Monday, October 12, 2020

Kenduri di Felda Chini, Pahang

 Assalamualaikum..

 

bulan lepas kami sekeluarga ke majlis perkahwinan sepupu aku (sebelah emak) kat Felda Chini Pahang. mula2 dpt jemputan tu, plannya umi aku jelah pegi + adik aku si Fizah tu. naik bas lah ke sana tu. then mak sedara, maklang (adik abah) nak pegi jugak. actually dulu mcm pernah bagitau, umi abah aku ni sepupu tiri. kiranya kawen ngan sedara mara lah. org dulu2 kan mcm tu. jadinya mak pak sedara aku for both side umi abah adalah agak close sbb sepupu. mcm mana salasilahnya ? bapak tiri umi aku adalah abang kepada emak abah aku. haa paham?

bagitau pak incik pasal jemputan kenduri tu. then dia tetiba tanya, tak nak pegi ke? haa jomlah kita p Pahang. ehh dia, kemain over hahaha. duk provoke aku ajak peginya. hahaha.. aku ni malas la haih, pikir jauhnya perjalanan. lepas tu bagitau mak aku. then dia kata sokay jom share duit minyak kreta hahaha. mcm nak onlah kan? lepas tu tau yg mak lang aku tu pun nak pegi. bilang2, mcm ramai nak join sebab aku hasut sekali adik ipar aku hahaha. berani dia lawan kak ipaq. bila dah ramai ahli rombongan, aku come out dgn idea jomlah kita sewa van dan dapat pegi beramai2 tak payah naik bas. dah semua ahli setuju. yay! yg join is kami 4 beranak, adik aku suami isteri, umi, maklang+paklang + anak beliau sorang. so cukuplah. kutip duit utk bayar van sewa for 3 days + tol and minyak. setel.

kenduri ahad 27hb Sept hari Ahad. kami bertolak hari Jumaat 25hb. plannya, overnight Klang mlm tu. Sabtu baru bertolak ke Pahang. nak pegi terus kang kesian laki aku drive jauh haha. kat Klang kami stay rumah sepupu aku yakni anak maklang aku tuh. tak yah risau sebab ramai je sepupu sepapat aku kat area KL sana. selalu stay rumah abg aku la, tapi masa tu dia tgh bizi pindah rumah, so taknak la kacau kan?

bertolak pkul 12 camtu. pkul 2 kut kami berhenti RnR Gurun. dah masing2 lapar, so jomlah buka bekal yg dibawa kita makan dulu. aku tak sempat masak apa2. bawak nugget + sandwich telur je utk bekal anak2 yg akan sentiasa lapar lapar laparrr haha. jauh perjalann oiii. umi & maklang masak mcm2. lega hahaha.. mmg dah plan nak bawak bekal mkn. musim PKPP ni susah gak brenti mkn kat RnR kan? lagipun pegi kenderaan sendiri, ajomlah kita bawak bekal sendiri, senang.

kat RnR Gurun. budak 2 org ni taktau mana2. aku mmg tak bgtau nak kemana sampai hari kejadian. saja malas nak bagitau kang asyik la ulang tanya. penat mak nak menjawab. 

setel mkn, teruskan perjalanan. hujan sepanjang jln. kejap lebat kejap tak. pak incik ok kalau hujan, jgn panas berdenting ja, dia tak blh drive. kami berhenti solat kat hentian sebelah kat mana tak ingat dah. kat Gurun tu tak sempat solat sebab hujan, nak berlari ke surau eh kesian la warga emas yg kami bawak tu. awal lagi, so terus jalan jelah dulu. dah petang, hujan pun reda baru berhenti solat. sampai Klang dlm pkul 9 mlm. tak berhenti dinner memana sbb kazen aku dah masak mcm2 hahah. pukul 1030 camtu baru dinner. gulai ikan bagai, uii sedap hahaha. bekalan makanan pun mcm2 yg maklang aku bawak. rebung, belacan, ikan pekasam, ketupat, apa tah lagi. mak aku bawak bahulu. adik aku bawak kuih apa tah bnyk bekas jugak, nak kasik ke rumah kenduri nnt. dah selesai makan, pastu memasing bergolek tidor depan tv je semua. rumah dia tak besar mana. alah kejap je pun sokay je. lagi sorang anak maklang pun datang lepak situ jugak nak jumpa emaknya. penuh rumah. meriah and best! aku suka ramai2 mcm ni hehe. yg lelaki tak ramai. laki aku, then adik ipar + paklang. sampai Klang tambah lg sorang suami kazen aku tuh. eh kemain diorg ni geng. melepak bergelak sapkok beramai2. pastu adik lelaki aku yg keja kat sana pun datang jugak mlm tu nak jumpa umi. pastu pakat join lepak sampai pkul 3 pagi. sabar jelah.

esoknya, lepas mkn pagi, siap2 nak gerak ke Pahang. pkul 11++ jugak lah keluarnya. 1 van +  1 kereta sepupu aku. sepupu lagi sorang tak join sebab husbandnya kerja, susah dia nak handle nnt ngan anak kecik. 

jauh nau nak ke sana. brenti 2-3 kali jugak hahaha. pak incik aku tu apa lagi, sapkoklah. kami brenti RnR Temerloh la yg agak lama. lunch pun lewat sbb masing2 kenyang lagi mkn pagi. situ meriah dgn ikan patin tempoyak. aku tak mkn pun, tak minat. masa kat situ dpt call dr kak ipar ayah mentua kena warded. seminggu 2 sblm tu pun dia mcm tak berapa sihat, tak lalu mkn sgt. plus ada penyakit berangkai2 lagi. masa tu kami lagi sejam nak sampai rumah mak sedara aku. so, teruskan jelah perjalanan, tak kan nak pusing balik. husband aku tak ckp apa, suruh relax ja huhu.. aku pun tak berani nak tanya bnyk2 kang dia stress.

mlm tu lepak rumah mak sedara aku. takda buat apa, lepak, makan2 sembang2. dia sewakan kami homestay sebijik. dah ramai kan?

next day, pagi2 kami dah ke rumah kenduri. akad nikah pukul 10 pagi lepas tu terus kenduri. sekali harung je, mudah keja. kenduri pun sikit je. musim PKPP ni, takleh meriah sgt kendurinya. kita ikut jelah, demi kemaslahatan bersama. follow SOP yeh. 

