Assalamualaikum..
Alhamdulillah, 14 Jun lepas selesai dah 2 dos vaksin utk umi abah.
as for now, diorg baik2 saja takda demam, sakit pening apa. cumanya on that day, ada rasa lenguh2 kat tgn. tu saja. mlm tu masing2 makan panadol siap2.
proses nak ke sana pun mudah. aku apply cuti 2 hari siap2. pagi Isnin tu, ke balai polis dulu mohon kebenaran utk merentas negeri. umi abah aku rumah kat Kedah. aku kat Perlis. jarak rumah aku ke sana dlm 24km camtu je. sekentut je pun, tapi terpisah negeri hehe.. dapat kebenaran, then terus balik sana. drop anak2 kat sana, stay dgn adik aku yg bongsu. hari tu jugak dah start semula PdPR selepas 2 minggu cuti. join mana yg sempat jelah. then kami terus ke Jitra.
sampai sana pukul 11 lebih. org tak ramai sbb hari tu cuma utk dos 2 saja. so proses adalah laju tak mcm 1st time hari tu. borang apa pun tak payah isi dah. less than 1 hour dah setel. selesai, ambik gambar dulu (wajib kut haha) then balik rumah terus.
setakat hari ni, % yg dah divaksin makin naik. dah laju prosesnya sekarang. moga cepatlah seluruh Malaysia ni dapat vaksin supaya kita dpt mengekang jangkitan corona nih. stress dah aku lama nau terperuk kat rumah huhu.
aku punya nama pun dah naik. soon akan dapat 1st vaksin. Alhamdulillah rezeki nama dah naik.
korang punya dah ke? jgn lupa update mySejahtera yeh..
Belum dapat lagi, sbb suri rumah 🏠 kot..
ReplyDeleteTapi ensuami cikgu cek tadi dah dapat, next week pi.
Minggu ni kebanyakan cikgu² dah naik nama utk vaksin, 🥰
nnt naik la tu nama. cepat atau lambat, nnt semua akan dapat Insyallah
ReplyDelete