Tuesday, April 07, 2020

Jom Mengaji Al-Quran

Assalamualaikum..

hari ke berapa dah ni PKP? aku pun lost count dah.
malas nak kira. kita tunggu jelah sampai 14 April..

hari ni nak share something kat korang.
kalau korang rasa, elok, ambiklah buat pedoman. kalau tak suka, pun kena suka. hehe

bab mengaji al-quran.





ini yg aku jumpa dari IG.
jap apa eh nama dia..
ha, jom_dakwah.
g lah follow.

aku tak kata aku ni bagus sangat.
tapi sejak kecik mak aku mmg suruh dan marahhhhhh kalau tak baca quran.
dulu, masa kecik, skolah rendah la, petang balik skolah kena pegi mengaji quran kat masjid.
hari2 kalau tak silap aku.
dari rumah ke masjid tak jauh pun, 500mtr maybe.
kayuh basikal dgn abang aku and jiran2 nearby.
darjah 1 - darjah 6 aku ngaji kat situ. arwah guru ngaji, jiran depan rumah.
garang ya ampun. waktu ngaji jelah.
kalau waktu lain, baik je.. 2 org guru ngaji. arwah Makteh and menantu dia, maklong.
maklong tu now pun masih sihat lagi, baya2 mak aku.
cucu2 makteh tu semua kawan2 aku masa kat kg dulu. masa ni kami masih kat Perlis.
masuk form 1, baru kami pindah ke Kedah. tapi dlm 6km camtu je pun dari Perlis haha.
sempadan dah rumah dulu pun.
darjah 6 baru aku khatam quran. lambat jugak kiranya tu kan?
adik bongsu aku, habis darjah 1 dah habis quran. laju nauuu.

masa aku skolah rendah dulu, mlm jumaat kena baca surah yassin ramai2.
mak aku nak dgr. kalau tak baca, ngelat ke apa, ko tgk dia amuk.
pastu kalau baca slow, kang dia cakap, "esok kalau aku dengaq sora hampa, ha siapp.
mengaji tak dengaq sora, esok jgn bercakap".  hahahah..
takut okeh, mengaji la kuat2.
tapi sebab itulah, sampai ke besar ni aku blh mengaji quran dgn lancar.
Alhamdulillah.

banyak fadilat kita amal al quran ni.
jadikan al quran ni kelaziman setiap hari.
masa aku sambung belajar, umor tgh naik, darah muda, adalah aku hanyut sket.
tapi, takdalah aku tinggal terus al-quran tu. tak baca ke apa.
surah yassin tu tetap baca, cuma baca al quran tu jadi kadang2 yg sangat jarang2. huhu..
luckly, housemate aku sepanjang 3-4 thn tu semua baik2.
kami selalu solat jemaah sama2, and bila mlm jumaat baca yassin ramai2.

bila dah kerja, balik duduk skali ngan makpak aku, ha insaf balik dah aku haha.
so, kembali jadikan al-quran itu sebagai rutin.
lepas kawen, masa mengandung mmg tiap2 mlm aku mengaji.
adalah hari yg skip tu, tapi setiap minggu tu paling kurang 2-3 kali.
mengandung kan, nak yg baik2 utk anak dlm perut.

dan now pun, mmg aku baca quran lepas maghrib.
mlm jumaat tu wajib lah. now baca al-kahfi.
dulu, mak2 kita dah biasa mlm jumaat baca yassin.
sebenarnya, lebih afdhal baca surah al kahfi.
so now, aku tukar. kadang2 baca dua2 hehe.
tapi al kahfi tu panjang, so aku ambik 10 ayat pertama dan 10 ayat last.
boleh.
korang blh google kelebihan surah al kahfi dan bagaimana nak amalkannya.

sejak PKP, tak pernah lagi aku miss mengaji quran lepas maghrib.
dan jugak lepas subuh. cuma kadang2 kat subuh tu miss uhuk uhuk..
tapi sebenarnya kalau nak dapat syurga, kena baca al-quran sebelum subuh.
yg tu jarang2 nak jadi hehe..
kalau bangun tahajud, masa masih bnyk sebelum subuh, ha dapatlah baca.
dah cuti ni, blh baca banyak mukasurat.
masa lapang bnyk kan?
lepas isyak pun blh sambung lagi bacaan.
utk fasa 1 PKP tu, aku dapat habiskan dlm 8-9 juzuk mcm tu.
tak ingat sgt, sebab aku sambung baca as usual.




and now, dah mula balik dari awal
Alhamdulillah...
aku pun tak ingat dah berapa kali dah aku habis quran ni.
memang bersambung2 baca. tak kan pernah jemu.
cuma jangan tinggal.
once ko berenti bnyk hari mengaji ni, nak mula balik tu liat ja.
aku pernah je, kalau minggu tu ko keja bnyk, bizi.. blk rumah letih nak tidor ja.
kadang lepas maghrib pun dah tidor.
nun bangun isyak tgh2 mlm tak pun pagi pkul 5 pagi terus.
bila dah 3-4 hari mcm tu, nak mula mengaji balik tu, ha liat la.
tak bagus yeh hehe..