 

pengantin lelaki dari Johor. 11 kereta okeh. meriah diorg. siap pakai baju sedondon semua ahli rombongan. pakai batik viral kaler biru. sporting semua.

 

kazen aku yg perempuan. dulu dia study UUM, so selalu jugak lah jumpa. jauh tercampak dari family. mujurlah ramai sedara mara sini. anak2 aku panggil dia makteh putih. hahaha. sebab ramai makteh (mak sedara) konpius dah anak2 pun.

 

rombongan dari Perlis. ada yg tak masuk jugak ni. pak sedara (adik abah) pun datang dari Perlis. pastu anak dia yg kat KL pun join sekali. diorg 2 kereta. pastu pak sedara pengantin (sebelah ayah) pun datang. makanya dari Perlis yg datang ramai jugaklah.


me with umi & adik nom 4. tahniah Bashirah & Faris. semoga berbahagia hendaknya sampai syurga.


keluarga pengantin. mak pengantin tu adik mak aku. kami panggil dia makngah. diorg 2 beradik je yg kawin dgn org Msia. suami makngah tu, yakni pakngah Azhar, pun sedara jauh. lelaki sebelah pakngah(baju melayu hijau) yg berdiri tu abg dia. diorg 2 beradik je. rumah dia nearby rumah maklang aku tu. jadinya closelah walau takda kena mengena pun. bila dah kawen dgn sedara mara, jadinya pusing2 ha situlah semua adik beradik kau hehehe..


ni family paknjang (adik abah aku). ikut  tu mcm takda kena mengena dah kenapa nak pegi kenduri sampai Pahang sana kan. tapi dah sangkut sepupu, so moh le kita pegi.. diorg 1 kereta dari Perlis, pastu anak dia dari KL 1 kereta join skali (yg baju biru). diorg pun ambik homestay nearby rumah kenduri. nak duduk kat luar yg terdekat is Pekan @ Muadzam. dekat pun almost 60km jugak lah haha.


1 with pengantin. excited dia bila bagitau sedara mara dari Perlis nak datang. yelah, duk jauh nun kat sana takda sedara mara kan? dulu masa kenduri aku, kenduri adik2 aku, makngah aku tu datang jauh2 naik bas. so kali ni kita balas la kunjungan. seronok lah diorg dpt jumpa sedara mara. 


dlm setiap perhubungan haruslah ada org ke 3. haishhhh susah nau nak bergambar berdua ngan apaknya. budak ni tak pasai lah nak kasiknya. dengki sungguh org lain dekat ngan maknya.


dapat lah jugak. dan Aniq tgh guling kat depan tu protes hahaha. tapi takda lah dia keryau guling2. cumanya muka tu muncung jelah tak puas hati. susah makpak korang nak feeling lebih sket.

 

family portait. dapatlah jugak walau struggle hahaha. Aniqlah, susah nau nak bagi kerjasama. ada saja akai dia. tu tgk kakak dia pegang muka suruh pandang kamera elok2. kalau tak, tah apa2 dia pose. time ni dah pkul 1 kut. apaknya baru join. awal tu kami biar je dia tidor kat homestay. rehat. sbb ptg kang nak gerak balik dah. risau pikir ayah mentua kat spital. ahli rombongan yg lain pun setuju. lepas solat jamak semua, pukul 4 camtu kami gerak balik dari Chini. tak best la jugak sbb kejap je dpt jumpa sedara mara kan, apa nak buat. kita cuma merancang, Tuhan yg menentukan segalanya. nak stay pun risau jugak kang apa jadi kat Perlis nun. dah setel kenduri, so kita baliklah ye.


1 with the pengantin. tgk Aniq. dia minta kat makteh putih buat limau tu. feveret dia tuh. buat kering je g ambik dlm bekas hantaran hahaha. aku cakap, pegi minta elok2 kalau nak, so dia pegilah ngadap maktehnya. sabar jelah anak oihhh.

 

Alhamdulillah, selesai kenduri di sana. kami gerak balik pukul 4ptg camtu. awal tu semua mcm risau lah pikir ke pak mentua aku. dah tghr tu dia sendiri call cakap ngan anak dia, so lega lah sikit. dah stabil. dia letih, so tekanan jantung mcm rendah + tak berapa lalu mkn tu. dia siap ckp kat anak dia tu, tak yah rushing balik, dia sihat je bukan nak mati pun. aiyooo appa. aku ni susah hati tidor tak lena pikir dia hahah. plan asal nak blk pagi Isnin. tapi dah semua setuju, kami blh Ahad petang tu jugak. pak incik ok je nak drive mlm. dia dah biasa berjaga. otw balik tu singgah Bukit Jalil rumah mak sedara dia (sebelah mama) hantar barang kiriman dari ayah. ikut tu taknak singgah dah tapi dia suruh hantar jugak, so kami masuk lah kejap. tak lama pun, sejam je masuknya pastu gerak balik. selamat sampai rumah aku pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah.


 

Alhamdulillah, lepas tu ayah is getting better. almost a week jugak warded. now dah balik rumah, so rehat dirumah saja.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...