Assalamualaikum..
2 minggu lepas aku ke Klang utk hantar kereta adik kat sana. adik yg kat Sabah, Azrie. kereta dia masih kat sini, tak bawak sekali masa dia pegi lapor diri 1 Mac lepas. tgk keadaan dulu mcm mana, pastu baru dia update nak bawak kereta. mula2 kemain cakap takmau bawak pegi Sabah. haishhh aku malas la nak jaga kereta dia lama2 kat sini. dia bayar bulan2, kita duk naik duk lenjan. walau adik sendiri, takmau la jugak kan.. jadi apa2 masa duk drive tu, haa dah panjang cerita. bila dia bagitau nak bawak ke Sabah, hah silalahh..
urusan booking slot dgn agen, dia uruskan. lagipun ramai je yg membantu, kawan2 dia yg dah lama kat sana tu. aku ada juga google, hah mcm2 keluarnya. cemana nak hantar kereta dari semenanjung ke Sabah @ Sarawak. tak da la rumit sgt pun. kena submit a few documents kepada agen : salinan geran kereta, fotocopy ic & surat kebenaran dari bank if masih ada loan. tu je. dia setel dgn agen, then dia update aku. tugas kakaknya kat sini, bawak kereta ke Port Klang je.
sementara menunggu pengesahan dari agen tu, mcm2 jugak lah plannya cemana nak ke sana. plan asal, aku pegi berdua dgn pak incik ja, hantar kreta then balik naik train. dah setel. eh tak, plan asal nak pegi ngan kawan aku, sesambil hantar kreta, nak pegi merendek hahahah. kemain aku pm tepi kawan aku tu, sudahnya tak dapat izin suami kohkohkoh. bertuah la haih dia nak baginya, takdanya dia harap aku drive jauh2. tapi since agen yg adik aku deal tu blm bagitau apa2, tak berani jugak lah aku nak beriya plannya. Isnin 21hb baru dia update dah confirm slot. kereta kena hantar last hari Jumaat 25hb pagi. kelam kabut jugak lah kami disini nak susun jadualnya.
kebetulan ada jemputan kenduri kat Melaka. anak jiran mak aku. jiran yg rapat dan mcm family dah. bln 12 lepas kenduri sini (pengantin perempuan), bln ni kenduri sambut menantu di Melaka. so, pak incik aku ni gedik la jom la jom la pegi Melaka. sblm tu ada la sebut2 tapi tak confirm sbb aku malas la nak pegi sbb sekolah dah buka, anak2 kena ponteng. tapiii apaknya beriya, hah yelah.
kami bertolak dari sini Khamis pagi, 2 kereta. aku drive kereta adik aku, satu lagi pak incik drive. kereta aku, bawak tok umi, adik aku & Aniq. kereta apaknya bawak anak dara dia. kereta kosong menghala ke sana hehe..
sepanjang jln, semua ok. ni 1st time aku drive sendiri jauh gini dari Perlis sampai Klang sana. fuhh, bangga dgn diri sendiri. sejak kawen mmg tak pernah drive jauh sbb ada driver hahah. sampai Klang pkul 8 mlm dah. terus check in hotel kat Bukit Raja. ambik hotel budget je, under OYO tu. ambik family room, then bwk toto single 1. kejap je pun nak duduknya. nak stay rumah adik aku, Azwan yg mmg duk area Klang, tapi dia tak kasik haha. sbb rumahnya kosong takda benda.
esoknya pagi2, pukul 8++ dah gerak ke Port Klang. aku pegi dgn Azwan je. aku bwk myvi, dia bawak kereta aku. pak incik bagi dia tidor dulu sbb semlm berjaga siapkan kerja opis.
dari hotel kami stay tu, dlm 20minit nak ke Port Klang. drive pun rilex2 sebab nak tgk jln + jln tak elok sgt hahaha. yelah laluan lori kan..
dah sampai. kami ke Terminal C2. seram jugak weh kat depan entrance ni. lori treller smua laju2 mcm takda brek je haha. agen yg adik aku deal dari Sabah tu dah bagi guide semua dah mcm mana. mula2 park kereta dulu kat depan entrance ni, Pintu Utama Zon 1. then ke pondok polis kat sebelah kanan. sampai situ, bagitau kat petugas nak masuk hantar kereta. then kena tinggalkan lesen memandu diganti dgn pass masuk. sorang je blh masuk ye. so, adik aku tunggu kat luar je.
