Friday, August 13, 2021

Amalan di bulan Muharram

 Assalamualaikum..

 

hari ni dah 4 Muharram. dah masuk thn baru Islam dah. aku dah niat nak share benda ni, tapi semlm lupa. blh pulak pegi up entry lain dulu. hehe..

bulan Muharram ni, kita di anjurkan berpuasa. puasa Muharram ni adalah puasa terbaik selepas Ramadhan.

 

SINDOgrafis: Keutamaan dan Bacaan Niat Puasa Asyura di 10 Muharram


niat puasa asyura 

yg dianjurkan berpuasa, 9 dan 10 Muharram bersamaan dgn 18 dan 19hb Ogos depan. hari rabu dan khamis. so, jomlah tanda kalender masing2, atau buat reminder. besar ganjaran kalau kita berpuasa Tasu'a dan Asyura ni. 

 

 

utk yg rajin berpuasa sunat, blh follow list ni jugak. puasa isnin dan khamis di bulan Muharram. semlm aku terlepas sbb uzur. Insyallah, minggu depan nak start puasa sunat semula. lama sgt ni tinggal sejak duk rumah. now dah masuk opis, blh sambung balik. duk rumah tu, besar dugaan kalau nak puasa hehe. 

di hari 10 Muharram tu jugak, kita dianjurkan memberi makanan istimewa kepada keluarga. tadi aku baru dengar ceramah pasal ni.

 

 

jadiknya, jomlah kita tambah amalan kita. takkan miskin pun kita kalau kita rajin bersedekah @ memberi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...