Friday, September 06, 2019

My baby girl is turning 8

Assalamualaikum..

29 ogos, anak dara nan seorang dah cukup 8 tahun.
sejak cecah bulan Ogos hari2 dia tanya lagi berapa hari nak besday dia.
stress mak hang nak jawab.
sabaq jelah anak aku.
apa nak buat dapat anak semua spesis over excited.
dia siap tanda kat kalendar. ada hari dia lupa tanda, nanti meh la sengih2 kat aku tanya hari ni berapa haribulan.
hang kira tarikh pun tak pandai lagi, dah sebok2 nak tanda kalendar.
apaknya lah ni mengajar semua tu..
dah tu takda pulak nak g tanya apaknya.
mak jugak kena.



budak domok2 suatu ketika dulu.
now kuruihhhhh..

dia kan lahir awal, 35w mcm tu, so doc consider baby premature.
haluih ja masa branak tu. push pun senang ja kluarnya.
dah tak nyempat2 nak kluar kan? hahaha
berat 1.8kg je. kluar 29 ramadhan, a day before raya.
org kalut nak buat ketupat, masa tu lah ko sebok nak kluar.
tak nyempat2. dan perangai tak nyempat2 tu bawak sampai ke besar hahaha

walau dia beranak premature, kejap je berat tu naik.
debab elok.
mcm budak biasa doc kata.
and jarang tak sihat. demam ke selsema ke, sgt jarang.
mudah jaga. kalau demam panas, selalunya 2 hari je dah kebah. Alhamdulillah..
pernah warded skali masa umo 1y++ sebab pakej demam batuk selsema. tu pun semlm ja.
warded sbb nak claim insurans hehe

now, dah 8 thn membesar dgn jayanya Alhamdulillah.
dah kurang bnyk perangai suka sentap, suka keyau tu.
masa mula2 dpt adik asyik la keyau takda sebab.
jeles la kut.
sampai aku naik rimas. kena pulak masa tu dia baru masuk skolah @ pasti.
so, bercampor2 la bebai kuat sentap tu.
sabar jelah aku layan
sejak masuk darjah 2, dia dah berubah bnyk. dah mudah diurus.
perangai kakak2 sangat. dah blh bawak diri.

dia minta nak buat besday dia kat skolah dgn kawan2.
sory sgt kakak, mama tak sempat thn ni. last year dah buat kat skolah, thn ni kita skiplah ye.
kita mkn2 kat rumah je.
besday dia kena hari skolah. tanya dia pagi tu nak hadiah apa?
dia request teddybear. mama terangkan kat dia why mama tak bagi. dah makin besar, not nice la pada mama nak duk usung teddybear and tak bagus mana pun benda tu.
dia ok, then dia request komik. now tgh suka baca komik.
kebetulan ada org dtg skolah dia jual buku cerita. so apaknya kasik duit biar dia pilih buku apa dia nak.
and consider hadiah besday. kemain suka dia.
mudah benar anak dara kami.
ptg tu aku tanya nak mkn apa, mama belanja.
tau dia request apa?
roti canai milo.. hahahaha
alahai anak mama. TQ Allah utk rezeki anak ini pada kami.

esoknya, mcm2 hadiah dia bwk balik dari skolah.
bff dia kasik. kemain ehh dia hehe
ada pencil case, ada alat tulis, buku nota, keronsang, keychain.
baik btul kawan2 dia eh.
thn depan pulak kita buat mkn2 dgn classmate eh..
thn ni bagi peluang kat adik pulak sambut besday dgn kawan2 kat skolah.

weekend tu buatlah makan2 sket kat rumah wan (apak mentua) sempena besday dia and wan also.
dia bgtau wan nak mkn pizza. budak ni suka pizza.
so wan beli pizza and wan nak mkn steamboat.
tak ramai pun, panggil sedara terdekat sebelah apaknya ja.
campur kami semua adalah dlm 15 org dewasa.


as usual, kek coklat jelah yg mak korang buat.
bertabahlah anak2, mknlah kek ni sampai tua.
kek ni je yg mak korang tau buat.
dan kek ni je yg korang suka pun kan?
mungkin dah terbiasa mkn kek coklat mak ni, so kek lain diorg tak berapa suka.


mlm tu ada pizza domino, ada cempedak goreng, ada popia goreng apaknya beli, ada buah manggis and rambutan.
side dish la ni.
cempedak tu aku gorengkan ngan cousin aku. sedap, rangup and buah pun manis elok.'

main dish, the steamboat.
now dah tau buat sendiri, perkakasan dan ada so kejap2 wan buat steamboat.
suka sgt lah dia ni.
ada udang, sotong, ayam, segala fishball tu, sayur2 and bihun.
sedaplah duk menghirupnya..


my girl.
happy birthday kakak!
awak takkan tau betapa mama papa sayang awak.

moga awak terus membesar dgn sempurna.
doa mama sentiasa ada utk awak.
moga Allah lindungi awak, dan berikan yg baik2 saja utk awak wahai Amni Maisarra.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...