Monday, June 30, 2014

Outing

ini kisah 13 jun lepas.
aku cuti 12 & 13 jun.
saja nak rehat katanya..
tak g memana pun, duk umah je.
khamis tu cuti sebab ada monthly checkup kat KK.
jumaat pun ambik cuti sebab nak sama2 ngan suami.
gediks.. hahaha..
buat caner, cuti tak sama kan?
so, salah sorang kena edjas la.
kadang2 aku, kadang2 suami..
tengok pada keperluan utk cuti tu..
selalunya aku laaaaaaaa..
sebab aku cuti banyak, 25hari setahun.
dia dlm 14 hari je kut setahun.
well, private sector kan?
tak sama... tak pe, kita edjas, no worries.

jumaat tu plan nak keluar jenjalan.
saja nak bawak Amni jalan.
and nak cari baju raya dia sesiap.
dah puasa kang koser aku nak bersesak g cari baju raya bagai.
utk mak pak, takpe, nnt kita pikir.
dlm keadaan perut kedepan ni baju apa je yg bule aku pakai kan?
idok kuasa la nak menempah bagai.
ada la aku beli kain, minta mak aku buatkan jubah.
tapi, taulah mak aku, ntah sempat jahit ke tidak.
nnt dekat2 nak raya kut baru nak cari jubah ke maternity dress ke selai 2.
malas nak beli awal, kang aku pakai plak.
heheh..
lagipun, takut jugak dekat2 nak raya nnt baju dah ketat..
haruuuuuuuuuuu..
utk apaknya, beli baju melayu yg ready made jelah thn ni.
dia nak tema bebas katanya..
sukatilahhhh..
aku pun takda napsu nak bershopping bagai dah ni.


budak comot.
makan biskut mama dalam kreta.
jarang sgt aku bg dia biskut ada inti tu sebab ginilah jadinya.
makan inti saja.. +__+

lepas jumaat, pkul 4 lebih jugak baru keluar.
pegi jitra je.
sebabnya, nak g kedai curtain.
aku ada tempah langsir baru..
langsir raya kekdahnyaaaaaaaaaaaaaaa.. hihi..
beli kain situ, tempah siap. senang crita..
alah, tempah jahit betul je ponnn, bukan buat kerning bagai lekuk2, bunga2 ke apa.
klau gitu, tak mampu oihhh..
sekaki mau sampai 20 hengget lebih.
lagipun aku tak minat, aku suka straight je, moden je konsep aku.
2 minggu lepas aku tempah, minggu ni dah siap.
murah2 je kainny, simple je pon..
dah siap pasang kang, harus ku show off kat sini.. muahahaha...

dah setel ambik curtian, jom teruskan misi ke 2.
beli baju raya Amni.
pegi Aneka Mall je lah.
pusing2, tawaf dlm tu, dlm beli selai tshirt and selai jeans je utk dia.
muahahaha..
sebab aku duk beli skali baju utk adik baby.
ada sale, murah, beli la skali.
aku tak larat la nak keluar 2,3 kali pasni.
baju Amni ada yg boleh pakai, tapi beli lah jugak baju baru utk adik baby.
dapat la 7 pasang baju baru.
tu pun dah dekat 200 hengget..
pitammmmmmmm..
seb baik 2nd baby, tak banyak sgt yg nak kena beli.
masa Amni dlu, hoiii, mcm2 nak kena beli kan?
setel membeli, lapar.
apaknya dah nak muncung sebab letih kejar anak.
hoihhh.. maknya lagi letih okehhhh..
pusing pilih2 baju tu, mengah aku.
tiap kali peknen, aku mmg gitu, awal2 pun dah mengah.
jln bnyk sket, sakit.
sabar jelahhh..


dah petang sangat dah.
makan kat kopitiam je sebab aku nak makan chicken shop.
memula nak g secret recipi, tapi lalu sini, org tak ramai, jomlah makan sini.
2 beranak kesayangan mama...
makan laju2, sebab dah maghrib.
setel, jom balik umah.
otw, Amni dah terbongkang dlm kreta.
letih sgt kut duk berlari dlm supermarket tu..

baju raya Amni tak setel lagi.
persiapan adik baby pun sama.
nanti kita sambung eh..




Ramadhan 2014

day 2 of  Ramadhan 2014..
aku harapppppppppppppppppppp sangat thn ni aku dapat puasa penuh.
ada peluang puasa penuh, cuma tak taulah mampu ke tidak.
berdoa jelah agar dapat puasa dengan baik.

dulu masa mengandongkan Amni, aku tak puasa 18 hari okehhhhh.
jenuh ganti oi.
siap kena bayar fidyah lagi sebab dah terlepas thn.
padahal ada setahun utk ganti kan?
26 ramadhan aku warded.
so, sah2 tak puasa sebab kena cucuk bagai.
lagipun diorg hidang je makanan, then telan jelah.
pastu 29 ramadhan, dah selamat keluar mak enon tu..
hari2 lain yg aku puasa tu, tuhan saja yg tau.
azab nak menunggu petang.
takpe, tu smua dugaan and cabaran masa pregnant kan?
pepagi tu aku puasa dlu, dah tghr, dah teruk menggigil badan, aku bukak je puasa.
tau2 duk beratur kat kedai mamak beli nasi kandar... hahahaha..
lapar tu 1 hal, angin tu 1 hal.
aku puasa dgn tak, sama je.
muntah jugak.
muntah stok sampai terkencing and sampai takda menda nak keluar dah.
padahal time tu dah 8 bulan.
patutnya dah steady, boleh je nak puasa.
tapi sebab angin teruk sangat, tak mampu.

kali ni, tak tau lah cemana.
harap2 ok sebab now alahan dah kurang.
letih tu biasa la.
lapar pun dah bule tahan sket dah.
datang opis, buat keja, harap2 bule bertahan sampai petang.
klau nak buka pun apa je yg bule makan kat sini.
dlu kat opis lama, dekat Kangar bule cari kedai mamak.
duk kat kampus baru ni, jauhhhhhhhhhhhhhh oi.
takat makan biskut ngan milo, tak jadi apa.
lapar sama je.
cumanya, kena pikir anak dlm perut la.
klau tak mampu, tak payah nak bertahan la kan?
kita ada pilihan.
nnt dah selamat beranak, ganti la puasa tu.

kali ni berazam nak berjimat.
eceewahhh.
takmo membazir kat param (pasar ramadhan).
harap2 mampulah.
taktau lah duk pregnant ni, puasa, semua teringin plak kan?
end up, bila berbuka minum air banyak, makanan semua dah takleh masuk.
pastu buang je makanan tu.
dah la mahal semua ni.
mahal klau sedap takpe jugak kan?
membazior jeeeeeee..
harap2 mampulah bertahan, tak ikut napsu sangat.
ikut aku, masa nak berbuka simple2 pun takpe.
masak sendri lagi best.
tapi dgn keadaan mcm ni, taktaulah mampu ke tidak.
berdoa jelah harap2 kuat.

1 thing, harap dapat tunaikan teraweh..
1st night dah terlepas sebab tak larat.
dlu2 aku buat sensorang kat umah je pun.
kali ni taktau lah.
teringin sangat nak g masjid.
dah lama tak teraweh kat masjid...
nak rasa suasana bulan puasa..


to all, selamat berpuasa.
moga ramadhan ni antara ramadhan terbaik utk kita.
sama2 kita lipat gandakan amalan di bulan yg suci ni yeh...


Friday, June 27, 2014

Aura steamboat and grill

sepanjang aku prenant, dari 1st and now yg ke 3 ni, takda pun aku mengidam pelik2.
takda.
cumanya mulut terasa nak makan.
bila terasa nak makan, bagitau suami, kawan or family.
tapi klau tak dapat time tu, takda nak menangis guling2 ke hapa.
masa cakap tu, mcm terasa2 kat mulut.
mcm ke sedap sangat dah..
tapi klau tak dapat time tu, keadaan tak mengizinkan ke apa kekangan yg ada, iolls ok je.
ada la a bit terasa tapi idok le sampai merempan marah2.
mengidam mcm2 pun takda.
terasa nak makan je.
boleh pegi, jom.
boleh cari, jom.
tak boleh, makan yg lain.
ok je, boleh makan.
cuma muncung sket je.
hahahaha..
pastu esok ok dah.
tak dapat hari  ni, kita pegi besok.
okey jew..

lately terasa nak mkn steamboat.
padahal aku bukanlah penggemar steamboat, laki pun sama.
sesaja bgtau dia, nak  makan steamboat.
dia tanya, bila and kat mana.
tunggu gaji nntlah baru pegi and yg pasti sebelum puasa.
so, semlm, pas maghrib jomlah kita pegi bang oii..
puasa kang malas dah nak keluar bersesak dgn org.
lagipun dekat je dgn umah.
sekangkang kera je pon kedai tu, sekalipun kami tak pernah pegi..
hahahahaha..
padahal bila lalu, tgk kreta penuh.
sedap sangat la gamaknya kan?

kemana?
Aura steamboat and grill... klik sini utk tgk fb dia..
org Perlis tau kut kat mana.
kat Repoh sana, tepi jln je.

situ, hari2 penuh org.
nak2 waktu gaji, sesak.
sebab, murah and sedap la kut.
1 kepala RM13 je.
choice pun bnyk, tempat luas, sos sedap, makanan lain pun ada.
semlm ada ayam, daging and sotong.
pastu segala jenis fishball, ketamball, sosej, mee, sayur, mcm2 lah.
sos pun mcm2 pilihan and sedap.
ada nasi goreng, mee goreng and nasi lemak.
sokay la kan?
13 hengget jew pon,  makan sampai muntohh..


