Tuesday, June 01, 2021

Vaksin dos pertama utk umi abah

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah selesai dos pertama vaksin utk umi abah. selesai bulan lepas.

 aku daftar nama diorg minggu raya tu. dlm seminggu mcm tu, nama dah naik. maybe sbb warga emas. awal2 tu mmg aku tak daftar lagi. bukan taknak daftar, saja tak daftar awal. nak baca, nak tengok dulu suasananya. tanya umi abah, diorg ikut ja. mahu je vaksin. Alhamdulillah.. cumanya diorg taktau la cemana nak daftar. yelah zaman teknologi semua ni kan? mmg tunggu anak2 la setelkan.

aku daftar nama dorg thru web : https://www.vaksincovid.gov.my/ . sebab abah takda my sejahtera. dia ada je smartphone, cuma penggunaan internet tu on off. nak kasik dia pakai postpaid, tapi line kat rumah makbapak aku tu, ohoi sendu bethollll. aku ni pakai Digi, masuk dlm rumah, pangkah terusss. call pun tak olehh hahaha..

aku daftar guna nom phone aku. senang. klau letak nom phone abah, kang dia tak perasan pulak ada sms masuk. tau jelah org tua kan? dah dapat sms, nama abah je. nama umi nan hadoo. sokay, kita cuba call refer ke number yg diorg letak kat web. 2-3 hari mencoba, nan hadoooooooo. ohoi stress aku. mesin je jawab pun. sabaq jelah.

hari kejadian, yakni Isnin, aku bawak je dua2 pegi pusat suntikan. oh ye, diorg alamat Kedah, so tempat suntikan pun kat sana la. aku dari Perlis kan. so kena mohon permit perjalanan dari Balai Polis berdekatan. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. dapat izin utk merentas negeri. kena sertakan sekali bukti yakni makumat temujanji utk vaksin tu. selesai proses di balai, zass terus balik ambik umi abah. diorg punya masa, pukul 11 pagi. lokasi Dewan Tunku Anum, Jitra Kedah. dari rumah umi abah dalam 30minit++.

 

sampai sana pukul 10.30 pagi. sbb disarankan sampai awal. tapi utk sesi pukul 10 belum setel, so petugas minta kami tunggu di luar dulu. pukul 11 baru turun ke khemah dan scan kehadiran. aku jumpa doc in charge, utk bercakap pasal mak aku. bagitau dia dah daftar sekali, tapi nama belum naik. cuba mohon utk vaksin sekali hari tu. bagitau dia la kekangan utk aku ulang alik ke situ. nak merentas negeri, nak kena apply kebenaran, nak kena ambik cuti. Alhamdulillah, doc tu bagi umi vaksin sekali. lega huhu.


dah masuk beratur bawah khemah. aku stay kat nearby, abah tak kasik pegi jauh. kut nnt diorg tanya apa2 dia taktau nak jawab. sebab nama umi takda kan hari tu. mmg ada petugas KKM tanya pun, so aku jelaskan dah dapat kebenaran doc in charge. ramai jugak org. tapi everything run smoothly. lambat sket pergerakkannya, tapi pada aku ok. kena faham situasi. bergerak, cuma slow. mostly mmg warga emas, jadiknya kena sabar la hehe. dan, para petugas semua baik2. membantu org yg datang, cakap pun baik2 ja. Rela ke, APM ke, petugas KKM, semua ok.


aku stay kat depan. layan iFlix sesambil tgk gelagat org. ada je yg datang hantar mak bapak, ntah ke mana2 peginya anak tu haha. ada yg stay dlm kreta. ada yg stay nearby. ada kerusi. tempat teduh pun ada sbb kat kawasan dewan. yg berkerusi roda, mmg kena ada peneman. petugas pun tolong.


umi abah dah sampai depan. pastu baru diorg dipanggil masuk dewan. walau kategori warga emas, ada je yg potong barisan hahaha. aku perati je dari jauh. yg abah pun biar je org potong depan dia. ehh aku dah panas ni. rupanya dia biar, sebab takmo jauh dari umi. awwww, sweet eh abah hehe. nak masuk dewan skali la, mudah kan? jadiknya anak pun tak jadi amuk, perati jee hehe

pkul 1230 baru dapat masuk dewan. rupanya delay sebab kat dlm kena isi borang declaration apa ntah. mana yg datang tanpa peneman, petugas kat dlm akan tolong isi. so, jadi lambat. yg ada peneman @ anak2, diorg tolong isi. aku isikan utk umi abah, then pass ke diorg utk diorg berator kat kawasan vaksin pulak.

dewan ni besar. masuk pintu, kawasan utk isi borang dulu. pastu ke sebelah sana bawak borang tu dan berator. petugas check borang semua ok, bergerak ke depan kat hadapan kawasan utk vaksin. aku teman takat situ je. pastu pegi tunggu kat pintu keluar. 

walau berator, semuanya ada kerusi. sbb warga emas kan? slow la pergerakan tu, but smua org ok ja. takda la yg bising2 ke apa. 

aku tunggu kat luar almost 1 hour jugak la. buat apa, layan iFlix lagi la hahaha. lapar, makan roti ja pagi tu. takda la pulak kedai2 ke apa nearby. nak keluar kang susah nak masuk balik nnt. sebab dewan tu tepi highway. jauh dari pekan. makanya tunggu jelah mereput situ. lagipun taktau diorg nnt setel waktu mana kan? keluar nnt aku takda dah tercarik2 pulak.


Alhamdulillah, dah selesai 1st dose. next 2nd dose, 14 June. lepas vaksin, sampai hari ni takda sebarang gejala apa. abah je bagitau ada lenguh2 sket. next day dah takda. 

korang dah daftar vaksin?

makbapak semua dah daftar?

daftarlah. jgn la percaya dakyah2 yg org duk sebar tu. yg bukan2 tu. org yg sebarkan tu, dia pun belum vaksin. mana dia tau ntah segala benda tu. ni usaha kita. vaksin tu tak beerti kita tak kena covid. tapi % tu rendah, dan kalau kena pun mudah utk pulih. kita sedang bertarung dgn virus yg kita tak nmpk. kerajaan pun dah usaha sehabis baik utk rakyat. jgn la dihina dimaki para petugas para frontliner yg kerja teruk takda cuti takda rest. kita bantu utk ringankan beban diorg dan beban kita jugak. sampai bila nak hidup mcm ni kan?

yg dah daftar, sabar. nnt sampailah turn kita. tak payah lah nak maki hamun sbb nama tak naik lagi. sabarrrrrr. ada nnt. salah kan sana sini, tak jadi apa. benda 1st time jadi, semua org tak ready.

keep calm ok?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...