Assalamualaikum...
acaner puasa korang hari ni?
dah 3 Ramadhan dah.
harap semua baik2 saja
kat Perlis, 1 Ramadhan hujannn. huhu
syok, sejuk ja sampai ke mlm.
2 Ramadhan, ada kawasan hujan, tapi pagi ja. ptgnya cuaca mcm biasa.
3 Ramadhan, hari ni mcm redup elok je cuaca sebab semlm hujan lebat.
aku xdak hal sebab keja dlm opis sejuk takleh bincang.
aircond centralize ni, bertabah jelah.
dah rasa sejuk beku habis 1 badan, keluar la duk luar kejap panaskan badan.
benda blh edjas kan? hahaha
yg aku pikir anak2 jelah.
Aniq oklah duk kat Pasti, dlm bangunan je.
Amni tu kat skolah, kesian jugaklah.
dia bukan tahan panas sangat tapi so far hari2 tu ok jelah.
ni bila puasa kesian jugak lah.
kalau panas, kang haus takleh minum. huhu.
hari2 pesan jgn lari2 kat skolah kang letih dahaga.
sampai hari ni dia puasa lagi lah.
1st day apaknya cuti, so ambik dia awal.
blk rest kat rumah. kemain bahagia layan tv cartoon back to back yeh..
apaknya gitulah, asal anak duk diam..
klau ngan maknya ni, ada had masa tgk tv.
tapi bulan puasa ni , ok lah kasik can..
pkul 6-7 tu, ada la kut 400 kali tanya bila nak berbuka. hahah
bertabahlah mak ni.
so, biar je dia layan tv @ hp nak bg dia lupa lapar tu.
dah berbuka, kemain ditogoknya air.
so far, dia mudah je bab mkn.
sahur nak nasik + telur mata + kicap.
pastu susu + air masak.
ni dah 2 mlm dia mintak roti bakar + susu je.
malas aku nak paksa2 dia mkn nasik sbb dia tak nak.
kang dia moody, lagi haru.
korang masak hari2 ke?
aku day 1 tu masak.
semlm goreng ikan + sambal bilis.
tu je. pastu beli gulai daging utk apaknya, kurma daging utk anak2.
pastu kuih2 sket.
tak kisah, beli or masak sendiri, asalkan tak membazir.
day 1 tu masak ayam goreng kunyit saja + sambal belacan.
pastu beli 2-3 jenis kuih.
semua licin. ok lah kan?
bulan puasa ni nafsu je nak mkn macam2.
dah berbuka tu, dah togok air mkn pun ala kadar je.
sethn 2 ni dah berjaya kawal nafsu membeli kat param tu.
beli yg betul2 nak makan je. pastu hadkan nilai duit utk sehari tu.
dah lapar. tgk semua nak beli. nafsu iblis je tuhhh
kang tak mkn mana pun, sudahnya ke tong sampah.
membaziorrrr..
laki aku dlu, kemain mkn bila berbuka. menjak 2 menjak ni dah kurang.
mkn sket2 je. sahur pun dia minum air + kurma or roti je
tak mkn nasik. aku je kadang mkn nasik
mkn jugak sbb sayang ke lauk if ada lebih.
tapi hujung2 nnt rasanya bgn minum air + kurma jelah rasanya ni.
lambat lagi nak habis sebulan puasa hahah
sempena Ramadhan ni jom kita sama2 tingkatkan amalan kita.
yg dlu kurang kita cukupkan and tambah biar lebih2.
bnykkan solat mlm, banyakkan mengaji quran, banyakkan sedekah.
3 mlm dah kami dpt solat magrib sefamily.
Alhamdulillah.
cubalah, kena usaha lebih sket hehe..
so far anak2 ok je. mat aniq tu main jelah bnyk but takpe, layankan je
Amni ok dah sebab dah blh solat sendiri.
pas maghrib aku selalu mengaji quran. nak habiskan quran sebulan ni mcm tak mampu.
sebab aku mengaji lepas maghrib je. waktu lain tu terbatas sket.
takpe, buat takat kita mampu, tak payah nak lawan2 org.
asalkan kita tau niat kita dan kemampuan kita.
bukan mengaji je dpt pahala. sedia mkn utk keluarga utk berbuka& sahur pun besar pahalanya.
aku mengaji lepas maghrib selalu dlm 4-5 muka surat. so dapat la 1 juzuk tu 2 hari.
pas isyak, buat terawikh sendiri je kat rumah.
nak ke masjid, tunggu weekend je. takda hal.
wanita kalau ikut pun afdalnya solat dirumah.
blh je gilir2 dgn apaknya. tapi kalau aku takda, budak2 ni kemain layan tv tidor lewat.
kang esok pagi memasing buat hal sebab mengantuk.
so, mak solat kat rumah jelah. bukan salah pun.
ikut cara masing2 yeh.
so, selamat berpuasa semua.
sama2 kita jadikan Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya.
No comments:
Post a Comment