kukus grill panggang..
ehhh..
rebus dan grill..
ayam daging tu sedap la jugak sebab ada yg black pepper, ada ayam kunyit, ada 1 lagi apa ntah. sedap.
suami iolls tak tau la brapa kali ulang alik tambah.
kuah sup pun kena tambah sebab kering.. hohoho..
sabor jelahhhhh..


 ni je gambar yg ada.
segan oih nak ambik gambar banyak2 mcm jakun pulak.
hahahaha..
lagipun org dah lama tak makan kat kedai kannnn.
Amni makan nasi goreng banyakkkkk.
suka mama tgk awak makan nak.
aku kasik nasik semangkok ke dia, biar mkn sendri.
tgk2 licin dah..
gud girl anak!
mak bapaknya tak tau la brapa mangkuk..
ehhh..

kitorg sampai dlm pkul 9.
org tak ramai sgt.
dlm pkul 9.30 camtu, eh dah penuhhhh..
tapi makanan diorg refill, jgn risau.
korang bule mkn banyak2...

dah kenyang, pkul 10++ camtu, sedor diri jomlah kita balik.
perut kenyang, hati pun sukaaaaa..
baby pun kenyang sampai tendang2..
tak cukup ruang nak berenang kut mama mkn bnyk..
muahaha...

Thursday, June 26, 2014

Cuci sinki dapor

korang2, cemana eh korang cuci sinki kat dapor tu?
guna pencuci khas or bahan2 lain?
bila pulak korang cuci sinki?
atau tak cuci pun sinki, main jirus2 jew....
hahahaha...

kak yah ni pantang eh sinki berkerak.
aku klau masak, pastu membasuh kat sinki, harus ku sental jugak walau sikit2.
selalunya pas setel basuh, jirus2 kat sinki tu bagi air sabun semua clear.
jgn biar je air sabun kering bercapok2 tu ehhh..
lama2 sinki jadi burok.
biasanya pas basuh pinggan semua, dah habis, aku gosok2 la jugak sinki tu.
pakai berus basuh pinggan tu jugak la.
thats y aku suka berus yg jenis jala tu, bukan jenis span tu.
pas dah gosok sinki tu basuh la kan berus tu?
dlm seminggu paling kurang sekali atau 2 minggu sekali, mesti aku sental kaw2 sinki tu..
gosok guna berus kasar kat celah2 semua.
buang semua daki2 hitam serdak2 air tu.
jgn ingat jirus hari2 tu tak jadi daki ehhh..
klau takat jirus, tak pernah tonyoh, lama2 berdaki, hitam, jadi susah nak keluar.
tak lawaaaaaaaa..



dulu2 aku pernah pakai cif.
dah habis malas nak beli, sental guna sunlight tu je.
baru2 ni terajin, guna menda alah ni.
jumpa tips ni kat internet, jom kita try..
ada yg guna baking powder, ada guna cuka dgn lemon, ada guna soda bikarbonat ni..
entahhhhhhhhhhhhhhhhh.. kita cuba jelah.
mana2 pun boleh.


memula tabur je dulu kat sinki.
pastu biar kejap, baru sental.
aku guna berus klau kat dinding tu, kat dlm sink ni jgn pulak guna berus kasar yeh.
kang calar sink korang, dah tak lawa..

hasil?




lepas bilas..





berkilat2 la jugak.
sama je klau guna cif atau sunlight.
sama je klau korang mmg hari2 sental sinki ni.
jgn sebulan sekali baru nak sental sinki, jarang la nak nampak kilat2 ni.
aku takpe, tiap2 minggu sinki berkilat.
gitewwwwwww..
hahahahaha..

tapi betul, aku nyampah klau nampak sinki bercapok.
kering air sabon tu.. meluat tgk.
klau incik suami yg basuh pinggan, pastu aku kena g pantau.
dia biar je air sabon duk bercapok kat sink.
aku kena jirus2 bagi hilang buih2 tu smua.
takpe, aku tak marah dia pun sebab tinggal gitu.
sebab dia dah tolong aku basuh pinggan periuk semua kan?
aku tak marah dia pun walau basah sampai ke lantai and aku kadang2 kena mop sebab basah.
muahahahaah..
tak marah ponnnnnnnnnnnnnn..


Rak buku : Sudut kegemaran

ini antara sudut kegemaran aku selepas yg ini..
jadi kegemaran sebab ada barang2 yg aku sayang dan minat..


rak buku iolls..
sebelum ada rak ni, aku guna rak lain.
now rak tu selamat kat dobi area.
buat letak segala sabun, pewangi and yg sewaktu dengannya..
tukar sebab rak dulu tu kecik and rendah.
buku makin bertambah, so tak muat.
jumpa rak ni kat kedai perabot yg aku selalu pegi.
tak mahal pun, rm160 kut klau tak silap.
yg pasti below rm200.
dah best buy, apek tu  tak kasik diskaun dah sebab dah cukup murah katanya.
kayu tebal and kukuh.
so, selamat utk letak buku sebab tak melayut.

rak paling atas letak 1 raga yg ada mcm2 benda.
klau zoom, nampak agak sepah.. hahaha..
kekadang rajin, kemas.
kekadang tak rajin, campak je masuk dlm tu.
mcm 1 stop center kekdahnya utk barang kecik2.
dlm tu ada digital camera, ada ketip kuku, ada tali, ada bekas spek mata aku, ada minyak gamat, ada surat2 yg main selit je dulu sebelum simpan, ada entahhhhhh..
mcm2 kut, benda kecik2 yg slalu guna.
mcm ketip kuku tu, malas nak simpan dlm bilik.
kang nak guna, laki aku tu mengagau carik pastu tak jumpa bising.
so, aku letak luar je.
sebelah raga tu ada 1 bekas kaca.
dulu aku letak atas almari pinggan aku tu.
now dah ubah ke sini.
situ buat letak kunci2.
dlu2 semua kunci duk situ, kunci umah, kunci kereta, kunci2 lain jugak.
now kunci kereta park kat meja makan je.
semua malas nak masuk bekas tu sebab nak kena buka tutup tudung.
hahahahaha..
lagipun kaca, memasing segan dahhhhhh..
sebelah bekas tu ada tabung bear Amni.
buat letak duit syiling yg terjumpa masa kemas2 umah.
tak pernah penuh pun sebab laki aku selalu je korek klau nak beli rokok.
ptuiiiiiiiiiiiiiiii...
aku asyik la isi, tapi hairan tak penuh2..
rupanya ada yg korek.
gasaklah, sebab duit dia jugak punnnnnnnnn.. hahahaha..
dia jenis campak merata duit syiling, aku jumpa aku masuk dlm tu.
tapi aku tak bgtau la tu duit dari poket seluar dia jugak. kekekeke..
pastu ada pewangi jenis spray, aku park situ jugak.
senang nak capai bila nak guna.

rak 2 dan 3 is koleksi novel dan buku2 aku.
buku2 agama pun ada, cuma tak la banyak..
hihi.. malu iolls..
novel sampai bertingkek tingkek. - panggggg sedas.
tu pun ada yg aku tinggal kat umah mak aku.
yg lama, yg agak buruk sket.
mcm buku2 from ahadiat akashah tu, dah agak lusuh dah sebab dah lama sangat.
utk rak ke 3 tu, 2 baris tu.
mostly adalah from norhayati berahim, novelis kegemaran kak yah.
ada yg org pinjam, tapi tak pulang lagi.
kena g tuntut, kang hilang, sayangggg oiii..

rak last, majalah and buku2 study aku.
tak banyak dah sebab now dah jarang sangat beli majalah.
yg lama2 smua aku dah masuk kotak.
aku tak letak situ semua sebab dulu Amni suka punggah.
habis di koyaknya majalah aku tu.
masa dia kecik2 dlu la, now tak buat dah sebab mama marahhhhhhhhhhhh.. grrrr
buku2 study slalu pas habis semester aku simpan kat tempat lain.
yg current je duk situ.
2 buah je ponnn..




ni kedudukan rak buku tu.
hujung skali kat dinding, sebaris ngan play area Amni.
dah besar ni, dia tak kacau dah rak buku aku tu.
dulu, jenuh menjerit aku..
situ ada sinki kecik 1.
now, rasa sinki tu mengganggu and tak lawa.
laki aku la tu yg berkenan yg  tu, dah pasang mcm tak cun pulak.
tunggu duit jatuh dari langit, ingat nak ubah and buat yg lain.
utk rak buku, aku ada angan2 nak buat ruang bacaan and skali dgn ruang kerja.
nak buat build in kabinet kononnya..
tapi, takda ruang yg sesuai pulak dlm kepala otak aku ni.
rugi je, buat umah besar, design sendri kononnya tapi fungsi tak cukup.
hahahaha..
redhooo..

