Thursday, August 12, 2021

Kembali ke pejabat di Fasa 3

 Assalamualaikum..

 

seperti yg semua tau, now Malaysia dalam Fasa Pemulihan. dah tak letak tarikh last PKP sampai bila dah. kita kira by phase pulak. 

ada Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4. semua ni utk merancakkan ekonomi kita kembali. disamping pemulihan kesan kepada covid ni. bab kesihatan pun kena seiring. keputusan yg pihak kerajaan buat tu, dah timbang sana sini dah. kita as a rakyat, jgn mudah kecam ja semua keputusan rakyat. pemimpin pun dah cuba yg terbaik dah. utk semua. yg terkesan teruk, banyak. semua rakyat akan rasa kesan covid dan PKP ni, bezanya seteruk mana kesan tu dan cara kita tanganinya. jgn marah aku ye, kita berlapang dada.

Perlis dah masuk Fasa 3 Alhamdulillah. jadinya lebih bnyk sektor ekonomi di buka. dan panggilan ke pejabat pun dah bermula hehe. no more work from home. masa mula2 PKP fasa 3 ni, kami ke ofis seminggu sekali saja. mostly kerja mmg boleh buat dari rumah, online dah semua pun. nama pun kerja di ICT kan, so takda hal.

tapi bila dah lama2 kat rumah, tepu jugak otaknya. tak jumpa kawan2, tak bercakap dgn org, tak dapat nak berkongsi idea. so bila seminggu sekali ke ofis tu, dia punya riuh tuuu hahaha. bercakap, bersembang the whole day hahaha.

dan, start Khamis lepas, dah kena masuk ofis sepenuhnya.. ada pro and kon nya. harap mak ni blh fokus kerja dgn baik. tapi, anak2 takda yg memantau utk PdPR. redha jelah. anak2 ketinggalan teruk dah. bukan anak kita saja, semuaaaa. aku hantar anak2 ke rumah adik. takat yg dia blh, dia bantu. aku tak push sgt pun. anak kita takkan nak harapkan org pulak kan? ada tempat nak letak masa kita masuk kerja pun dah syukur. aku pun tak push sgt bila kat rumah. sempat follow kelas, ha sila. tak sempat kita cuba selesaikan kerja if boleh. tak sempat hantar homework, redha. luckly, cikgu2 sekolah anak aku ni, semua ok saja. tak pernah paksa2 pun. diorg pun faham, kekangan yg parents hadapi utk PdPR nih.



lama haih tak pakai baju kurung hahaha. menung depan almari semlm nak pilih  baju. masuk opis sebelum2 ni, aku pakai seluar ja. mudah nak bergerak. hari ni Khamis, hari batik, so kita pakailah baju batik. lain beno rasa hihihi..

korang yg masih di rumah, masih bekerja dari rumah, nikmatilah masa anda sebaiknya hehehe. aku takleh, duk rumah lama rasa kurang produktif. takleh fokus bekerja. nak tgk anak2, nak setel kerja rumah. sebab kerja aku ni kena fokus, duk belek, tilik betul2 hehe.

tapi, dah masuk kerja ni, kena hati2, jaga diri. walau sini dah fasa 3, kes masih ada. dgn varian baru ni, risau jugak. aku pun jarang keluar. mostly aku bawak bekal. so, mudah keja. dulu dah kedai mkn takleh dine in, so mmg bawak bekal @ beli mkn siap2 sebelum masuk opis. now dah blh dine in pun, risau jugak nak lepaknya. lebih baik kita beware lah kan.. benda tak nampak..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...