bila ko dah jadikan ianya rutin, bila tinggal akan rasa tak lengkap.
aku tak kata aku ni bagus. tak.
aku share sebab nak ajak korang semua sama2 buat.
al quran ni panduan kita.
now masa PKP ni, kita di uji dgn wabak ni, jomlah bawak2 buka al quran dan mengaji.
Allah dah bagi kita banyak masa lapang, gunakanlah sebaiknya.
mula dgn sikit dulu takpa, lepas tu kita tambah2.
dulu kita kata kita sibuk kerja, tak sempat baca quran.
now, cuti lama, takkan tak sempat jugak kan nak selak al-quran tu?

aku pun baca, maybe ada tajwid yg tak betul.
takpa, baca ja. Allah Maha Mendengar..
now dah mcm2 jenis quran kat pasaran. yg dah tanda kaler2 siap kat mana nak panjang, kat mana nak brenti, nak dengung dsbnya.
aku ada plan nak beli yg mcm tu, tapi duk pikir, kang kalau beli baru yg ni tersadai tak bersentuh pulak.
sayang oo quran ni. aku beli dgn gaji pertama kerja dlu.
ada aku pernah share kat sini.



anak2 of coz la kena jugak baca.
mcm mana mak aku buat dulu kat kami adik beradik, now kat anak2 pun sama jugak lah.
aku harukkan suruh mengaji dua beradik tu.
Alhamdulillah Amni dah naik quran.
tak lancar sangat, but sokay. asalkan blh baca, dan mau baca.
nnt lancarlah tu.
dan jgn harap ke ustaz yg ajar ngaji  semata. kat rumah pun kena jugak.
dah aku pun hari2 mengaji, anak2 tgk. diorg pun dah paham. lepas maghrib mama nak ngaji, jgn kacau me time mama.
ada hari, depa pun kena ngaji.


yg ni pun tak terkecuali.
kadang2 jadi ironman masa mengaji, kadang pakai topeng robot.
ikulah, asalkan mengaji.
tu nangis dah sebab main2 so kena marah ngan mama haha.
akai jenuh...


yg tak blh pegi jauh dari mama.
kadang2 sampai tertido kat situ tunggu aku mengaji.
moga esok2 awak pun suka mengaji yeh..

banyak kelebihan kalau kita jadikan quran ni amalan setiap hari.
mcm yg aku share kat atas. tapi itu selepas kita mati.
sebab itulah bekalan kita ke sana nnt.
masa kita hidup ni pun, ada kelebihannya.
bila hati tak tenang, bukalah dan baca al-quran.
biarlah sehari 1 muka je pun. asalkan baca.
korang googlelah bnyk je yg share kelebihan membaca al quran ni.
bnyk mukjizatnya yg kita tak tau.
dah baca, kena fahamkan dan amal. tu yg penting.
kadang2 aku baca tafsir skali. but now, quran tafsir tu ada kat Amni, dia bwk pegi skolah.
so nnt nak kena beli baru.

now, aku uzur. so tak dapat mengaji.
lepas ni kita sambung balik bacaan.
aku share, aku nak ajak korang2 semua sama2 mengaji.
kita jadikan amalan.
ada je yg tak blh mengaji. solat pun baca yg wajib saja.
bila suruh mengaji, tak tau. tak kenal.
umur dah makin meningkat, kita baiki diri. kita tak tau bila Allah nak jemput kita kembali.
jadinya, kita usaha baiki mana yg lompong.
biar lambat dari takda ada perubahan langsung.
aku pun masih belum sempurna bacaan. kita baiki mana yg tak ok tu sama2 yeh.
kalau niat kita nak ke arah kebaikan, minta pada Allah utk bantu.
lidah keras utk mengaji, kita usaha basahkan lidah dgn ayat al quran.
lama2 lembutlah. yg penting usaha utk buat tu ada.
jangan tak buat langsung..
dunia akhir zaman ni, kita kena ada bekal utk hari depan kita.
once again, aku tak kata aku bagus.
moga apa yg aku share ni tak dipandang sebagai riak nak menunjuk ke apa.
takda niat pun.
aku share utk sama2 ajak korang buat. aku pun masih struggle utk jadi lebih baik.
kita ubah, kita usaha utk jadi umatNya yg terbaik okeh..

jom ngaji.

2 comments:

  1. terima kasih sis atas perkongsian... Sis doakan sy jugak ya..rasa byk tinggal mengaji nie... Apapun... Moga allah mempermudahkan segala urusan kita termasuklah dalam mengaji ni..Aamiin2 yarabbal a'lamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. selalu doa, minta Allah tetapkan hati kita.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...