Wednesday, June 25, 2014

Amalan semasa hamil

kalau korang google, berlambak kut keluar amalan2 yg boleh diamalkan semasa pregnant ni.
banyak..
google dan bacalah yeh.
tapi kat sini aku share apa yg aku amalkan.
dari 1st pregnant, 2nd and now, yg ketiga.

ini dari pengalaman aku 1st pregnant lagi.
mungkin cara kita berbeza tapi matlamat kita sama..
utk anak dalam perut kan?

memula tau pregnant, aku berazam nak khatam al-quran sepanjang 9 bulan pregnant tu.
Alhamdulillah walau tak habis 30 juzuk, dapat la jugak beberapa juzuk.
utk 1st dlu, aku tak ingat berapa juzuk aku dapat habiskan.
aku pregnant 6bulan++ je, so takla banyak sgt.
tolak masa alah tu lagi, tak larat, so tak baca.
tak ingat sangat, thn 2010 nuuu..
masa mengandungkan Amni aku dapat habiskan 15 juzuk.
seronok, walau tak habis sebuah al-quran.
aku baca mlm2 je pas maghrib sementara nak tunggu isyak.
kadang2 baca masa lepas subuh waktu weekend.
dapat la 4-6helai sekali baca.
klau seminggu baca tak tinggal, dapat habis 1 juzuk.
ikut keadaan, klau tak letih sgt baca, klau tak, tdor je yg banyak.
tokwan aku pesan, banyakkan baca surah yassin supaya nnt sakit tak lama masa nak beranak.
kalau bule, setiap hari katanya.
tak dapat la setiap hari, busuk2 seminggu sekali.
dari dlu2, rutin aku setiap mlm jumaat mesti baca yassin.
dan masih berterusan sampai sekarang dan moga sampai bila2.
and yes, betul kata tokwan aku, sakit beranak tak lama.
masa nak beranakkan Amni, turun darah pkul 10, belum pkul 12 dah keluar.
Alhamdulillah, aku mudah beranak walau masa pregnant, huiiiiii, tak tercerita alah tu.
mak aku pulak suruh amalkan surah Yusuff, surah Maryam, surah Luqman.
rasanya semua yg pregnant tau kelebihan surah2 ni kan?
bukan aku tak percaya kelebihan surah2 ni semua, tapi since aku dah baca al-quran dan azam nak habiskan al-quran, so, aku baca je al-quran.
tiap2 mlm aku baca quran, nak2 bila masuk 7bulan ke atas.
baby dlm perut dah bule mendengar kan?
pendek kata, aku baca je semua surah.
3 surah tu aku baca jugak, tapi bukan ulang2 setiap mlm.
2,3 minggu sekali aku baca surah2 tu, lebihnya aku baca al-quran.
dapatla 15 juzuk masa pregnantkan Amni.. alhamdulillah..

bila kat opis pulak, aku selalu buka lagu.
tapi lagu yg senonoh la, idok le lagu rock tu smua.
pastu aku suka dengar org baca al-quran.
google quran explore. aku suka yg tu sebab bnyk reciternya.
bule pilih, sedap2 bacaan diorg yg bule buatkan korang rasa ralit dan syahdu je dengar.
menendang2 anak dlm perut masa tu
serius!
eh, masa aku baca al-quran dia tendang jugak, cuma tak aktif sangat.
mama baca tak sedap mcm diorg ehhhh?

masa pregnant, aku jugak suka membaca.
novel la yg banyak. hahahaha..
masa pregnantkan Amni la banyak sebab bnyk masa lapang kan?
siang2 baca novel, mlm baca quran.
pregnant kali ni, rasanya baru 3-4 buah kut novel aku baca.
tak banyak, sebab mlm2 aku letih ya amat.
pas mghrib, nak tdor je.
sebuah novel mau 2 minggu baru habis.
tak daya.
buku2 lain aku baca jugak, buku2 agama..
ada, tapi xbnyk sebab bila dah hujung2 pregnant, malas dah.
tak baca apa dah..
mian game je.. huahuahua..
masa pregnantkan Amni aku suka main angry bird.
patut la keluar skang ni garang kemain.. kehkehkeh..
klau boleh, masa pregnant banyakkan membaca.
tak kisah la buku2 apa, nak2 buku2 agama kan?
kisah2 nabi, sirah tu smua..
masalahnya, rajin baca novel je.. hakhakhak..
buku agama baca jugak, tapi jarang... uhuk uhuk...

pemakan pulak, sedaya upaya carik air zamzam.
paling kurang sepanjang pregnant, dapat la sekali minum.
setiap kali pregnant dapat minum, alhamdulillah.
lagi 1, banyakkan makan kurma dan kismis.
aku tak minat sangat kurma, tapi gigihkan jugak utk anak.
bila mabuk, alah, mual, gigih la makan kurma.
buat jajan, letak kat opis.
kelebihan kurma dan kismis, semua org tau kan?
tak rugi makan.
hasilnya, walau Amni masa keluar dulu cuma 1.8kg, tapi badan dia keras.
isi dia pejal je sampai sekarang sebab aku pun slalu bagi dia puree kurma dulu.
nak puasa ni, harap2 banyak la aku dapat makan kurma.
hari tu beli sekotak letak kat opis.
sehari aku makan sebijik je, kismis banyak aku telan dah..
selain tu, minum susu@soya bagus kan masa pregnant?
tapi aku masa pregnant, langsung takleh telan susu.
soya tu, dah hujung2 pregnant baru bule minum.
hasilnya, Amni idokle putih sangat.. hehehe..
tak ah, bukan mempengaruhi sangat pun putih ke hitam anak dlm perut tu.
cuma khasiat soya and susu tu yg kita nak.
utk tumbesaran, utk tulang, utk kulit, mcm2 ah.
since aku tak lalu susu, aku kena makan kalsium hari2 utk elak cramp.
pregant 2 bulan aku dah cramp kaki.. hebak dok??
kalsium kurang aku ni, gg semua ngilu, pecah habis masa pregnant.
skang ni dah ok sket, duk gigih minum soya.
tapi takla banyak, sket2 je.
setengah org kata, bnyk sgt minum soya, nnt kulit anak mudah allergik.
entahhhhh..
lain2, aku makan je apa aku nak makan.
cuma benda yg org kata tajam tu like tapai, nenas, elakkan la.
air kelapa adalah feberet.
memula peknen, tak berani sgt.
masuk 4 bulan kut, aku telan dah.. sedap oiiii..
peknen kali ni aku suka buah.
masa 1st trimister, itu je yg bule masuk perut aku tanpa keluar balik.
hari2 makan epal merah. wajib!
buah lain pun makan jugak, anggur, tembikai, mangga.
tapi mesti manisssssssssss.. masam kalu, uwekkkkkk..
skang ni dah ok sket selera aku, buah2 pun dah kurang.
hari tu nak makan ciku, suami dah belikan.
now nak makan manggis pulak..
berjejes ailio bila ingat manggis... sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
masa pregnant ni, bab pemakanan kena alert eh..
means, makan yg halal la.
sebab makan tu jadi darah daging and utk anak dalam perut.
kena beringat, bukan saja halal pada nama, sumbernya jugak kena jelas.
harap2 apa yg aku makan selama ni, halalal toiyyiban..
rasanya aku termakan jugak cadbury yg kecik tu dlu.
yg sebijik seploh sen tu..
ngeri bila pikir, tapi masa tu tak tau and tak heboh lagi pasal ada dna tuttttt..
2 bijik aku makan klau tak silap, harapnya end result kata takda dna tutt tu betullah.
Allahuakbar!

next is banyakkan berzikir.
selalunya pas solat la.
make sure ada tasbih, so banyak la sket aku berzikir.
tak susah and kejap je pun.
tak pregnant, kat mana2 pun bule amal kan?
kadang2 berzikir utk tidorkan amni..
pun boleh ye dok?
duk sesaja, boleh berzikir.
tak susah pun nak buat, nak dgn tak je..

doa pun kena ada.
selalu minta dengan Dia yg baik2 utk kita dan utk anak jugak.
tak rugi, minta je, Insyallah Tuhan itu maha memberi.
org slalu kata, doa org pregnat ni berkat.
tak pregnant pun bule je berdoa.
minta yg elok2, minta dipermudahkan, minta selamat semuanya...

pastu banyakkan amalan sunat.
like puasa sunat, sembahyang sunat and lain2.
bab puasa tu ngeri sket  nak buat.
teringin tapi kenangkan aku yg 2 jam pas makan dah lapar balik, so tak  jadilah.
angin teruk sangat aku ni.
kadang2 makan pastu muntah, tak makan pun muntah.
harap2 puasa ramadhan kali ni aku ok
masa pregnant Amni aku dapat puasa 12 hari jeeeeeeeeee..
pitam nak ganti puasa.
lagi 1 banyakkan bersedekah.
yg tu tak payah tunggu pregnant pun bule buat kan?
kita nak anak kita murah rezki, so jangan la kita berkira sangat nak murahkan rezki org lain.
nilai tu antara kita dengan tuhan, yg penting niat kita ikhlas nak memberi.


lain2 tu jaga perlakuan diri la.
dengan suami, dengan anak, dengan keluarga, dengan org.
kadang2 bila tension tu terlepas jugak la kan?
hihi...
dengan suami tu selalu, sentap sediaaaaaaaaaaa..
ntah, tiap kali peknen, dia jadi sensitip lebih.
silap sket, sentap, merajuk.
masa amni dlu lagi teruk.
silap sket, menangis troih.. hahahaha
seb baik Amni tak jadi gitu.
ada la sket2, tapi takla teruk.
kali ni, tak menangis, tapi muncunggggggggggggggggg je.
kehkehkeh..
sabaq jelah laki aku..
nasib la, sapa suh dia tak layan bini gemok dia ni kan?
sabar bang eh, tak lama dah...
pasni insyallah mama tak merajuk dah.
tu pun klau awak tak buat hal laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Bila suami deko rumah

suami pun nak tunjuk bakat terpendam..
nak deko2 umah kekdahnya..
laki aku ni ikutnya buta bab seni2 ni smua.
seriusssssssssss..
bukan nak kutuk suami, tapi itulah hakikat. kehkehkeh...
pilih cat umah, aku, pilih kaler curtain, aku, pilih perabot, aku.
pendek kata semua hiasan, susun atur ni aku buat sensorang tanpa libatkan keputusan dia.
keja dia tolong tebuk dinding, tolong ubah2 barang klau aku tak mampu.
pendapat?
tak payah tanya pun takpa.
beli je, pastu tunjuk.
eh, sebelum beli cerita dlu.
takat cerita jelah, tanya pendapat tak payah.
sebab tak membantu.
kadang2 sakit hati lagi tambah kut atas sebab dia taktau pastu sesaja membangkang aku.
memula sakit hati, dah lama kawen ni, gasak ko lah.
aku nak beli apa, nak buat apa, buat je, dia redho.
hahahahaha..
dia tak pernah kacau aku klau aku nak do something kat umah.
senang jugak sebab aku bebas berkarya..
gitewwww.. hahahah..

baru2 ni dia do something.
deko umah katanya.
utk anak dia okeh, bukan utk aku.
tapi agak mengundang kemarahan sang isteri..
buat apa?
























