Tuesday, September 22, 2020

Kisah bekal makanan ke pejabat

 Assalamualaikum..

 

nak share few pics bekal aku.

aku mmg selalu bawak bekal ke opis. sejak dulu lagi. seblm kawen pun mmg duk bawak dah. klau mak masak best, and ada baki lauk ke apa, mmg aku sauk bawak bekal heheh. dah kawen ni pun lagilah selalu bawak bekalnya.

selalunya lauk lebihan dinner la. jarang sgt lah aku nak masak pagi2 semata2 nak bawak bekal hahaha. oihh tak rajin and kadang tak sempat. ada anak sekolah ni taulah mcm mana kalutnya pagi2 kan? setakat panaskan lauk, or buat breakfast  tu ok lah.

dinner mmg selalu masak. dlm seminggu ada la sekali 2 saja yg tak masak. ahli rumah aku kan pencinta makanan maknya nih hahaha.. aku ok je, ada bahan and mak rasa larat nak masak, so kita masak. bnyk kelebihan masak makan dirumah ni kan? anak2 akan ingat, and makan dgn penuh berselera. apaknya toksah cakaplah. see the perutlah hehe.

aku jarang mkn dinner. so, portion aku tu, aku bawak bekal esok pegi keja. jimat duit dan masa nak keluar cari makan hehehe. kadang malas weh nak keluar dari opis pegi cari mkn. semua kena start kreta pegi cari makan. ada la kafe yg dekat, tapi kerap2 pegi pun jemu kan? bekal sendiri, lauk sama pun tak da nya nak jemu.. 

aku masak bukanlah hebat nau. simple je pun. dan aku masak apa yg ahli rumah makan. nak masak yg luarbiasa kang diorg tak makan, jenuh aku nak ngabihkan. tak kuasa haihh.. so, lauk pun ulang2 je. sokay, asalkan habis makan tak membazir. 

menunya, ayam kunyit, ayam halia, ayam masak kicap, sup ayam, ayam goreng tepung, ayam goreng rempah, ha gitu jelah.. lauk lain pun sama je, udang masak lemak, udang goreng kunyit. kalau sotong pun, sotong kunyit, sotong masak kicap. pastu sup sayur, sup kentang, kubis masak lemak. daging goreng kering, daging kunyit, daging masak kicap. mmg lauk berulang, sbb yg tu yg bnyk permintaan hahaha. gulai2, sangat lah jarang terjadi di rumah kami hehe. sebab aku tak berapa minat. so, ahli rumah kena ikut kehkehkeh..

so, lets see my bekal...

tapi takda la hari2 aku ambik gambar bekal yeh. kadang menu sama je.. 


menu breakfast saja. roti + peanut butter & limau gedang. limau tu besar, so dapat 2 hari bekal. lawannya air kopi o tanpa gula. ni menu pukul 10 aku. ada hari aku buat IF, so pukul 10 baru aku makan. tghr kang baru cari lunch.


yg ni complete. 1st menu breakfast, roti + peanut butter. letak dlm plastik je, sebab malas nak buh bekas hahaha. pastu snack, ada buah naga merah kegemaran sedap dan manissss. menu lunch, bihun goreng leftover menu dinner a day before. pagi2 tambah telor mata. nugget tu menu breakfast anak2, mak cilok sket. so, setel menu utk sehari di opis. jimat belanja hari tu kan?


aku sedang paksa diri hari2 makan buah. so kena merajinlah sket. bukan nak diet nak kurus ke apa pun. takda maknanya nak kurus dah sekarang ni. fasa maintain je. lebih kepada menjaga kesihatan. nak bantu masalah sembelit aku ni sama.


menu buah dah bagus, tapi ada nugget kategori fast food. celah mananya dietnya kan? ada je yg tanya, napa bawak bekal diet ke?  jawapannya TIDAK hehehe


beg bekal baruuuu ngehngehngeh.. beg ni kategori plastik, ke apa org panggil tu, PVC. kualiti tebal elok. aku redeem point kat kedai yg selalu aku beli barang bra Avon (bukan outlet Avon). dulu redeem bekas makanan Avon, kali ni tgk begnya lawa kemain, so zasss.. sesuai isi bekal, sbb material dia bukan fabrik. so kalau tumpah ke apa, sokay. ada beg bekal yg Tupperware punya. luar dah kotor, dah lama lenjan guna. 


semuaaa bekas Tupperware. baru semangat nak bawak bekal ye dok? hehehe.. yg ni mmg set lunch. sekali dgn beg. tapi tulah, beg nya dah comot sket.


korang, rajin berbekal tak ke opis?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...