Thursday, April 07, 2022

How about your Ramadan right now?

 Assalamualaikum..

 

kemain tajuk tulis omputeh. hahaha. 

Salam ramadan everyone. dah masuk 5 ramadan dah hari ni. pejam celik, pejam celik, tau2 nnt dah masuk 30 ramadan. time flies..

so, how about your ramadan right now? everything went well? us, so far ok. Alhamdulillah.

bulan puasa ni, opis bagi balik awal 30 minit. kami kat sini dah apply jadual bekerja anjal sejak 2020. masuk 7.30 pagi, blh balik 4.30 ptg. bila bln puasa ni, blh balik pukul 4.00 ptg. lega lah jugak. bln puasa ni mmg aku pun keluar awal. dah skip masa breakfast anak2, so dptlah sampai awal ke opis. pukul 7++ dah keluar. hantar anak2 sekolah dlm 7.10-7.15 pagi. then, drift laju2 ke opis hahahaha. kejarkan masa nak checkin pagi. setakat minggu ni, dapat check in seawal 7.35pagi. so dapatlah balik pukul 4.05 petang camtu. cukup je 8 jam 30 minit masa bekerja, mmg checkout terus. kejarkan balik awal tu bukan sebab apa. sekolah anak2 balik pukul 4.00 ptg bulan puasa ni. takmolah diorg tunggu lama kat sekolah. puasa kannn.. hehe. jln jem lagi bln puasa ni, pukul 4.30 ptg jugak la sampai skolah. 

berbuka & sahur so far kami semua ahli rumah ni mudah ja. tak bnyk kerenah. dari awal mak malas nak ajar melebih2 hahaha. berbuka pun takda hidang penuh meja. dulu2 hah ye. beli mcm2 lauk, kuih muih segala. tak habis mkn, simpan dlm peti ais berhari2. sudahnya buang. bnyk membazir je makanan. sedih bila pikir, duk buang makanan tu. kalau duk kg, ada bela ayam ke apa, blh bagi ayam makan kan? kadang berbuka tu, 1 menu lauk, 1 jenis kuih. then air & buah. simple. tapi lauk tu setel habeh hehe.. lauk yg semua suka. paling mudah, ayam goreng kunyit, daging kicap, ha menu2 simple. family lain aku taktau lah, tapi kami so far simple and mudah. dulu2 aku masak lauk, sayur bagai. sudahnya tak habes, buang je. bazir kan? bila tgk tu, bulan puasa ni, kami kurang mkn. Amni tu lagilah. takda nya nak mkn bnyk. jenuh paksa. tak lalu dia kata. pegi bazar pun kdg tak beli bnyk sgt dia pun. yg nak dimakannya benda merepek2, coklat, aiskrim, keropok. sesekali bagi jugaklah, tapi bukan rutin.

selalunya laki akulah yg beli mcm2 utk berbuka. dia kalau pegi bazar, balik tu mmg aku istigfar. tgk itu nak, tgk ini nak. aku ni kdg dpt lah jugak kawal nafsu beli tu. walau ada anak2 yg berpuasa, kita kena ajar jugak, beli yg betul2 nak mkn je. kdg kesian ke anak, sbb puasa nak beli mcm2 bila pegi bazar ramadan. tapi kena pikir panjanggg hehehe. so, cara paling mudah nak kawal nafsu membeli tu, jgn pergi bazar hahaha. eh aku mmg tak kuasa sgt nak ke bazar. bukan musim covid ni pun, dulu2 aku  dah kurangkan. seminggu sekali 2 tu bawaklah anak nak beli apa makanan dia suka kat bazar. tapi aku akan pesan beli 2 jenis je. kadang air oren, sirap biasa tu pun nak beli. sebab puasa kan? semua teringin. kuih pun beli ntah apa2, pastu berbuka minum air bnyk, kenyang tak mkn dah kuih tu. Amni dia faham dah. aku mmg tak biar sgt dia main sauk ja. bila dah selalu jadi, dia pun dah alert, soon lepas berbuka dia tak mkn sgt pun hehe. kadang aku singgah gerai2 tepi jln ja klau nak beli kuih. takda la bnyk sgt pembaziran. kalau ke bazar, hmmmm kiri kanan mengusungnya. utk air, beli siap2 kordial yg anak2 suka, air kotak bagai buat stok. beli air bancuh kat bazar ni, bila waktu berbuka tu, dah tawar heber. bazirrrrrrr.. nak beli lauk pauk kat bazar, mmg tak la aku ni. kalau lauk aku akan pegi ke kedai @ restoran yg biasa duk mkn sblm puasa. yg kita dah tau rasa mcm mana. supaya nnt takda lah kau duk maki hamun ja masa berbuka hehehe.