 



































duk diam, khusyuk kemain.
kena pulak dapat sokongan padu dari anakanda tercinta kan?
bin pun tak pedulik dah..

deko apa?

nak tengok hasil?





































lekat gambar hello kitty kegemaran anak dara kat dalam bilik tidor utama!!!!!!

siap laminate okehhhhh!
memula nak lekat kat play area Amni.
NOOO!
ruang tamu kut, huduh kangggg...
yg dibenarkan, dlm bilik je.
kat kepala tilam Amni.
menggedik budak tu seronok tgk hello kitty banyak and cantik.
asyik la duk belek tu sebelum tdor, duk bercakap ngan gambar tu.
siap cakap " papa buat kat Amni, cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk "..
amboihh..
mama buat play area dlu takda puji gini pun.
kluar duit, keluar tenaga, kluar idea okeh..
ni papa tak kluar apa2 punnn.
print pun kat opis jewwww..
menggedik awak suka yehhhh..

terkini, 2,3 mlm lepas, lekat lagi 2 keping gambar hello kitty.
pitam mak ko nak..
pasni silap2 penuh dinding tu.
anak suka katanyerrrrr..
grrrrrrrrrrrrrrr...

Tuesday, June 24, 2014

Amierul and Abah birthday

entry lepas2 ada sebut abang aku anak beranak blk sini.
minggu diorg balik kebetulan besday ke 2 amierul.
besday amierul 7 jun, besday abah 8 jun.
pakat2 adik beradik,  nak buat makan2 sket.
besday abah, besday amierul, then sempena nak puasa skali lah.
umah mak bapak aku takda hal, dah biasa buat kenduri.
perkakas ke apa, takda hal. semua ada.

abang aku sampai sini jumaat mlm.
blk naik flight kali ni. cadang nak naik ketapi sebab kaklong nak naik ketapi.
tapi cuti skolah, tgk lambat, tiket sold out.
hari jumaat aku hantar Amni g umah mak aku sebab pengasuh takda.
mlm tu tgg sampai abg aku sampai, baru gerak blk umah.
tunggu lemang tok ayin benornya.
hahahaha..
mentua abg aku org negeri 9, lemang tu kebiasaan diorg lah.
sesekali blk sini, tok ayin bekalkan lemang.
sodappppp.
lepas kempunan mak buyung.. mihmihmih..
ailebiu tokyin..

hari sabtu, public holiday.
suami iolls cuti. yay!!
ada 3 jemputan kenduri.
dah dia ada, memula g kenduri sedara mak mentua aku dulu kat kangar ni.
pegi 1 keta ngan family in law.
seronok budak2 berlari sebab buat kat denai larian perlis.
pastu blk umah mak aku, ambik dia g kenduri kawan aku pulak.
yg tu kena pegi sebab kenal dah lama.
family semua kenal.
kawan aku tu, baya abang aku, kawen dlu abah aku kirakan.
dengan anak kawan2 dia jugak.
alhamdulillah, ada jodoh, now anak dah 4.
kenduri ni, adik dia yg kawen, so jomla kita pegi.
kenduri kampung, lauk sedap tapi panas tu huiiii, basah baju laki aku.
abang aku sefamily g bershopping kat padang besar.
hamboihhhh. sakan depa..

mlm tu, blk umah, laju2 buat keja.
aku buat kek 2 bijik okeh!
salute dengan diri sendiri. hahahaha..
sempena besday, utk budak2, aku buat cupcake.
alah, resipi kek coklat aku tu jugak la, cuma aku taruk dlm bekas cupcake baru aku kukuskan.
suka sangat Amni tgk kek dlm bekas comey2.
gambar kek sekeping pun takdok.
kaluit sangat.
besok pagi2, buat lagi seketoi utk abah.
utk amierul, dah tempah kat somebody yg ada nama gak kat perlis ni.
tapi, pagi tu baruuuuuuuuuuuuuuuuu dia tanya aku confirm ke nak kek ni?
derrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..
aku dah bgtau 2 mgg sebelum tu kut, siap dah mesej kat fesbuk gambar kek sekian2, berwasap bagai, dia bule kata kut aku tak confirm.
kut ye pun tak tau confirm ke tak, tanya la 2,3 hari sebelum tu.
ini hari kejadian baru ko tanya.
memang mengundang kemarahan sungguh la.
pungpangpungpang ngan kak ipar aku, maka kita decide sebijik kek jelah.
yg aku buat tu, skalikan je ngan abah.
nak buat sebijik lagi, tak sempat dah.
kang pkul brapa pulak aku nak sampai umah mak aku tu.
adoiyaiii.. kesian amierul. dah tempah kek thomas and friends kat dia, skali nan hado.
bujang tu suka sangat ngan ketapi.
dah setel kek semua, sate pun dah sampai, gegas g kola perlis pulak ambik laksa.
end up pkul 2 gak aku sampai umah mak aku.
semua org duk tunggu laksa ngan sate je..
huhuhu..

budak syok lebih ingat hebeday 2 u dia.
hahahahaha..
asyik la menyanyi hebeday 2 u..
sabar yeh, awak punya bulan 8 kang..

Alhamdulillah, ramai gak tetamu.
kebetulan hari tu takda kenduri kat kawasan umah mak aku.
so, ramai la yg hadir.
masak2, makan2, takda hal.
kawan2 mak pak aku  ramai.
menu hari tu,nasi putih, nasi kuning, gulai ayam kampung+rebung, sayur manis rebung, ayam goreng rempah, sambal ikan bilis, ulam2.
then laksa kuala perlis, sate, kek, air oren.

masa kawan2 abah tgh ramai, kami bawak keluar kek suh abah potong.
hahahaha.. lawak btoi.
gambar ada kat kamera kak ipar aku.
aku tak sempat nak ambik gambar.
beriya la Amni, menyanyi hebeday 2 u kat tok abah.
lawak btoi..
umi kata org ramai kat luar, tak payah la bwk kek tu.
sajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. sebab org ramai la nak suh abah potong kek.
kikikiki...
comey je abah potong kek, cucu plak beriya nyanyi kan?
malu2, terkejut, tapi hadap sajalah.
sayang gambar takde :-(
cupcake aku pun setel gak mana yg bawak keluar.
budak2 tgk bekas comey, semua nak.
takpe2, makanlah, memang nak bagi makan kan?

sampai petang, bawak ke mlm org datang.
tgk lauk ada, mlm tu abah panggil org masjid pulak.
pas isyak, ramai gak la yg dtg.
so, setel lauk semua habis tinggal la sket utk makan.
kawan2 umi yg datang tolong masak pun dapat bawak balik sorang sket lauk.

then mlm tu, kita potong kek utk bujang pulak.
kesian ingat dia, aku carik jugak la kek seketoi utk dia.
jumpa la kek biasa, ada ketapi atas kek tu.
jadilah dari tak ada kan?


kek kecik je, tapi dia punya seronok tu, buat semua org seronok.
budak2 kan? 
mlm tu kazen aku datang, meriah la jugak dgn anak2 dia.
tgk kek comel, semua nak makan.
seronok bila diorg seronok..
pastu berebut ketapi kecik tu.
sabar jelahhhhhh..

Amierul@bujang..
cheeky je muka, geram makngah.
suara halus je, main pun takda ganas2.
asyik la kena buli ngan Amni.. sabar jelahhhhh..
balik kejap, tak sempat nak beramas mesra.
jarang2 jumpa kan, dia taknak kat aku sangat.
pedulik, makngah peluk jeee.. heheh
dia bahasakan diri dia yoi.
yoi pun yoi lah..
dah balik kl, baru jumpa baju thomas and friends tu utk dia.
kirim jelah ke adik aku suh bagi kat bujang ni.
addicted sgt ngan ketapi.


