tiket feri pukul 10 pagi kalau tak silap. tak ingat dah. kereta kami tinggal kat Kuala Perlis. ada kawasan utk letak kereta berbayar bagi yg nak ke Langkawi. so far setakat ni selamat lagilah. then beraturlah tunggu feri. manusia blh tahan ramai. kami sampai tu ngam2 dgn masa dlm tiket. cuak jugak aku tgk org punya ramai kat luar. rupanya beratur kat luar. dlm tu tak penuh pun. ada petugas duk jaga. yg cukup time je blh masuk beratur kat dlm utk naik feri. aku tak paham yg ramai2 kat luar tu kenapa nak kena kerumun situ. tgg jelah org panggil haa masuk. dah kenapa nak tgg tercongok kat luar tu. aku pun mula2 duk luar, tak dengar sgt petugas feri panggil sbb bising. risau kut terlepas feri dah haha. dan feri kami delay setengah jam jugak lah.
kat dlm kawasan jeti. see, takda org pun. masa ni ada yg viralkan la jugak sbb yg bersesak kat luar jeti tu. padahal kat dlm lengang je. maybe yg kat luar tu yg dtg awal dr masa perjalanan feri. masuk kat dlm ni, ada SOP. check suhu, scan mySejahtera semua dan ada petugas + Rela jaga.
tak blh la haih emak nak sendeng ke apak. mama ni hak dia sorang je. dia ja yg blh sendeng mama. tu, nmpk mama duk rapat ngan apaknya, dan2 la dia mencelah. pastu merajuk sbb mama tak sayang dia. aiyaaaa.
yg seronok happy gedik2, of coz la budak 2 ketoi ni. yelah, niat mama pun nak gembirakan diorg. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan kami pegi dan balik.
Alhamdulillah selamat sampai. mula2 tak bgtau pun nak datang sini. pagi tu baru bagitau. laju2 la pakat kemas barang masing2. sorang 1 beg, toys depa.
sampai sana, ambik grab ke Kuah dlu untuk lunch. pak incik ajak mkn kat kedai apa ntah, nasi kandar. katanya sedap. blh la tahan. selesai mkn, order grab lagi skali. tak sempat bgn dari kerusi, grab dah sampai hahaha. maybe ada kat nearby. then terus ke Cenang nak check in. sampai resort, bilik dah ada. blh check awal sket. so masuk bilik solat, lepak2 dulu. pak incik siap tidor. budak 2 ketoi tu dah tak keruan asyik duk tengok ke tingkap. jenguk je dah nmpk laut, mana tak menggelupornya. tunggu redup sket anak2 ye. bawak2 bersabar.
rezeki anak2, dapat check in Malibest Resort. sini susah la haih nak dpt. kwn2 aku pun hairan, booking last minit pun dapat. rezeki hehe.
cuaca pun just nice. silakan lah anak2. mandilah puas2. mama ok ja duk tunggu ni haaa. dah mmg nak bagi diorg mandi kan. area sini pantainya landai, ombak tak deras. so tak susah hati sgt nak biar budak2 tu mandi. tapi diorg mmg tak brani pegi jauh pun, takut dlm hehe
siap bawak mainan pasir dari rumah. ye kena bawak. beli kat kedai Eco je dulu ni. kalau nak beli kat tepi2 pantai ni haaaa siaplah sebekas tu mau RM10. takyah, rugi hahaha
mama join basahkan kaki ja. habuan bukti dah jejak pantai hehe. malas nak mandi2. tringin jugak tapi takda geng, malas ah
org ramai la jugak. tapi kawasan ni luaskan. duduklah jauh2.
pastu sambung mandi kolam pulak. diorg lagi enjoy mandi kolam pulak dah. ada slide pulak kan? Aniq mula2 takut. dah naik 2-3 kali berani dah. kemain happy menjerit2 mandi. dpt kawan pun, seronok la. pukul 7 aku panggil naik. 2-3 kali panggil buat taktau jaaa. bila guard datang nak tutup pool ha baru mau naik. musim PKP pool tutup awal.
mlm, kami kluar jln2 area Cenang ja. meriah situ, tak risau bab mkn. lepas maghrib siap2 aa jom keluar. mak apak anak2 semua sedondon rondon. baju anak2 mmg slalu beli sama. baju mak pak ni jarang2 la nak ada. hehe.. gambar mak apak jgn heran kenapa jauh. tu ada entiti kat belakang. brapa kali snap, dia keras ja kat situ. sabaq jalah aku.
