Assalamualaikum..
23hb 9 lepas, cukuplah umur anak bujang aku 6 tahun. Alhamdulillah akhirnya sampai juga hari yg ditunggu2. azab aku nak menunggu hari kejadian tu. kenapa?
sejak birthday kakak bln Ogos lepas, persoalan2 mengenai besday dia tak pernah hilang ye. walau dia cuma 6 thn tapi mulut dia serta persoalan2 dia tu, Astagfirullahalazimmmmmmmmmmm, penat aku nak menjawab. dia punya tak puas hati sebab, kenapa besday kakak dulu, lepas tu baru besday dia. kenapa besday kakak tu bnyk kali, kenapa mama beranak kakak dulu bukan dia dulu. Allahuuu
bln Julai lepas, besday wan (FIL) dgn anak buah sebelah apaknya. asyik postpone nak keluar mkn ramai2 sbb wan tak berapa sihat + PKPP so pilih masa jugak nak keluar makan kat kedai. membawa ke early August jugak akhirnya baru dpt keluar mkn ramai2. jadi wan suruh tulis sekali nama kakaknya kat kek. jadinya, berlaku la ketidakpuasan di situ. lepas tu keluar makan kami sekeluarga masa besday kakaknya. lepas tu tok umi buat makan2 sempena besday depa 2 org. tapi still ada celebration utk kakak kan? (walau dah include dia sekali). dan kwn2 kakak yg bagi hadiah mcm2 sempena besday beliau. makanya membawak lama la perasaan tak puas hati tuuu. hadoihh
kek besday wan + abg Haziq + kakak sponsored by apaknya yg mengundang ketidakpuasan si anak bujang beliau hahaha.
double celebration punn mengundang ketidakpuasan beliau. persoalannya kenapa besday kakak dulu, bukan dia dulu. kiranya mcm dia menumpang di besday kakak. ko jgn main2, budak ni walau baru 6 thn ayat2 yg keluar dari mulut dia blh buat mak speechless okeh..
dah bagitau, majlis utk dia jugak, tu mak letak skali belon nom 6. mula2 mcm ok, tapi lepas tu tetap dia mengungkit. siap cakap ni bukan hari besday Aniq yg sebenar. aduhai manja emak yg sorang ni..
takpelah, budak kan, apa je dia paham. hahaha. layan jelah kami ni pun. esok2 dia dah besar takdanya dia kesahkan besday dia dah. asalkan masih dlm kawalan, so ok je.
tapi mak pun takmolah nmpk mcm pilih kasih ke apa. so bagitau lah cikgu dia nnt nak celebrate besday Aniq kat skolah. bagi dia seronok bila kawan2 nyanyikan dia lagu besday hehe..
sehari sebelum ada singgah rumah mak sedara nak hantar barang. sepupu aku which is mak2 menakan budak2 ni saja nak bagi budak ni happy sebab besday kan? so maksu and makteh belanja belon comey. kemain seronok. tu tgk la maksu suruh psoe dengan belon. sandwich sedap by maksu B. balik rumah tu dia cakap dgn aku, ramai kan org sayang Aniq? aduhai anakkk, tulah doa mama siang mlm..
20hb 9 tu aku bagitau lah dia, lagi 3 hari sampailah besday Aniq. kemain seronok membilang hari. plannya on that day, aku nak hantar makanan kat Pasti dia utk mkn sama2 dgn kawan2 disana. thn ni last dia di pasti so kita kasik dia merasa sambut besday dgn kawan2. hari kejadian adalah hari Rabu, tapi Isnin tu dia dah bagitau cikgu kelas hari tu besday dia. ulang2 taktau berapa kali cikgu ckp. adoihhhh anak, bertabahlah hahah. excited lebih nih.
so, a day before gigihlah mak buat kek utk si manja tu. as usual kek coklat kegemaran ramai. anak2 aku tak minat kek lain. kek coklat ni lah yg menjadi pujaan hati diorg. kalau beli kang tak kena dgn mulut diorg, takdanya nak makan.. selain kek aku gorengkan bihun singapore skali. buat versi tak pedas la utk budak2 kan? cadangnya nak goreng nugget skali tapi kesuntukan masa. sebab semua tu masak pagi Rabu tu. mlm tu aku dah siang sesiap bahan, pagi esok sesubuh sepi dah bangun menggoreng bihun. then ordekan apam polkadot dari kwn aku.
hampir sama dgn kek kakak hahaha. so fair yehhh, jgn nak ngungkit apa dah. dia tgk ni pagi tu kemain happy, seronok ada kek besday utk dia hahaha..
cikgu yg snap gambar ni, aku sendiri tak sempat ambik pun haha. kalut oihhh. demi mu anak..
birthday boy! my manjahhhhhh.. masih tidor di bawah ketiak emak, walau cuma weekend je mak bagi kebenaran. hari lain sila tidor dgn kakak. ahaha
mood elok je pagi tu sebab besday kann? takda nak merengek ngantuk ke apa haha.. berani nak moody kang sesiap kena cubit ngan mama.
balik sekolah tu beriyalah cerita kisah sambutan besday dia. cikgu ada send video ramai2 nyanyi happy besday utk dia. seronok sgt tgk dia seronok! Alhamdulillah.
see his happy face! hahaha. lawak la hang ni Aniq oi.. legalah mak ni dapat buat semua ni dan tiada lagilah ketidakpuasan pasal besday tu. thn ni mcm meriah pulak hadiah yg diorg dapat, so bertambah seronok. mak pun sebenarnya seronok jugak layan kerenah dia bab besday ni hahaha..
manja emak. dia ni sehari taktau lah berapa kali peluk. tgh main kang kejap2 nak peluk. bukan takat mama jadi mangsa, kakak pun sama. kakak pulak jenis hati kering, so sia2 jelah kena jerkah nya hahah. ater, sehari 3-4 kali nak peluk mana kakak pun rimas malas nak layan.
cheeky face! budak akai jenuh. sokay, mama tak marah or bosan layan kerenah awak pun. mama tau awak cerdik sebab tu awak mulut kemain ramah tamah mcm murai tercabut ekoq! hahaha. takda dia lain mcm sunyi tu.
selamat hari lahir anak! doa mama hari2 ada utkmu. semoga kamu sentiasa di bawah lindungan dan rahmah Allah. semoga Allah permudahkan urusan kamu dlm menuntut ilmu, permudahkan dan luaskan rezeki kamu dlm segala hal. semoga kamu membesar dgn sihat dan cerdas mindanya. semoga kamu jauh dari sebarang bencana dan penyakit merbahaya. semoga kamu menjadi anak yg baik akhlaknya, yg blh berbakti kepada semua org juga kepada agama Allah. semoga kamu terus menjadi kesayangan semua org, semoga kamu terus jadi manja mama!
No comments:
Post a Comment