entry ni penuh dgn gambar makanan.
mohon tabah haha..
sepanjang minnggu PKP, mak2 ni buat apa?
masakkkkkkkkkkkkkkkk jelah ye dok.
kat FB & Insta tu, mcm2 jenis masakan timbulnya. awal2 semua excited lah.
try mcm2. sampaikan ada yg tebar roti canai, buat kuih muih melayu, mcm2 lah.
nak keluar cari dah susah kan, mana ada org jualnya.
so, nak tak nak pakat buatlah sendiri..
dari sudut lain, bagus tu sebab pakat usaha masak pelbagai jenis masakan yg tak pernah nak cuba.
dah anak2 nak makan ye dok?
tapi aku bukanlah jenis rajin sgt. nak masak pelik2 kang takda yg makan, ha dah padan muka aku nak ngabihkannya.
sebab tu balik2 itulah menu aku pun..
mudah keja.
so, here we go..
PKP day 1, aku blk umah mak aku.
jgn kata aku ingkar pulak. terpaksa sebab nak hantar adik aku balik.
sekali dgn beli barang2 rumah utk dia. lagipun tak jauh mana rumah mak aku, dlm 24km camtu ja.
now fasa 2 PKP ni dah ketat so tak dapat nak balik. moga diorg baik2 saja.
so hari tu masak2 kat sana. kami buat ikan kembong goreng tepung + sayur campur ja.
mak aku request soto pulak. so, dah ada semua benda, so masaklah dah dia nak makan.
eh, ada yg tak cukup. aku ngan adik keluar ke supermarket nearby beli barang.
laju2 tu pun. dia yg masuk beli, aku tunggu kat kreta ja.
pegi pun pakai kain batik je haha
soto nasi himpit by kakyah.
mak aku mkn bnyk juga. teringin kut hehe.
mujurlah buatkan ke dia. sesekali mak request kita masakkan jelah.
bukan susah pun. tgk dia makan, puas hati aku.
PKP day 2, hari Khamis, aku puasa.
bulan Rejab kan. duk saja kat rumah, puasa jelah.
tapi tetaplah kena msak sebab semua ada kat rumah kan.
dan itulah jugak menu berbuka aku ptg tu.
kubis cina masak lemak + ayam goreng kunyit.
aku panaskan semula kuah soto dan makan masa berbuka.
sedap wohhhh.
tu ada kek coklat, aku buat hari ahad sebelum PKP tu.
PKP day 3.
ayam masak kicap + sayur campur + sambal belacan.
ayam kunyit, ayam masak lemak & ayam kicap, paling laku dlm rumah ni.
aku punya cara mcm2. yg paling mendapat sambutan dan aku pun sukaaa lahai is tumbuk bawang merah+bawang putih+halia then tumiskan. pastu masuk kicap and air asam jawa.
pastu masuk ayam yg dah goreng dlu sebelum tu (gaul garam kunyit). masuk lah air sket, jgn bnyk sebab kering2 tu best makan. nak tambah sayur like carrot ke, ubi kentang ke blh je. and bawang besar. done.
klau berkuah, laki aku tak suka. sebab dia tak mkn kicap. mcm ni ok laju ja habis diorg ratah
PKP day 4
hari Jumaat. pak incik request nasi lemak.
so, kita buatlah. jemu dah mkn ayam.
nasi lemak + sambal sardin goreng + telur rebus + ikan bilis + kacang tanah goreng + timun + sambal kosong.
sardin tu goreng dlu, baru sedappppp. tapi nak goreng kena bertabah sebab dia punya percikan, fuhhhh. ada tekniknya. kena sabar la sket. kena tudung kuali kalu tak mercik minyak panas tu dah 1 hal. masa nak kalih ikan tu, tutup api. dah slow bunyi percikan baru buka tudung kuali and kalih @ balikkan ikan pastu on api balik. renyah tapi berbaloi.
my plate. saja buat telur mata. telur rebus utk anak2. then hantar ke apak mentua sepinggan. sampai mlm ulang2 menu ni jelah. aku mmg tak masak dah malam. malas. lagipun diorg ni kadang2 mkn yg ringan2 ja bila mlm. klau ada lauk lebih, baru mkn nasi.
Amni mkn bnyk, sebab sardin tu aku buat tak pedas. ulang2 makan dia. berbaloi mak ko masak.
petang tu aku keluar ke kedai, beli grocerries sket. 3 kedai aku pegi tak jumpa roti gardenia putih.
hahah. bertabahlah.
tak top up bnyk sgt pun stock kat rumah sbb belum gaji hahah.
beli mana yang takda ja.
PKP day 5
menu break1st.
sardin leftover, kita tenyeh buat sandwich
tu roti wholemeal. budak2 ni makan, tapi tak laju sgt.
diorg prefer roti putih. mak ko ok jeee, lagi suka hehe.
siap ada dalgona coffee. kemain dia. dah keluar semlm tu belilah freshmilk ngan neskepe.
aku pakai mixer terus, malas nak pukul. haha.
menjadi la jugak. dah viral, kita cuba.
aku guna brown sugar.
aku tak letak ikut sukatan yg diorg share. seram. ater giler 2 sudu besar neskepe + 2 sudu besar gula.
aku minum kopi pait ja. aku letak 2 sudu kecik. so takda la jadi pekat likat mcm diorg buat.
itu punnnnnnnnnnnn lain mcm dah kepala. tingtong bila minum neskepe.
next day aku cuba pun mcm tu. so, takyah dah la.