thn ni, yg ke 2 utk Aniq berpuasa. so cabaran bnyk utk dia la. kakaknya takpa, dah 11 thn, dah tak bnyk kerenah. last year Aniq 7 thn, rasanya dpt full day 7 hari je kut. tak ingat dah aku pun. thn ni pun sama, dia masih lagi sahur pukul 6.30 pagi. takpelah budak lagi kan? ikut tu kesian nak paksa puasa full. so selang seli. dlm seminggu tu, tak full pun. 2-3 hari puasa, then tak puasa. ni pun, hari ke 3 dah tuang. blk skolah dia ckp dia dahaga, letih. pagi tu kat sekolah dia senak perut, cirit. muka pun mcm sayu sket. so, pkul 4.30 ptg tu aku kasik lah minum.

 

so far dah masuk 5 hari puasa ni, dia nmpk steady ja compare last year. takda la merengek lapar all the time. cumanya mcm2 la dia tanya dan ko kena sabarrrrrrrrrrrrrrrrrr hahaha. kejap2 tanya pukul berapa. pastu soalan2 mengundang padah dia la. telan air lior batal tak? kentut batal puasa tak? perut Aniq cakap dia lapar itu, lapar ini. mcm2 la kerenah dia. tapi selagi aku tgk dia aktif mcm biasa, so teruskan puasa. kalau nmpk muka sayu je, melepek teruk tu, bagi bukaklah. alah baru 8 thn, belum akil baligh lagi. slow2 kita ajar. nak paksa anak puasa penuh, dgn usia gitu dapat apa ja. ajar solat dulu.

sahur pun so far semua mudah ja. anak2 bgn takda hal. Amni ok, kadang mkn nasi kadang tak. Aniq pun sama. aku malas paksa sgt kang depa moody. so mkn lah apa yg depa rasa depa nak mkn. aku pun kdg tak mkn nasi pun. minum ja. apaknya pun sama, kdg tak bgn langsung sbb dah mkn lewat pkul 2-3 pagi camtu. lantaklah. malas nak berhujah bagai. senang keja mak ni, hah setel hahaha. bnyk lagi keja lain nak buat kan?

panjang lagi perjalanan ramadan kita. tapi jgn kita siakan masa yg berbaki ni. tambah amalan sebanyak mungkin. kejarkan pahala berganda. thn ni dah blh terawih kat masjid. Allahu seronoknya.. tgk masjid penuh, seronoknya. lama dah tak rasa nikmat ni. mlm tu aku pegi dgn Amni. dia pun suka nak join. tapi tak selalu pegi. sbb kaki aku sakit lagi bila berdiri lama. nak duduk atas kerusi ehhh malu hahaha.  kalau tak pegi masjid, aku akan pulun ngaji. lepas maghrib ngaji, lepas isyak pun ngaji lagi. targetnya nak khatam quran puasa kali ni. moga dpt lah hendaknya Insyallah. then tambahlah amalan2 sunat yg lain. paling mudah, sedekah. beli makanan, dan beri pada org lain. besar ganjaran beri makanan utk org berbuka ni..

so, jom kita tingkat amalan dan nikmati ramadan ini sebaiknya...



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...