dah lain benar dah area Cenang ni. last aku pegi dulu tu pun dah lain. now lagi lah lainnya hehe. jln situ dah jadi one way. dan bangunan bnyk la haik naiknya. kiranya kalau lalu situ dah tak nampak laut dah sebab dilindungi bangunan = hotel. hotel, motel mmg meriah situ. Malibest tu pun duk extend lagi bangunannya. ada yg tgh naik tak siap lagi.
keluar depan hotel, seberang jln mcm2 kedai mkn ada. pilih nak yg mana. nearby ja pun. tapi kami jln sampai Cenang Mall nun di hujung sket. saja nak jln sampai hujung. nmpk KFC dlm mall, anak2 nak mkn yg tu, so lets go. mall tu tak sure la aku apa lagi yg ada. nearby ada kopitiam, ada Guardian, pastu lot2 kedai la. ada jugak duty free shop. pastu Underwaterworld. setel mkn, jln slow2 balik ke hotel. meriah situ. ada khemah2 jualan mcm ada ekspo tu. tapi tak masuk pun la. ramai jugak lah, so kita elakkan. blk hotel, tak lama, hanyut habis anak2. penat mandi laut.
esok sesubuh sepi budak2 ni dah bangun. kemain semangat nak mandi lagi. layan jelahhhhh. dah mmg datang pun utk diorg kan? mandi laut kejap pastu sambung mandi pool. pukul 10 camtu kena haruk naik dah. nak siap2 checkout nak blk dah.
checkout pukul 12. beg letak kat lobi, ada ruang disediakan. then, plan nak ke The Zone, duty free shop branch skali opis pak incik. blh jumpa kawan dia skali katanya. sblm tu kami lunch kat kedai nearby saja. anak2 dah lapar selepas berkepak mandi. pagi tu breakfast roti ja tu pun jenuh paksa sbb gedik nak pegi main pasir. dah setel lunch, jln la ke The Zone. lalu Cenang Mall tu lah jugak. plan nak masuk underwater world tu, tapi malas la pulak. harga tiket mcm mahal nau hahaha. dah setel shopping coklat kat duty free shop tu, jln balik ke resort. sampai situ dlm pukul 2++ dah, so aku tanya if ada surau nak tumpang solat siap2. dari Perlis ke Langkawi tak lepas ye utk jamak, so kena plan la nak solat tu. setel solat, order grab nak ke Kuah.
random pics. kat pekan Kuah, masuk 2-3 kedai carik barang. takda plan nak beli apa pun. opismate pak incik kirim coklat. tok umi kirim kain batik. aku sendiri nak beli coklat ja, tak plan nak beli cooking ware. malas nak bawak hahah. kat budak2 tu nak bagi diam, beli la kinder joy to sorang 1, ha sengap la. lama jugak kat Kuah. siap singgah Al-Ikhsan beli sport shoes hahah. ada sale, so rembat lah sepasang. dah setel, order grab ke jeti. sampai jeti pukul 5 camtu kut. tiket feri kalau tak silap pukul 6.30 ptg. so, kami solat kat surau jeti and lepak situ ja. org ramai jugak, jadiknya pandai2lah jaga diri and anak2. sementara tunggu feri, aku belikan nasik ayam utk anak2. kang lapar dlm feri takkan nak kokak coklat je ye dok. dah setel suap nasi ke anak2, ha jom naik feri. just nice je masa tu. sampai ke jeti Kuala Perlis dekat pukul 8 jugak. ambik kereta then terus balik kejarkan maghrib.
hasil shopping. rembat jugak chopping board, pisau besar + slicer ke apa org panggil tu. chopping board kayu besar tu mmg lama dah duk carik. yg kat rumah dah almost 8 thn guna, baru2 ni tercabut tempat sangkut tu. kondisi masih elok lagi. yg tu smua beli kat HIG. kain batik mak aku kirim beli 8 helai kut. baju langkawi utk anak2 + coklat. kos coklat tu paling mahal hahaha. geram weh tgk, murahh and bnyk. cadbury tu aku beli sebab yg import punya, bukan local. kalau yg local dia punya manis aku tak suka. then coklat lain yg mmg selalu beli like wittakers, toblerone, kisses, daim, kinder. jenis lain anak2 aku kurang mkn. kinder yg bnyk2 tu opismate pak incik kirim. bnyk sbb smua dlm kotak. senget bahu mengheret coklat hehehe..
so, setel percutian di musim PKP. anak2 happy Alhamdulillah. budget below RM1k utk 2 hari 1 mlm. now Aniq duk ajak pegi lagi, nak mandi hahah. tunggu blh rentas negerilah mudah cerita sket. now mcm renyah nak berjln kan? tapi yg pegi holiday tu sama2 jadi SOP, jaga diri yeh.
No comments:
Post a Comment