Assalamualaikum..
lama eh tak menceceh. malas hehe.
sempena musim vaksin ni, so nak cerita pasal vaksin jugaklah. kami laki bini dapat tarikh yg sama. utk 1st dose, 23hb Jun. Alhamdulillah.
lokasi Dewan Warisan Perlis. masa, 10 pagi. so, pagi2 tu hantar anak2 ke rumah adik. ramai yg kata sekejap ja prosesnya, tapi risau lah jugak nak tinggal budak berdua tu kat rumah. kut nnt lama ke apa kan so, hantar diorg dan terus ke dewan. mujurlah sejalan ja nak ke rumah adik aku, dan patah balik ke dewan.
sampai dewan pukul 10++. haha. laki aku lah ni, lambat siap. sabaq jelah. dia drop aku depan dewan, then dia pergi parking kreta. mujurlah nearby saja. aku masuk dlu, tunjukkan mySejahtera. then petugas check suhu dan bagi nombor giliran. org ramai blh tahan, tapi tak bersesak la. semua beratur and duduk di kerusi bawah khemah elok2. petugas ramai, ada Rela dan APM yg jaga traffik jugak dgn sukarelawan di PPV. datang awal kalau masanya belum sampai, tak leh masuk. mcm aku turn pukul 10, tapi sampai 10.20 mcm tu diorg bagi masuklah. ada yg turn pukul 10.30, tapi belum sampai masa so takleh masuk. makanya tiada guna dtg awal tercongok situ haha. tapi lain tempat maybe lain caranya.
pak incik dah sampai, dpt duduk sebelah2 mcm dating pulak rasanya haha. 1st pit stop. semua proses menunggu, beratur bawah khemah dan berkerusi. ada kipas jugak diorg letak kiri kanan. so oklah utk yg sakit lutut ke hapa hahah. tunggu nom giliran masing2 naik, baru masuk dewan. unlucky pagi tu, server mySejahtera jem sekejap katanya. so, dlm sejam jugak kami kat luar. petugas ada sediakan air mineral kat tepi2 dewan. dapatlah ko hilangkan dahaga. aku pulak takda bawak apa2 makanan, sbb bajet tu sekejap jelah kan. pastu nom giliran kembali berfungsi, haa legaaa.
dah masuk, dewan dapat aircond, hah legaaa haha. kat dlm ni ada 2 pit stop. utk declaration penerima vaksin. ada borang yg kena isi and kena sign. mostly petugas yg buatkan. ko sign je. dan prosesnya laju. setel 2 pit stop ni, terus ke ruang menunggu depan ruang utk vaksin. kat situ pun sekejap ja. laju semua. bagus betollll.. dan ko tak sempat nak takut ke ketaq sejuk ke apa. sebab proses cepat. kalau duk tercongok menunggu maybe perasaan takut jarum tu datang hahaha.
haa tau2 dah setel. sakit ke cucuk? takda la haihhh. tak rasa apa2 pun. jarum haluih ja pun, semut api gigit lagi sakit kut hahaha.
yg lama, lepas cucuk tu. sementara menunggu petugas siapkan kad vaksin tu. dan masa pantauan dlm 15minit if ada apa2 efek selepas vaksin. sementara menunggu, boleh pose dulu. dan ni perkara wajib utk semua yg pegi vaksin kan? hahaha..
ikutkan proses dlm dewan, laju dan cepat. yg lambat masa tunggu kat luar ja. tp klau tak kerana server down tu, cepat jugak lah.
dah selesai, baliklah. pak incik pegi keja, aku pegi merayap kejap. ada urusan nak setel. hari tu aku apply cuti siap2, senang keja. walau pun mmg duk bekerja dari rumah pun. tapi 1 keja apa tak buat lah dah keluar kan, so apply jelah cuti. ptg sket baru pegi pick up anak2.
dan, so far, takda sebarang alahan apa. kami dua laki bini sama. pak incik ada la bagitau dia ada rasa lenguh2 sket, aku takda langsung. mlm tu standby la jugak kut pening ke apa, nak mkn panadol. tapi takda. so, aku belasah durian hahaha.
oh, kami dapat Sinovac. tak kisah lah vaksin apa kan? nak pilih2 ko ingat ko sapa? haha..
then, date utk dos ke 2, 14 Julai. masa dan tempat masih sama. kali ni org tak seramai masa 1st dos. dan prosesnya laju mcm hari tu jugak. bagus betul diorg buat keja. tau jelah, org kita bab menunggu ni mmg mengundang bencana kan?
lajuuu, dan tak sempat nak belek handphone ambik gambar pun haha. ni dah kat depan ruang vaksin. bilik sebelah2 kami dapat.
ni selepas vaksin. masa pantauan dan tunggu kad vaksin siap. duduk sekejap dlm 15minit camtu. tak sempat nak tgk handphone sangat pun. baiklah ko tengok keadaan sekeliling. sbb benda ni bukan selalu nak ada kan? pengalaman utk kita.
yeay! setel dos ke 2. Alhamdulillah.
dah vaksin ni, ko jgn seronok sgt, tak jaga SOP segala tu. dah vaksin bukan bererti ko tak dapat covid. blh terkena jangkitan, cumanya dgn ada vaksin ni dlm badan, dia blh bantu badan ko lawan virus tu. dan mungkin simptom yg ko dapat tak teruk dan cepat recover. kita usaha, selebihnya serah ke Allah. yg tolak vaksin, terpulanglah ke korang. pandai2 lah jaga diri. jgn kita saling kecam yg vaksin dan tak vaksin. penat dengar haha..
tengoklah, kemain panjang masing2 beratur tunggu nak pose. bukti dah setel 2 dos. dan benda ni tak selalu ada kan? so, semua nak abadikan kenangan tu, utk dicerita pada anak cucu nnt apa jadi pada thn 2021 nih hahaha..
dan utk 2nd dose ni pun, kami laki bini baik2 saja. takda after efek yg teruk Alhamdulillah. takda langsung kalau aku. pening ke sakit ke apa. kat tempat cucuk tu kalau tekan ada la rasa sket. next day dah ok.
so, utk korang yg akan ke PPV nnt, here sedikit tips dari aku. tapi maybe lain tempat lain caranya kan?
~ hari vaksin, sampai awal sket maybe ok.tapi mostly yg aku tau, kebanyakkan tempat mmg ikut masa yg kita dapat. cumanya sampai dlm 10mnt awal is better. bnyk yg aku tgk yg share, beratur di luar yg agak lama. dah masuk dewan, sekejap saja prosesnya
~ blh prepare biskut apa2 dlm bag dan air. kut lama, takda la menggelupor lapar kan?
~ blh bawa pen utk sign @ isi declaration form if taknak kongsi. mcm aku hari tu, petugas kesihatan isikan, cuma sign saja.
~ pakai baju yg sesuai. yg mudah nak selak masa nak vaksin. dlm bilik vaksin tu nnt, ada 2-3 org petugas kesihatan. mostly perempuan. ada jugak lelaki, so tak tau nak dpt yg mcm mana, then ready dgn baju yg sesuai nak2 utk yg perempuan la kan?
~ pakai mask, dan follow SOP as usual.
~ ready panadol @ ubat tahan sakit utk mkn selepas vaksin. jgn makan sebelum ye. kalau korang takda sakit pening apa, tak perlulah makan ubat tu. biar vaksin bekerja dlm badan kita. kalau ada simpton yg teruk selepas vaksin, terus ke hospital @ klinik.
so, utk yg menunggu giliran, sooner or later, Insyallah ada nnt. semua akan dapat. sementara menunggu, teruskan jaga diri ya..
No comments:
Post a Comment