Assalamualaikum..
**lamanya tak update, so meh la share2 sket ceritanya..
29 Ogos lepas, anak dara nan seorang dah cukup 9 tahun.
Alhamdulillah.. diberi Allah kesihatan yg baik, cerdik belajar, lalu makan, cergassss ja sentiasa. now dah bambam sket dia. sejak PKP, asyik mkn ja, membawak ke sekarang. hehe. sokay kakak, makanlah sementara awak ada selera ni. tak halang, cuma mak kontrol mana yg tak elok je.
hari kejadian, kami kluar dinner kat SR. sajalah bagi dia seronok kan? selagi anak2 nak ikut, selagi tu mama akan celebrate besday utk diorg. aku nak diorg ada moment indah masa birthday. simple pun sokay, janji ada.. bila anak2 happy, kita parents pun happy kan? besday sethn sekali je ye dok?
yg diraikan..
anak yg baik, yg mudah dijaga tak bnyk kerenah. zuhud je perangan mcm apaknya hehe.. dia bukan anak yg meminta2. ada apa2, dia bgtau dia nak, tapi kalau aku ckp, no and bagi sebab2nya, dia ok. takda nak merempan tak tentu hala. aku tak ajar, ko minta ko dapat. kedepan nnt mak belikan je apa dia nak, tapi semua tu bersebab. selalunya aku akan reward bila anak2 behave, dgr cakap, tolong mama buat keja or else. dan diorg pun paham dah. Alhamdulillah, Allah rezekikan aku anak2 yg mudah dijaga.
cuma part kuat sentap tu, aduhhh. but now dah makin kurang dah. takda nak sentap keryau merajuk tak tentu hala. dah makin besar makin hilang dah semua tu. dia ni kategori independent, ngikut mak sangat hehehe.. kadang2 nak marah anak bila buat apa, mcm marah diri sendiri weiii hahahaha
anak2 penghibur hati dan penaik darah mama papa hahaha.. kemain seronok diorg. kami ni jujur eh, sangat jarang keluar mkn kat luar. bukan sebab takda duit, tapi sebab utama is MALAS. paling malas haruslah apaknya. dari dulu kala mcm tu lah dia. dia tak minat sgt mkn kat luar. kalau aku tak masak, beli tapaw mkn kat rumah. bini masak sedap katernyeeeeeeeeeeeeee.. now anak2 dah besar, haa ada la jugak keluarnya. dlu masa diorg kecik, malas lah haih nak merenyah. nak selesa, makan bersila depan tv kat rumah sendiri. ehh, sebab lainnya, aku sgt jarang dinner. aku dinner awal. sesekali blh la kluar mkn lewat. kerap2 kang mak ko besar peti ais.
tak ramai kat SR mlm tu. diorg baru renovate, jadi lebih cozy and nmpk luas. kami dah la jarang2 mkn kluar. dan aku selalu ada bad moment bila mkn kat luar hahaha. ada bila tah, mkn kat luar, menu aku pas sudah tak sampai. kali ni pun sama. yg lain dah habis mkn, aku punya tak kelihatan. sudahnya angkat tangan lahhh. ko jgn main2 bila kita lapar, makanan tak kunjung tiba. dah la aku puasaaaa. lepas tu baru sampai makanan aku. mujurlah dia minta maaf, so tak da aku nak merempan sgt. pastu yg lain kena tunggu omak makan la hehe
then, masa cuti merdeka tu, mak aku plan nak buat makan2. sajalah nak merai cucu dia. besday Amni bln 8, besday Aniq bulan 9. so kita sekalikan jelah. tak kuasalah nak 2-3 majlis hahaha.. mak aku nak habiskan daging korban yg masih ada dlm deepfreezer dia. tak da lah bnyk, blh lah takat mkn sedara mara and jiran2 dia. aku pun top up apa patut. sudahnya meriah jugak makanan. tapi 1 pun tak ambik gambar makanan hahaha. bz masing2 ngurus dapur segala. Alhamdulillah lauk semua habis.
kek haruslah ada. kek coklat mama ni menjadi pujaan semua org, so gigihlah mak membaking a day before. tapi aku takda la reti nau nak mendeco. ala kadar jelah. kek ni je yg aku tau pun. kek lain anak2 aku tak suka sgt. jadiklah kannn hehe. jimat bnyk oiii..
lagipun bila buat sendiri ni senang nak edjas. mak aku takleh mkn manis, so aku kurangkan sukatan gula and asingkan utk dia and tak letak topping coklat.
simple deco utk anak2. kemain menggedik budak 2 ketoi tu. tok abahnya yg beriya tiup belon (guna pump la). dia la gantung sana sini belon2 smua. ada lagi kat depan2 tu. seronok dia pun layan cucu 2 ketoi tu.
kira sekali dgn besday Aniq yg ke 6. dia nnt 23hb 9. utk jamuan ni kita sekalikan. dah dia asyik la bising sebab besday kakak dulu, besday dia lambat, kita skali harung. tapi sekarang ni dia sebok pulak lah tanya besday dia pada hari sebenar. hoihh penat mak layan. kakak pulak dpt hadiah dari kawan2 kemain meriah, tak puas hatilah diaaaa hahahaha. bertabahlah aku melayan manja sorang tu.
tengoklah siapa yg terpaling over hahahah. tok abah perati je dari belakang. tok abah sakit mulut hari tu, so tak bnyk ckp. tgk jelah kelaku mat aniq yg sentiasa huru hara tu..
ada bnyk lagi gambar, kita letak yg senonoh jelah ye hahaha.
terima kasih tok umi tok abah, buat majlis kecik ni utk the cucus.. happy je diorg. budak2 ni asal ada kek, belon, haa seronok dah diorg kan? lain2 mana dia kesah pun. mak2 sedara ada yg bagi hadiah, bagi duit. Alhamdulillah rezeki anak2. seronok kemain budak2 ni dpt hadiah. thn ni takda hadiah toys dah, semua bagi yg berilmiah hahaha. dpt buku, dapat stationary. ok lah. blh guna ke depan kan?
minggu depan besday Aniq pulak. hari yg sebenar hehe. kita kluar mkn jelah nnt bagi dia puas hati supaya tak da kes mengungkit di masa hadapan hahaha..
No comments:
Post a Comment