Amni la taiko skang ni.
asyik buli Amierul sampai budak tu takut nak dekat dah.
dia geram kut, duk cepuk amierul, tak larat marah dah.
diam2, dia g cepuk jugak..
waktu main elok, eloklah, tapi kejap jelah.
pastu waaaaaaaaaaaaaaa..
amierul pun nakal jugak, di mainnya Amni..
sabar jelah.. gasak korang lah, tak bertumbuk sudahhhhh..

isnin esoknya, balik kl dah.
tinggal kaklong kat sini.
rabu, adik aku plak g hantar dia blk kl.
sempat la duk kg kejap.
seminggu pastu Amni asyik la duk tersasul sebut kaklong.
teringat lagi kut.
maunya tak, main sungguh 2 org tu.
main2, gelak2, gedik2 mak aku kata....
nnt raya haji nun baru nak jumpa pulak..

To my dearest daughter, Amni Maisarra bt Shahrizal..

To my dearest daughter, Amni Maisarra bt Shahrizal..
ketahuilah, mama sayangkan kamu lebih dari apa yg mama ada di dunia ini.
kamu adalah anugerah terindah dari Tuhan untuk mama.
utk mama, utk papa, dan untuk keluarga kita.
Insyallah, selagi ada daya mama, ada kudrat mama, panjang usia mama, selagi diizinkan Tuhan, mama tidak akan sesekali abaikan kamu.
susahnya mengandungkan kamu, menanti kamu selama kamu di dlm rahim mama, akan mama kenang sampai bila2.

doa mama, moga kamu sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya selamanya.
doa mama, moga mama tidak menzalimi kamu, mengabaikan hidupmu, membiarkan nasibmu tidak terbela, dan tidak terputus kasih dan sayang mama kepada kamu. Amin!






skang ni kecoh betul kes adik Muhammad Firdaus tu kan?
kat blog2, kat fb, kat media sosial, semualah..
memula tgk gambar, aku tak buka pun berita tu.
tak sanggup.
lepas sehari 2, baru aku baca semua berita2 tu semua.
bergenang air mata.
cuba utk tidak berburuk sangka.
cuba utk bersangka baik.
cuba utk tidak menilai org dengan hanya sekadar 1 berita.
tapi..
naluri seorang ibu tidak mampu menidakkannya..
Allahuakbar!

kesian..
sedih.
geram.
marah.
semua perasaan ada.
rasaya seluruh rakyat Malaysia yg membaca berita tu berkongsi perasaan sama dgn aku.
mostly bloggers yg update pasal adik ni, marahkan tindakan ibunya.
yelah, nak marahkan siapa lagi kan?
aku nak taip entry pun takes time, cuba utk bertenang.
takmo cakap bukan2, menilai org, mengutuk org sesedap rasa.
kerna aku juga punya anak, dan aku sedang mengandung.
tapi Insyallah, selagi ada akal aku, aku takkan buat anak2 aku mcm si Lola ni buat.
apalah salah dan dosa anak kecil tu pada kita kan?
baru 15thn dan OKU pulak tu.
lainlah klau dah besar, dah diberi pendidikan, diberi kasih sayang, tapi menderhaka pada mak bapak, boleh la nak hukum.
tapi hukum pun ada caranya, bukan main hukum membuta tuli.
kita ada agama, kita ada undang2.

skang ni Amni tengah membesar.
Alhamdulillah, sihat semuanya.
budak2 kan ada fasa dia.
ada hari dia tak nak makan, tak nak tdor siang, nak  main je.
ada hari dia nakal, dia menguji kesabaran aku.
sabar and istigfar je banyak2 bila dia buat perangai.
tapi, the most thing yg aku akan pastikan is, dia tak lapar.
kemana pun aku pegi, klau bawak dia, aku akan make sure dia tak lapar.
kena bagi dia makan dlu apa pun.
supaya dia tak meragam bila lapar, then buat perangai and mak pun nak menaga bila anak mengamok.
marah2, padahal anak lapar.
susah hati bila dia makan sikit, taknak makan nasi yg dah jadi ruji and nak makan roti je.
mak2 lain pun sama mcm aku kut?
susah hati tak tentu pasal bila anak buat perangai taknak makan, and mak sibok nak suap anak makan.
padahal anak ok je, minum susu berbotol2 and elok je mainnya kannnn?
baru sehari ye dok, kita dah risau..
siap sms laki bgtau anak taknak makan..
kan?
pastu anak main banyak, berpeluh, busuk masam, mandi and sabun banyak2, taruk bedak banyak2 bagi wangi2, pakai baju cantik2 walau duk umah je
ini tak terbayang dek akal, tak bagi anak makan, sampai kurus kering, baju tak bertukar sampai reput baju, kusut masai tak mandi, begelumang dgn najis..
Allahuakbar..
takleh bayang dlm kepala otak aku apa yg ada dlm fikiran si emak.
anak OKU bukan alasan utk kita biar.
anak syurga tu..
besar pahala klau kita jaga dia elok2.
dia tetap amanah Allah utk kita.
Insyallah, kalau kita jaga dia dgn baik, walau sesusah mana pun kita, kalau niat kita baik, utk si anak, takkan terputus rezeki dariNya.
setiap anak yg lahir, dah ditetapkan rezkinya.
walau tak mewah, cukup makan pakainya.

aku salute habis dgn mak2 yg punya anak OKU, yg tabah menjaga.
bukan mudah dan bukan semua org mampu.
aku sendri pun tak tau aku mampu ke tidak utk lalui semua tu.

sama2 kita berdoa moga adik Muhammad Firdaus makin sihat dan mendapat perlindungan sebaiknya.
Tuhan sayangkan dia, walau terbiar, kurus kering mcm tu, umornya masih panjang.
moga dia kembali sihat lepas ni.
doa aku, moga si ibu sedar akan apa yg dia buat.
anak itu suatu hari nnt akan mendoakan kita bila kita dah tiada.


Tuesday, June 17, 2014

Checkup 22weeks..

lama pulak entry bekas bawang tu bersarang kat situ.
huhu.
mood kelaut sket nak mengupdate.
padahal last week, senin aku mc, kamis jumaat aku cuti.
terasa nak buka lappy, nak update, tapi malas lagi banyak, so lantak ko disitu..

last week abang aku anak beranak balik sini.
ada makan2 sket hari ahad tu sempena besday amierul and besday abah.
nntlah cerita, gambar blom transfer.

senin, aku mc.
aktif sgt masa weekend tu.
so, tanggung la padahnya.
bgn pagi, nak siap2 g keja, terasa sakit ngap2 kat pepet.
yes, sakit kat bawah tu.
menyengat je rasa, berdenyut2.
suami suh g klinik check je sebab tgk aku nak bergerak dah mcm teruk je katanya.
tapi still boleh drive lagi.
sesekali dia datang sakit tu, memang hadap la.
tapi yg pasti bukan sakit nak beranak.
gegas pepagi g klinik Faezah kat kangar.
g cari doc perempuan lah sebab nak cerita agak segan klau doc laki..
klinik Faezah ni klau kat kangar adalah agak glamer.
sebab doc perempuan and dia antara yg senior and bagus.
so, org suka, and hadap la nak tunggu lama sebab tak buat appointment.
takpelah, sabar dan redho kekdahnya.
tapi seb baik, walau walk-in, aku tak tunggu lama sangat.
sejam tu biasaaaa.
bgtau doc nak scan je memula, pastu masa dia scan baru cerita gitu gini sakit bla bla bla..
detail betul dia scan, habis diukurnya.
syokkan?
air ketuban, kepala baby, kaki tangan, jantung, pundi kencing, jantina. ehhh?
so, gender baby dah tau sebab dah 3 kali scan, sama je.
apakah ia?
rahsiaaaaaa.. hahahaha..
pastu dia check, uri aku agak rendah katanya.
so, baby makin besar and duk tekan, sebab tu aku sakit.
:-(
dulu masa 20weeks, aku mc 2 minggu lebih kurang.
sebab asyik bleeding, tapi tak banyak la.
hairan, rupanya uri kat bawah.
bergerak lebih, bleeding la.
so, hadap la duk melentang saja kat umah dekat 2 minggu.
satu apa tak buat, sampai makan pun mentua hantarkan.
best dokkk?
takda ubat apa hari tu, just bg aku mc utk rest kat umah.
rest, duduk, tdor, sakit tu tetap ada.
hadap jelah.

khamis, aku ada appointment dgn klinik kesihatan kangar pulak.
checkup utk 22weeks.
pegi awal, pkul 2 dah sampai.
ingat pegi awal leh setel awal and bule balik awal.
tapi nan hado, sebab nurse yg attach dgn aku tu dah start cuti bersalin.
pfffffffffffffff..
sejam jugak tunggu nak jumpa nurse.
sabor jelah.
skang ni, klau 1st time pegi kena check misi bedah, so, misi bedah la akan check sampai ko beranak.
kira skang ni tetap dgn misi tu je utk sepanjang check up.
lagi senang kan?
klau tak dlu, sekali pegi misi lain, pegi pulak bulan depan, misi lain.
sekali pegi, sekali nak khatam buku merah, pegi pulak, ehhhh, khatam pulak.
buang masa.
bila tetap misi tu, banyak kelebihan.
tunggu pun tak lama mcm dulu2.
dek kerna misi aku dah nak beranak, so tukar misi lain.
and hari pun  bertukar. now khamis, pasni ke hari rabu pulak.
takda hal.
jom kita check jom..
kali ni, hb aku adalah rendah!
tinggal 10.3 okeh..
oh myyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..
patut aku letih semacam je lately nih.
sebelum ni duk kat border line je, 11++.
kali ni menjunam.
sebab aku makan shaklee pulak.
sebelum ni makan iberett, dedulu pun makan iberett.
saja nak tukar, sebab aku sembelit teruk sket kali ni.
maybe shaklee kurang sesuai dgn aku.
optional sekarang ni aku tambah dos dlu or back to iberett.
pasrah.. shaklee masih banyak, sebab baru mkn dlm 3 minggu.
mahai oi beli tu.. hahahaha..
sebelum kena tambah darah ke apa, skang ni aku up dos dlu.
agak mabuk bila mkn ubat bnyk2 ni.
aku perasan, bila aku mkn shaklee ni, sekali sekala aku muntah pulak.
padahal, masuk 5 bulan pregnant, aku dah tak muntah sgt dah.
now  nak kena upd os pulak kan?
sabo jelahhh.
aku dah la tak suka makan ubat!
iberett senang, sebijik je ko telan, cukup smua.
senang keja aku tak payah telan banyak2 biji, mcm2 jenis.
kalsium la, omega la, apa lagi lah..
haishhh, cemuihhhh tapi kena la hadap.
lambat lagi nak beranak ni.