aku buat guna kopi pulak.
yg hitam sket tu guna kopi.
kena letak sket apa ke benda yg kuning tu, utk buat kek tu. klau tak dia tak jadi foam.
kalau neskepe tak payah dah. ada yg cuba buat ngan milo. pun kena letak jugak.
haa ovellete.
aku letak gula sikit, so pahit. but aku suka.
guna neskepe tu sedap, cumanya lepas tu kepala pusing and dada berdebar2.
minum kopi jelah.
ni hari lain2. aku buat pagi2. tak berani nak minum petang, kang mlm cerah mata pulak.
menu lunch hari tu is nasi goreng.
utk amak apak, nasik goreng tomyam.
pagi2 aku dah tanak nasi. sebab nak buat nasi goreng, nasi kena sejuk baru best.
mudah ja, sedap pun ya.
blend bawang merah+bawang putih+halia+serai+cili padi. pastu tumiskan.
pastu masuk pes tomyam. nak pedas lagi masuk la serbuk cili. nak lagi best perah limau nipis and masuk daun limau purut. tapi aku tak letak sebab takda. then garam gula.
masukkan bahan mentah apa yg nak masuk, aku letak ayam ja hari tu yg dipotong kecik2.
then masuk sayur. aku guna carrot + sawi.
pastu pecah telor and last skali nasi.
kacau2, done.
utk anak2, nasik goreng biasa.
kena buat asing sebab nasi goreng tomyam, pedasss.
utk anak2 ni simple sapsapsoi je. aku letak kicap sket, ha mudah cerita.
petang tu aku masak dadih coklat.
buat stock utk ahli rumah. sebungkus tu dpt bnyk bekas kecik ni. tapi 2-3 hari dah setel.
Aniq tu suka sungguh. skali mkn 2 bekas. kalau sehari 3 kali makan, ha tak ke cepat setelnya.
dannnnn, goreng keropok skali.
haaaa pepak la hangpa sampai cemuih.
dah duduk kat rumah, mulut tu asyik lapaq lapaq lapaq.
nak makannnnn...
hari ni dah kosong dah bekas. esok lusa kena goreng pulak. ada lagi stock kopok kering.
PKP day 6.
utk break1st kat rumah ni, tak susah.
sebab anak2 aku mudah. apaknya tak ambik break1st. aku takda hal, biskut kering cicah milo pun ok.
utk anak2 kadang aku goreng nugget, fries, buat roti bakar. simple saja. takpun mkn biskut ja.
musim PKP ni aku biar je diorg bngn lambat. ringan sket keja mak hahaha...
oh, aku puasa hari ni sebab Isnin.
so masak yg simple2 jelah yg smua org makan hehe.
ayam masak lemak.
ni pun feveret semua ahli rumah. laki aku pun suka sgt nih.
takleh pedas. aku campak skali kentang, setel masalah tak payah masak sayur dah.
Aniq mkn dgn kentang ja, lauk dia tak suka sgt.
ptg tu berbuka pun aku mkn ni saja.
oh lupa..
ptg tu sebelum berbuka aku buat kek marble.
dah tak masak apa, gigih lah buat kek. teringin hehe.
berbuka dgn kek ptg tu. sedap woo.
[ EDITED ]
tertinggal sehari.
PKP day 7. lupoooo
buat kek semlm kan?
so pagi tu haruslah break1st dgn kek marble mavelesss aku.
lawan dgn dalgona coffee. aku guna neskepe tapi sikit je, so tak berapa nak foam. sokaylah.
asalkan tak weng kepala & tak manis.
kek marble tu aku terlebih utk sukatan koko. nak mkn sendri, so hentam sajalah.
utk anak2, pagi tu mak merajin nak buat pancake gebu gebas.
lama tak buat..
budak ni la paling suka.
dia bgn tgk mama duk masak. tgk pancake, kemain kreyeh.
siap request nak mkn dorayaki.
filling coklat, kapit 2.
iyelah nak..
aku buat ni sebab aku masak topping choc semlm masa buat kek marble.
oh, dlm kek tu pun aku taruk filling choc ni. sedap wooo.
ni kes nak ngabiskan whipping cream.
dah buka, and guna separuh. kang rosak, so kena guna la.
jadiknya aku bancuh jelah. dark choc + milk choc + whipping cream.
lazat wehhhh. Aniq suka.
sapu dgn roti, buat jem. hari2 dia makan.
menu tghr.
aku lapaq ikan, asyik mkn ayam je kan? jemu oih.
suruh pak incik keluar carik ikan. dia asyik beli ayam ja.
buat sup kentang + fucuk & suhun.
pastu ikan kembong tu, aku gaul garam kunyit + serbuk cili then goreng.
sedap. kena makan masa garing2 tu, ratah saja pun best.
selesai PKP minggu pertama.
fuhhh...
menu aku tak meriah mana pun nak compare ngan kengkawan aku yg lain.
siang mlm masak. dasyat tul. aku mmg tak la. haha
dari dlu camtu. aku pulak tak ambik dinner berat.
kadang petang tu dah mkn siap2.
kadang, mlm klau tdoq lambat mkn la jugak apa2 yg ada ahaha
dah cuti ni asyik makan ja. tu yg aku puasa selang2 Isnin & Khamis.
dah bulan Rejab sama ni kan.. kalau tak kang nak masuk keja, baju keja smua ketat huhu..
next kita sambung kisah masak2 PKP minggu ke dua.
No comments:
Post a Comment