Assalamualaikum..
29 Dec lepas, ajak apaknya ke Alor Star.
nak ke TM ada urusan pasal telefon rumah mak aku.
sebab atas nama aku, so akulah yg kena setelkan.
nak redeem balik bil.
before ke TM pegi lunch dlu kat Manzur Capati kat area Masjid Nagore.
kedai ni org tempatan ja yg tau, or luar tak tau sgt.
opismate aku rekemen, so moh kita try.
nasi beriani, ayam goreng, gulai kambing. so far memenuhi piawaian.
sedap!
dah setel mkn ke TM. setel kat TM gerak ke Pusat Sains Negara wilayah utara.
kat Gunung Keriang sana.
berdekatan dgn Muzium Padi.
saja bawak anak2 kesana, dah lama tak pegi.
umur Aniq tak pernah lagi pegi.
last pegi, Amni 6 thn kut and tak bawak Aniq pun sebab dia kecik lagi.
tak sesuai and mak malas nak kejar anak haha..
kat laman PSN.
kawasan ni luas. kat bawah ada playground and berunsurkan sains.
bukan gelonsor semata2 lah kiranya.
masa balik anak2 minta nak main, tapi panas berdenting. dlm pkul 5 masa tu.
lain kali lah ye.
masuk beli tiket dulu kat ground floor.
harga dewasa sorang RM1 saja.
utk kanak2 bawah 12 thn, free.
lepas tu pegi solat zuhur dulu baru naik.
surau dah upgrade ada aircond.
last time datang kipas saja, aircond rosak.
oh, waktu pembukaan 9 pagi - 5 ptg.
blh usha website beliau utk maklumat lanjut.
silakan klik..
entrance.
menggedik anak2 aku. Amni ingat2 lupa pernah datang sini.
dah masuk, tgk kat dalam, excited lah diorg hehe
tgk kat dlm tak la ramai sgt org.
maybe sebab Ahad, org Kedah kerja.
masuk kejap ada staf dtg panggil ke blk sebelah sbb ada demo sains.
so, jomlah kita join.
dlm 20 minit je katanya
simple saja, utk anak2.
tapi makpak pun semua join.
simple science experiment, anak2 enjoy.
dah habis, masuk galeri balik.
budak2 tak sabar nak main.
bawak anak buah sebelah pak incik, Haziq.
now dah form 5. tinggi nauu..
dia tak pernah sampai sini, so new thing utk dia.
kesana kemari explore dgn paksu dia.
sila lah..
dia try naik basikal tu.
aku nak gak try tp gayat, makanya simpan jelah niat tu.
anak beranak ni 2-3 kali masuk sini.
rumah gempa bumi.
dah masuk tekan butang dlm tu, bergegar2 rumah tu.
seronok pulak depa.
ruang dikecikkan.
ikutkan sampai hujung sana, tapi naik penghadang.
tu mcm ada pembangunan baru sebelah sana.
soon kita datang lagi tgk apa yg baru kat sana.
pak incik puluk buat benda alah ni tapi tak berjaya.
cuba lagi bang hahah
bnyk juga alatan sains kat sini. dan sama je mcm kunjungan aku yg lepas.
rasanya ni kali ke 3 aku datang.
tunggu kali ke 4 nnt baru ada perbezaan kut, lepas tempat baru tu siap.
yg ni sama naik anak beranak cuba.
penyamaran.
apak pun pulun. amak layan jelahhh
budak 2 ketoi tu buang masa kat sini lama.
aku jenuh panggil.
tau tak, diorg susun semua block mainan tu kat dlm rumah tu.
aku tinggal diorg kat sini aku gi explore tempat lain
datang balik tgk hah clear..
depa susun masuk dlm rumah semua. aiyooo.
ajak balik tak nak.
aku bgtau jom main yg lain pulak, baru nak keluar.
pastu baru nak explore benda lain.
nak ajak balik, jenuhhhh..
nnt mai lagi.
masuk free berbaloi2 la utk anak2.
main sambil belajar.
bnyk la benda yg menguji minda anak2. bagus..
bawaklah anak2 datang.
sure diorg enjoy.
pintu keluar.
tengoklah gambar Aniq, semua dia pose tah apa2.
sabar jelah bujang aku nih.
kreatif now, ada saja akal dia..
1 for the memory.
yg ni senonoh gambar dia sebab dah kena jegei mata dgn mama
hahahah..
turun bawah belanja diorg eskrem, then balik.
nak main playground, panas berdenting.
now anak2 duk ajak datang lagi.
kalau sekentut, tiap2 minggu mak bawak korang mai sini.
jimat hahaha..
so, yg berdekatan bawaklah anak2 datang.
mcm2 alatan berunsurkan sains ada kat sini.
bagus utk minda anak2 kita.
main sambil belajar
Eh awat ceq tak tau pun PSN ada di loq staq? Balik kg nanti nak ajak kids pi sinilah. Thanks for info 👍
ReplyDeletedah lama dah ada nih. nearby ada Muzium padi. silalah berkunjung hehe
Delete