dek kerna hb low, bawah border line, next week kena ambik darah lagi skali.
pasrahhh..
haishhhh....
semlm insaf, makan nasi lemak ngan sambal kerang dengan harapan ada peningkatan pada hb.
huahuahua..
tgk la minggu depan camna, klau tak naik jugak, maybe kan back to iberett.

aku skang ni badan dah membadak dah.
perut tak sangat.
ikutkan tu besar dah pada aku.
bila check up, nurse kata ok je.
berat baby pun dah 400g++.
kena dengan usia.
cumanya badan aku jenis sedia besar, so perut tak nampak sgt.
padahal baju semua ketat.
masuk bulan jun, aku dah tukar uniform dah.
tak mampu nak pakai baju kurung dah, sengkak perut sebab kain tak leh zip.
toksah paksa diri, moh le kita tukarrrr..
kali ni tak beli maternity wear baru pun lagi.
seluar je beli selai masa g penang hari tu.
tu pun dah ketat sebab jenis cawat pendek.
nyesal beli.
pakai yg lama je.
kesian adik baby.. huhu..
mama belum sampai fasa nak bergaya ke nak bersiap lawa2.
pakai baju asal boleh je skang ni.
dengan pemalasnya, dengan selekehnya, haishhhh..
jangan la laki p usha org lain. nauzubillah bang oiii..
kejap je yek.
thn depan, bini awak pasang badan balik.
i janji! i diet, pastu pakai cantik2 utk awak yehhhhhhhh..



Friday, June 06, 2014

Bekas bawang Avon

 
rasanya ramai yg tau pasal bekas bawang keluaran Avon ni.
design dia tak lari bnyk dgn keluaran tupperware.
malah, lebih ohsem dari tupperware sebab kaler pink uolls!
ramai org suka.
dan yg paling penting,  mampu milik.
murah oi. bnyk beza ok dr tupperware.
dan Avon keluarkan dlm 2 saiz.
lagilaaaa org suka.
hahahaha..

1st time keluar, mcm pisang panas.
kejap je habis stok kat outlet Avon.
baru2 ni, last month, eh keluar pulak.
pun setel.
aku kebetulan pegi 1 outlet kat Kangar ni.
tujuannya nak beli bra je.
nampak bekas comey ni, laju2 tanya ada banyak ke?
nak beli jugak walau kat umah dah ada 2 bekas bawang tupperware.
biasalah, mak2 kannnnnnnnnnnnnnnn?
nak simpan apa lagi pun taktau lah.
sebab comey, pink kaler lagi, harus ku miliki mu jua.

pastu, aku share kat group Kami suka susun atur kat FB.
ramai dah yg join kan?
mostly yg suka susun atur kat umah. best!
leh sharing2 idea and konsep umah memasing.
bila share kat situ, ramilah yg nak nak nakkkk.
menderu notification masuk kat henpon kak yah.
terasa glemer seketika haku. kihkihkih.
yg suh pm, yg beriya nak, ramailah.
ok, boleh2.. takda hal.
niat aku share tu pun klau ada yg berminat, aku blh tlg belikan.
seronok2 je pun, bukannya aku meniaga ke apa pun.
sebab aku tau susah nak dapat benda alah tu dannnn, seronok jumpa kawan2 kat alam maya and tolong sesama kita kan?
ecewah ayat tak agak2 kak yah.
tapi ini serius ehh.
yelah, aku bukan kenal pun korang kan, cuma duk berbalas komen kat pesbuk je.
tapi dah niat nak tolong, so teruskanlah.
himpun2, banyak gak yg nak.
soooooooooooooooo, aku g beli dulu sebab taktau nak caj berapa utk kos pos nnt.
tawakal. sebab laki aku mcm tak berapa yakin dgn aku.


tekejut budak kedai tu sebab aku beli banyak.

sampai kena g ambik kat kedai lain pulak.
siap buh dlm kotak lagi.
12 set=24 biji saiz kecik. banyak oih.


banyak oih.
gigihla aku membalut semua tu sebab nak pos kan?
mek tu pun sebok laaaaa nak menolong.
tolong la sangat!!

1 set ada 2 bekas bawang. yg kecik RM29.90. yg besar pun sama 2 unit gak, RM49.90.
murah kan? kualiti pun bagus.
yg pesan semua nak saiz kecik.
dah siap beli, aku pon wasap, mesej balik kepada sesapa yg kirim tu. kos pos aku caj rm8.
anggaran je sebab taktau g.
mana yg btul2 nak, terus bank in duit.
ada gak yg lambat sket.
and ada gak yg lambat banyak.
huwaaaaaaaaaaaaaa.
duit aku banyak tuuu buat beli menda alah nii.
sebelum tu aku dah mention, aku tolong beli dlu, then yg memesan klau blh pas aku bgtau bank in segera utk aku poskan barang.
kira aku tlg beli dlu, then korang bayar balik pas tu.
kesian jugak pada yg mengharap nak sangat, beriya duk mesej 2,3 kali.
yg betul2 nak, ada, pas bgtau trus bank in. senang keja kan?
ada gak yg bgtau lambat sket nak bank in. bank jauh, tunggu gaji bagai.
sokay, iolls tunggu je and reserve barang tu sebab korang dah pesan kan?
ada gak yg langsung tak reply mesej pas sudah.
hoihhhh.. gewam i tau!
klau tak jadi ke, tak  nak ke, at least bgtau la kan? jgn diam seribu bahasa.
bukan apa, aku dapat beli 12 set je, sedangkan yg tanya mau dekat 20 org.
yg pm tak dapat pun ada. aku pm semua yg tanya kat group tu. tapi maybe pm banyak2, ada yg tak dapat. entahhh..
ko org ke 3 pesan, so aku beli. ikut turutan.
pastu org yg ke 15 pun nak, siap nak bank in duit dah sedangkan barang takda.
klau ko taknak, aku kasik je kat yg betul2 nak and yg blh bayar.
senang keja aku. ni ko diam je walau 2,3 kali aku mesej.
haishhhh.. aku ni taknak la potong que kang kata aku tak menepati janji pulak.
tapi pas seminggu takda reply, mmg aku kasik je kat sapa yg bank in duit.
aku kesian pada yg bertanya tu je.
yg btoi2 nak. sebab niat aku nak tolong belikan, tolong kawan2.
pastu aku duk runsing duk bila ada yg  tak reply mesej.
laki aku kata aku weng, tolong org tapi tak kenal.
duit dah habis, bekas ada kat umah.
camno??
sabar2..
pastu mana yg tak reply,  gasaklah.
sapa yg tanya, bank in duit, aku pos je.
senang. aku pun takda sen dah niiiii oi.
yg dah dapat, bgtau barang dah sampai, i is happy!!
serius ni tauuuuuuuuuu..
cumanya kos pos rm6 je. so mana yg reply mesej, aku bank in blk rm2 tu.
duit org, bukan duit aku.
ada je yg halalkan, terima kasih banyak2. moga murah rezki korang.
diorg halalkan sebagai tanda trima kasih aku tolong belikan bekas tu.
best kan deal ngan org camni. tak banyak bunyi.
yg tanya beriya, mesej tak benti pun ada. bila bgtau barang sampai, suh bankin duit, eh diam pulak.
derrrrrrrrrrrr...
ada akak sorang tu siap bankin rm45 kat aku.
hairan plak aku sebab bnyk nau lebihnya. dia silap ke aku  yg silap beli.
saja bg lebih katanya, tips sbb tolong belikan bekas tu.
mekasih bnyk2 kak. klau semua mcm ni, thn depan aku leh buka kedai dah.
hahahaha..
aku ni tak pandai nak berniaga. teringin tapiiii, tulah tak pandai.

now, dah habis dah kempen tu kat avon.
bila nk keluar pulak, tak tau lah.
ada 1 set lagi ni pending kat aku sebab dia nak set besar and kecik.
yg set kecik tu org lain punya. reserved lama gila kut, smpai hari ni tak bank in.
mcm2 pulak alasan dia. aku dah mesej, gasak ko lah.
taknak bgtau je taknak, tak yah bagi alasan mcm2, aku bukan bule marah pun.
ko ntah kat mana duduk pun aku tak tau.
takpe lah, pengalaman.
dah tak reply mesej, aku kasik je kat budak ni, dia tetiba je bank in duit semlm.
aku ingat tak jadi dah, sebab dia tanya lama dah.
takpa, rezki dia la kut. aku kasik je kat, senang.
sapa bayar hak dia. hahahaha..



ni kak yah punyer..
ceria dapor iolls ada pink kaler.
aku rembat 1 set saiz kecik.
memula nak yg besar, tapi bli yg kecik dlu lah.
cam tak masuk pulak ngan bekas tupperware tu.
patutnya ambik yg besar kan? sebab yg besar pun masih kecik dari tupperware.
taktau nak isi apa, aku letak cabai kering dlm tu.
lagi 1, xtau g nak letak apa.
tengah pikir.