kereta yg nak hantar je blh masuk. jadinya ambik gambar kenangan siap2 kat luar ni. nom plate kami sama, beza huruf depan je. dan ni koleksi yg ke 10 kalau tak silap. ambik gambar kereta sekeliling luar dlm, in case sampai sana kereta ada kemek or calar blh tunjuk bukti. babai myvi, tq utk jasa awak. lama jugak ikutnya dia ada kat tgn aku. syok wei drive myvi, jimat minyak. hahaha.
then drive masuk ikut guide yg diberi. lalu gate masuk yg dikhaskan iaitu lorong kenderaan awam, kena tap pass yg diberi utk buka auto gate. jauh jugak masuk ke dlm tu, dlm 3km camtu. aku drive slow je, nak tgk sekitar hehe. lagipun awal pagi, org duk masuk keja maybe, so meriah juga kenderaan. so, drive slow2 tgk keadaan sekeliling. bukan senang weh nak masuk situ.
kagum jugak tgk besar la haih tempat ni. kargo @ kontena bersusun2 kat dlm tu. ada simpang kiri kanan entah pi mana lagi hahaha. lokasi aku nak pegi tu terus ja takda belok2. sampai ke Pos Logistik. blh nmpk kat situ bnyk kereta duk parking menunggu giliran naik kapal untuk dihantar ke seberang sana, Sabah @ Sarawak.
beratus2 rasanya kereta duk parking tunggu giliran tu. aku kat pintu masuk je, kat dlm sana bnyk lagi kereta. jumpa dgn agen yg kita deal. ada a few company kat situ, cari agen yg kita dah deal. ada borang yg kena isi. agen akan check kereta kita, ada bawak barang2 apa ke tak utk dihantar sekali dgn kereta atau kereta kosong. then kena tandatangan form penyerahan. dah tu je, setel.
utk trip ni, kereta akan naik kapal next day. so hari Jumaat pagi tu, last day utk hantar kereta. blh je hantar lagi awal. takda masalah. tapi aku ni mmg hantar paling last la kiranya haha. payment semua adik aku dah setelkan dgn agen, so tugas kakaknya ni, hantar kereta jelah.
agen tgh check kereta. dia nnt tgk luar dlm kereta semua. pastu nnt dia tanda sket kat cermin tu. aku tgk jelah dari jauh. tak berani gerak sbb ada anjing kat situ duk gong gong gong. sbb anjing tu tak kenal aku, so dia duk menjerit2 la kat tepi tu. nyampah btoiii.
dah setel, tandatangan dokumen semakan kereta dan penyerahan kunci. setel.
susunan kereta mewah. maybe kereta baru utk dihantar ke seberang laut. seluas mata memandang jugak la kiranya kat port ni hehe.. luas betul.
utk keluar dari port, kena call shuttle. tak lama pun tunggu, 2-3 minit lepas call, dah sampai. shuttle ni under kastam di port. dia akan hantar ke gate masuk tadi. bayaran RM5. sementara dlm kereta tu, aku sembang2 la jugak dgn petugas tu tanya pasal port ni. dia kata port baru nnt lagi besar, ni kecik je. kecik eh mcm ni huhu..
tukar semula pass dgn lesen memandu tadi kat pondok depan entrance tu. selesai keja. moga kereta selamat sampai dgn baik hendaknya. then balik ke hotel. siap2 pastu check out terus. dah tghr masa tu. utk mkn pagi ada bekal roti, biskut semua dah aku bwk, so ahli lain alas perut dulu sementara tunggu kami balik. then kami gerak ke GM Klang alang2 dah nearby hehehehe..
Wah, satu pengalaman yg tak semua orang dapat merasa ni :)
ReplyDeleteHarapnya kereta selamat sampai kepada tuannya.
betul. terpusing2 tgk keadaan sekeliling masa otw masuk port tu. siap rakam video hehe. tapi xleh share kat sini, takut jugak salah ke apa..
Delete