Wednesday, April 08, 2020

Masak memasak sepanjang PKP - minggu ke dua

Assalamualaikum..

cerita masak memasak lagi..
utk minggu ke 2 PKP fasa 1.
tgk lah kalau rajin kita sambung fasa 2 nnt hahah.
hari2 masak tu, lepas hidang, ambik gambar.
kadang share kat IG & FB, kadang tak. keep to my memory je.
kwn2 aku pun mostly pakat share. ok la jugak kan, at least mak2 ni dapat idea nak masak apa.
berminggu cutinya, kadang buntu dah nak masak apa.

ok, now back to the topic.

PKP day 8


menu lunch.
sayur campur, ada bayam brazil petik di laman.
and ayam masak kicap.
hari tu aku buat bnyk sket portionnya.
sebab menu ni laju. tp mlm tu pakat takmo nasik la pulak.
sokay, kita panaskan utk esok hari.

PKP day 9
khamis, mak puasa. so, malas nak masak haha.
tanya anak2 nak mkn apa?
Amni mintak telor. baikkkkkkkkkkkkkk hahah


ikut budak2 ni, hari2 telor pun ok ja.
tapi takkan lah kut ye dok?
telor ni kira simpan utk hari malas jelah. sian anak2 kalau asyik mkn telor ja.
sesekali bagi, ha menambah nasik dibuatnya.
Aniq tak suka telor mata, kat dia kena buat telor hancur then gaul dgn kicap mkn dgn nasi.

utk apaknya, aku panaskan balik ayam masak kicap semlm.
kebetulan apak mentua kasik sup ayam. so, itu jelah.
mujur laki jenis mudah jugak.
tak lorat sgt kena ada menu gini2...


haaaa...
utk berbuka, aku masak la meriah sket.
dah tghr tak masak kennn..
lama tak mkn spageti.
so kita simpan keluarkan pada masa yg sesuai. hehe.
aku berbuka puasa, yg lain2 pun join makan.
tak pedas, anak2 pun mkn beriya termasuk apaknya.
kemain aku buat agar2 coklat tu buat pemanis mulut nak berbuka.

PKP day 10

hari Jumaat, aku keluar g cari barang dapor.
ada kisah kat sini.
menu hari tu pun spesial sket.
lama tak jumpa siput retak 1000. Amni ngan apaknya kemain laju mkn.
habis licin tghr tu.
 


PKP day 11
buntu nak masak apa..
tapi kena jugak masak. bertabahlah..



ayam goreng rempah + kubis cina masak lemak + sambal belacan + tembikai.
menu ni, mmg laju.
kegemaran pak incik.
ayam rempah tu, menu malas.
gaul garam kunyit & serbuk kari. tu je
tapi sedap wooooo...


petang tu aku buat dadih sesi ke 2.
tapi kali ni tak laju pulak. Aniq kata dia nak dadih coklat.
dah pulak...

PKP day 12
hari ni lauk kategori rare.

kenapa rare?
sebab aku buat gulai ikan kembung hahaha
jarang sgt menu ni ada. sebab aku bukanlah peminat gulai.
sesekali ja. dan aku bukan pandai sgt bab gulai ni.
tapi rasa mcm teringin, so cubahlah.
korek dlm pantry, mujurlah ada serbuk kari ikan.

gulai ikan temenung @ kembong.
masuk tomato ja. itu ja yg ada dlm esbok.
laki aku siap tanya, beli mana. hampehhhh.
nmpk sgt jarang masak gulai heheh
aku repeat lagi masa dinner.
takda la maveles sgt, but perut aku blh terima la.
sendri masak, sendri makan lah ye dok?

PKP day 13

Isnin, aku puasa.
takda dlm rekod masak apa tghr tu hahaha.
ada rasanya, tapi simple2 saja.
selalu mcm tu jelah.


menu berbuka aku ptg tu.
siap ada air limau kasturi.
minum sejuk2, perghhh..
tapi takda ais pun, air sejuk ja.

takkan itu saja ye dok?


tekak rasa nak makan koeteow.
so ptg tu, pkul 6 masuk dapur menggoreng.
tak pedas sgt, Amni pun makan menambah.
mlm tu pkul 10 repeat mkn dgn laki haha.
adoihhh.
makan jelah keja kau.

PKP day 14
dah bnyk hari save resipi cucoq dari Dato Rizalman.
ramai yg share kata rangup sedap blabla.
so, pagi tu rasa nak mencucoq.
jgn taktau, ni 1st cucoq aku goreng sepanjang PKP hahaha.
sebab?
malas.
sepanjang cuti ni, budak2 aku biar bgn lambat. aku bgn awal la.
apaknya pun sama, lepas subuh sambung mengeroh.
lantak. aman sket pagi aku haha.
so, jarang nak ada menu break1st yg dasyat2.
bila budak2 bgn, kadang aku gorengkan nugget, fries. tak pun roti bakar, roti telur camtu ja.
tak pun, haa mkn la milo ngan biskut or cereal.
dah.


rupa cucoq tak berapa semenggah.
patutnya kena buat besar, pastu potong.
mcm cucoq udang tu. tapi aku buat kecik. nak makan, kepakkan je.
ok la sedap la jugak. rangup sebab campur tepung beras.
kena buat nipis2. aku cicah dgn sos Thai pedas ja.


menu lunch.
lama tak jumpa udang. aku keluar Jumaat tu, ada udang elok2 kat Giant.
so belilah setengah kg.
ikan tu, aku rebus dlu dgn asam jawa+garam, pastu goreng.
sedap woo..



pak incik pegi  keja lepas lunch.
31hb kan hari tu.
patutnya last day PKP, tapi dah sambung pulak ke fasa 2.
pesan ke dia, kalau rajin, beli beger jap.
dah lama tak makan. Aniq duk sebut bnyk hari dah.
blk keja ptg tu dia lajak pegi cari.
kena tahan polis hahaha.
but sokay, takda apa. bgtau la nak pegi cari makanan.
mlm tu hujan kemain lebat.
layan wooo, makan  beger sedap.
dia siap beli patty beger, sebijik tu besau nauuu.
tak beli 1, beli sorang 2. jenuh makan.
simpan dlm peti ais, pastu panaskan balik.

selesai minggu ke2.
sblm PKP pun, mcm ni lah jugak kami.
weekend aku masak lunch, membawak sampai dinner if ada lebih.
kalau weekdays, masak dinner jelah.
PKP ni jadi meriah masak2 sebab mula dari mkn pagi sampai lah ke dinner.
tapi, kami jenis sempoi ja, tak perlu complete meal pun.
laki aku pun jenis mudah.
kadang mlm klau aku malas masak, dia la masak.
tp takat roti telor gedik jelah haha.
jadiklah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...