Kek coklat moist kukus

hari tu teringin nak makan kek coklat.
klau beli kadang2 tak memenuhi piawaian.
ada yg manissssss..
ada yg keras.
ada yg lawa kemain, tapi tak sedap mana pun.
amboih engkauuu..
maka marilah kita buat sendri klau dah cerewet sgt.
tak susah pun.
nak dgn tak nak je.
bahan asas slalu ada je dlm esbox aku.
serbuk koko, coklat masakan, tepung gandum, butter, telur, semua ada.
klau habis aku mmg slalu top up walau tak plan bila nak buat.
biar ada je kat pantry tu, tak pe.
expired date pun lambat lagi kan?
so, bebila terasa nak buat, haaa, jom kita buat.

dulu2, aku memula blajar buat kek coklat ngan mak sedara aku.
masa tu kek dia paling sedap dah.
hahaha..
memula buat, kek bentan.
topping coklat  pahit, keras.
down habis mcm nak hempuk mixer tu.
padahal sendri tak reti lagi nak salahkan mixer.
takpe, practise make perfect.
lama2, terer dah.
siap beli mixer bagai, padahal guna setahun 2 kali je.
tu pun sebab raya.
leceh nak putar putar bagai, nak cairkan butter.
then, aku jumpa blog ana.
yay!
ada resipi kek coklat moist yg sapsapsoiiiiiiiiiiii je siap.
tak payah guna mixer bagai.
haku sukaaaaaa.
tak payah basuh bnyk bekas yg pentingnya..

dah banyak kali try resepi dia, mmg mudah gila.
pastu aku buat kek coklat, ikut yg tu je.
sonang oii.
aku tiru sebijik cam tu, cumanya aku jarang taruk coklat emulco je.
dia pun kata takda pun takpa.
takpe, aku rajin, aku share jugak kat sini resipi kek coklat moist yg sedap ituuuu..

bahan2:
telur 4 biji
susu cair 1 tin
gula kastor 2 cawan
tepung gandum 2 cawan
serbuk koko 1 cawan
butter seketol setengah ( 250g+125g)
esen vanila 1 sudu teh
baking powder 1 sudu teh
soda bikarbonat 1 sudu teh

simple je kan bahan2 dia? utk tepung, gula ngan serbuk koko, guna cawan yg sama ehh. pastu semua tu ayak dulu. kang ketul2 pulak. tak sodap kek nnt.

cara2:
cairkan butter dlm periuk. api jgn kuat sgt. sambil2 kacau yeh.
pastu masuk susu cair, kacau2 lagi.
pastu masuk gula. klau boleh guna gula kastor la, jgn guna gula kasar tu. klau tak cair betul2, kek jadi tak sedap. klau takda gula kastor, takda hal, blend dlu gula kasar tu. pun boleh. slalu aku kurangkan sket kuantiti dia, takmo manis sgt.
then masuk esen vanila. kacau2, tutup api.

kat bekas lain, pecah telur and godak2 sket. tak payah beriya pukul sgt telur, just nak sebatikan je. tak payah pukul mcm nak buat telur dadar tu yehhhh.
pastu masukkan dlm adunan butter tadi.
bahan2 yg diayak tadi ( tepung gandum, serbuk koko, baking powder and soda bikarbonat ), boleh masuk sket2 ke dlm adunan pertama.
masuk sket2, kacau2.. sampai habis dan sebati.
klau ada yg berketul ke, tenyeh la betul2. kang dah bakar, berketul pulak tepung tu.
that's y kena ayak yehhh.. bagi halus and tak berketul2.

pastuuuu..
masukkan dlm loyang. sapu butter sket eh kat loyang supaya kek tak melekat nnt masa nak tanggalkan.
loyang tu depends lah. 4 segi ke bulat ke.
aku yg ada bulat je. saiz tu agak2 la, standard size kek.
entahhh, aku pun tak sure. hahahaha
pastu kita kukus. bukan bakar yeh.
aku suka kukus sbb nnt dia lembuttttt je.
kukus dlm 1 jam.
oh, klau boleh, tutup adunan dgn aluminium foil eh.
supaya wap air kat tudung periuk tak menitik ke dlm kek nnt.

masa duk buat keja tu smua, boleh panaskan periuk kukus dulu.
agak adunan dah siap, periuk kukus pun dah panas.
haa, elok sgt la tu.

pas sejam, kek dah masak, boleh buat topping pulak.
topping cara aku mudah je.
aku malassss nak double boiler bagai.
bantai api direct je.
tapiiiiiiiii! kena api slow eh.
kang hangit coklat.
masuk coklat, masuk butter sket, susu pekat sket.
jangan benti godak2 coklat tu.
dah cair, tutup api.
dah sejuk sket, boleh tuang atas kek yg dah ditanggalkan dari loyang.




hasilnya..
pas tabur segala choclate rice, choclate chips bagai.
meleleh air liur tgk ni. haishhhh..
aku bantai letak atas pinggan leper je.
takda alas pun. hahahaha..
nak makan sendri takpe, bukan nak jual.
kek tu sedappp lahai.
serius ni sebab butter bnyk kan? hahaha
pastu kukus pulak, lembut je.
cubalah. mudah dan sedap.



budak terlebih seronok dapat makan kek.
now dia dah boleh makan kek sebab dah nak masuk 3 tahun.
lagipun aku buat sendri, tau apa yg kita letak and tahap kemanisan kek tu.
bila bau wangi semerbak kat dapur, kalut je tanya aku "bau apa ni mama?"
aku cakap mama buat kek.
menjerit seronok.
"kek hebeday 2 u amni ka mama?"
beriya la duk menjerit seronok bgtau papa ada kek hebeday 2 u Amni.
sabaq jalahhh..
dah siap, sebok pulak suh cari pisau dia nak potong.
besday awak lambat lagi nak.
jgn gelojoh sangat.
tengok la muka exsited tu.
siap menyanyi hebeday 2 u taktau brapa kali ulang.
habis sepotong dia mkn mlm tu.
kecik je pun, kena la dgn perut dia.
siap cakap sedapnyaaaaaaaa mama kek hebeday 2 u Amni.
huahuahua.. kembang semangkok mama kau nak!


Wednesday, June 04, 2014

Sudut istimewa rumah

entry ni sempena cabaran kat Susun atur Sioca..
dah lama peram, ni baru ada daya nak menulis.
cabaran lepas, kak yah agak bertuah.
menang uolls.. ehehe..
tapi, hadiah belum sampai lagi.
dah pos ke fizah?
hihi..

okes..
sudut@ruang istimewa kat umah.
klau ikutkan, ruang aku suka, ialah bilik tidor.
hahahah..
sebab situlah tempat paling lama aku duduk dlm sehari.
tdor je dah 6 jam ye dok?
tapi tak kuasa nak share gambar bilik tdor.
dulu2 masa duk umah sewa, duduk berdua, mmg bilik tdor sentiasa cun.
baru kawen kannnnnnnnnnnnnnnnn?
now, duk umah sendri, cun jugak bilik tdor aku.
cuma, sometimes tu serabut sket. heheheh..
bnyk sgt anak2 Amni sampai aku naik rimassss.
lagipun skang takda katil, mcm tak berapa lawa.

so, aku share ruang istimewa aku yg seterusnya..
haruslah jantung umah kan?
daporrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..
mak2 sangat kannn?
hehehe.
nak tgk entry dapor, kelik saja kat sini..


dapur saya yang luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuas..
hihi..
pandangan dari pintu masuk dapur.
sesapa yg 1st time dtg umah, mesti cakap, luasnya dapoq hanggggggg..
hahahahaha..
yessss..
masa memula draw plan umah, perkara pertama bgtau suami, mama nak dapor luas ye.
alang2 buat umah sendri kan?
klau beli umah siap, redho la dapor besar mana.
ada duit lebih, boleh extend kemudian.
jadi, bila dah buat sendri ni, moh le kita buat dapor besar terus.
aku org kg, dah biasa dapor besarrrrrrrrrrr.
senang nak kenduri kendara. idok le berlaga bontot ye dok?

dah nak dapor luas, dapat dah.
tapi ada la a few things yg aku agak tak puas hati.
memula frust jugak, but now dah nak masuk 3 tahun, belajarlah bersyukur.
ada yg  gini pun dah bertuah sgt kan?
klau tgk tingkap, luas sgt.
bagus tu ada utk pengudaraan kat dapor.
tapi bila nak buat kitchen kabinet, nak gantung, agak susah.
nak letak barang pun susah gak sebab ada tingkap.
aku pun tak perasan masa plan umah yg awal tu.
then, bapak mentua aku pulak g tiles habis sampai atas and ikut keluasan kitchen kabinet tu.
bertambah susah klau nak tebuk, nak drill bagai.
kemungkinan utk tiles tu pecah adalah tinggi.
so, kita hold dlu kitchen kabinet atas tu.
thats y la, hood dapor nampak togel je sensorang dia kat situ.
tu pun berpeluh ketiak laki aku edjas.
nak pasang grill dapor pun kena tgk jugak nnt.
kena pasang kat luar abah aku kata, klau tak confirm pecah tiles tu.
patutnya tak pasang  tiles tu awal2.
tapi pak mentua aku nak senangkan kami, dia suh pasang sesiap.
sila berterima kasih ye..
utk kitchen kabinet, aku suh tukang buat siap2 masa buat dapor.
so, binaan konkrit dan kukuh.
cumanya kaler utk table top, bukan kaler pilihan.
then bila dah siap, redho jelah.
bila buat pintu kitchen kabinet tu, serasikan dgn kaler table top.
kat table top kaler dark brown, then ada light brown sket.
so, aku pilih kaler light brown utk pintu.
klau kaler gelap jugak, tak cun, kang dapor jadi gelap.
tak suke.
cat dinding aku pulih kaler cream nak balancekan dgn tiles.
utk roller blind kaler cream jugak.
memula nak letak kaler brown, tapi nnt dapor jadi gelap, tak suke jugak.




ini pandangan dari sebelah kiri.
sini dah plan nak letak peti ais.
klau dpt buat kitchen kabinet, mcm impian aku, haishhh, harus lawaaaaa.
agak kucar kacir plan dapor ni sebab time tu aku dlm pantang.
so, laki aku main setuju je smua janji semua siap cepat.
redho.
peti ais yg kecik tu dah rosak benarnya, tapi duk situlah dulu.
nanti2 kita pikir apa nak buat.
nak alih, taktau nak letak mana.
nak repair, mcm tak berbaloi dah.
cadangnya nnt nak cari/tempah rak yg sesuai, utk replace peti ais tu.


ni pulak pandangan sebelah kanan.
ada 1 almari dapor aka pantry aku.
segala stok makanan, stok memasak, susu, gula bagai semua duk situ.
cadangnya kat situ nnt nak buat kitchen kabinet jugak.
plug letrik, paip air dah buat awal.
cadangnya nnt nak letak water filter mahal kat situ. kohkohkoh...
cumanya tunggu duit jatuh dari langit.
pastu ada meja seketoi, meja lama dari umah sewa lagi.
ada meja je, takda kerusi pun.
kerusi tu dari meja makan depan, aku bawak ke situ buat duduk sebentar masa nak masak.
hajatnya nak tukar meja tu, nak carik yg kecik sket
yg 4 seater je, now 6 seater.
besar dan makan ruang.
tapi belum jadi hal penting, so kita hold dlu lah.
survey hari tu, dekat 300 gak. so bertabahlah.
pintu tu, ke bilik ke 3 aka bilik kerja suami.

takda sebarang dekorasi pun kat dapor ni.
soon, ada.
tengah berimaginasi.. hehehe..
dapor besar sgt, mcm susah pulak nak hias.
kang serba tak kena, jadi tak lawa.
impian nak buat island kat tgh2 tu.
tapi pikir2, nnt, dapor jadi sempit pulak.
perancangan la semua tu..

masa buat kenduri baru pindah umah dulu, seronok je mak2 sedara aku yg datang.
syok lepak kat dapor sebab besar.
senang nak buat keja.
klau umah beli, dapor seciput ke kata diorg.
mmg la syok, tapi nak mengemas, nak mop tu mengah jugak la..
eheh..


okes, ini penaja hadiah utk cabaran kali ni.
hembos2 sket kut2 ada rezki kak yah lagi.
auwww..
Link penaja:


Tuesday, June 03, 2014

Makmum

makmum papa..
Alhamdulillah..
tapi eksyen sket sebab taknak duk belakang.
nak duk sama paras ngan imam.


pastu..
dia yg pegi dulu.
konpius jap, sapa makmum, sapa imam?











nilah dia makmum papa...
trima kasih Allah atas kurniaan terindahMu..




syurga dunia mama..
kadang2 je jadi makmum mama, sebab mama tak tahan sabar sangat.
kang ada yg batal solat tak pasal2 tgk kerenah makmum..
hahahahaha..
suka suki je nak tonggeng, nak meniarap,  nak guling atas sejadah.
namun, mama bangga denganmu anak.
cepat belajar dan cepat faham.
moga nnt besar, solat menjadi keutamaanmu.
Amin!

Sambal belacan kak yah

dah tak tau nak tulis apa, pasal sambal belacan pun bolehlah...
nak makan sedap and bertambah2, klau aku, sambal belacan and kicap harus ada.
kadang2 takda sambal belacan.
nak buat alahai malassssssssssss..
klau bahan ada, kadang2 aku potong2 cili tu dgn bawang merah, pastu tuang kicap.
jadi sambal kicap.
tapi tak kick sangat, but bolehla dari takda.
asal ada rasa pedas.
busuk2 paling malas pun, dah lapaq sangat, aku patah2kan cili tu, ngap gitu jek.
buat ulam.
prinsip, janji pedassssssssss..
hahahaha.
pastu keluar buasir mula huru hara.

aku slalu buat stok sambal belacan nih.
harus ada.
penambah perisa nak makan nasik kan?
klau tak rasa tawar je makan walau ada je kuah and lauk.
stok pun tak la banyak.
busuk2, tahan la seminggu 2.
klau dlm minggu tu kerap masak nasik, cepat la habis sambal tu.
klau seminggu sekali je masak, mau sebulan sambal aku tak habis2.
lama sangat pun tak best jugak.
sebab aku perasan, bila lama sgt duk dlm peti ais, tahap kepedasan tu mcm makin kurang.
bila tak pedas, tak kick.

klau aku rajin tahap ultraman taro, aku tumbul pakai lesung batu sambal belacan aku.
klau aku rajin tahap gaban je, aku guna blender je.
senang keja. cepat pun cepat.
tapiiiiiiiiiiiiiii..
rasa berbeza la.
yg pakai blender adalah kurang sedappp.
tak suka. tapi klau malas jadi suka jugaklah.
redho kekdahnya..

meh nak share cara kak yah buat sambal belacan.
simple je ponnnnnnnnnnnnnnnnn..


tudia..
lesung batu adalah kecik, so bila nak menumbuk tu klau banyak, kena 2-3 round.
bertabahlah menahan percikan cabai!

bahan2 pun mudah je..
cili/cabai melaka - kuantiti agak2 lah ye.
cili merah (besar). klau suka pedas tahap buasir, pakai je cabai melaka tu saja. yg kecik2 tu. pas makan bibir bule jadi besar tempayan sebab pedas nak mamp.
belacan (dapat belacan tumbuk lagi terangkat)
garam
gula
air asam jawa
limau nipis (optional)

dah ada semua, tumbuk la sesedap rasa.
biasanya aku tumbuk cili dulu.
pas basuh, sejatkan betul2.
klau tak, nnt masa tumbuk terpercik2 lak air tu.
patah2kan cili, campur skali 2 jenis cili tu masa nak tumbuk. selalu nisbah cili aku tu lebih kurang je. cili kecik/cabai burung tak bnyk sgt sebab laki aku tak suka pedas sgt. ala kadar sudah.
pandai2 la agak yeh.. klau lesung batu besar, sekali harung je.
mcm aku lesung batu kecik comey, so kena 2 kali buat.
dah tumbuk cili tu, agak nak hancur, masuk belacan, garam and gula.
garam and gula last skali sebab kang berair, susah nak tumbuk.
mercik uolls..
dah lumat, cedok masuk dlm bekas.


picit asam jawa, ambik air je, masuk skali dlm tu.
klau nak pakai limau nipis pun boleh.
lagi sedap. bau dia tu huii, mmg memberangsangkan perut.
nak campur pun boleh.
aku ikut sesedap rasa and tgk keadaan.
ada limau, aku perah masuk skali. takda, aku pakai air asam jawa je.
punnnn sedap. hehehe..


ni stok sambal belacan aku.
bekas kecik je pun.
boleh la tahan seminggu 2, utk kami laki bini makan.
nak makan, cedok je.
idok le rajin, tiap kali nak makan, tiap kali la nak menumbuk..
kak yah tak gagah perkasa sangat..


menu dinner mlm tu.
sambal belacan+ayam goreng rempah+masak lemak kubis cina.
licin!
kehkehkeh...


tips.
ada org suka guna belacan bakar. ambik belacan, kepal2, pastu bakar kejap. pastu baru tumbuk sekali. aku pernah try gak. rasa? mcm lebih kurang je. entahhhh..
aku suka guna belacan tumbuk. made in thailand. sedap! klau biasa mkn kat kedai tomyam yg original dari thailand, rasa sambal belacan diorg lain. cair, tapi pedas dan sedap! diorg punya belacan lain, warna pun cerah sket. lagi banyak belacan, lagi sedap. tapi klau tak kena gaya tak sedap jugak. sebab diorg siap campur dgn  bawang merah+bawang putih. boleh cuba klau nak. campur bawang putih ngan bawang merah masa tumbuk tu. nisbah 3:1.
klau rajin, kadang2 aku rebus ikan kembong, pastu ambik isi dia, hancurkan, masuk skali dlm sambal belacan. suami is suka! buat cair2 sket, tambah tomato yg dipotong nipis. sedapppppppppp!
macam2 cara org buat sambal belacan. ni cara aku la. simple2 je pun, janji sedap di perut.
ada org siap taruk ajinomoto lagi dlm tu. oh, me not like!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...