Tuesday, April 27, 2021

Ramadan kali ini : 2021

 Assalamualaikum..

hari ni dah 15 Ramadan. dan separuh dah perjalanan kita. lagi 15 hari, akan bertemu Syawal. kejap je masa berlalu kan? 

so mcm mana dgn puasa korang? persiapan raya dah ready ke belum? aku ni bab raya, entah la. mcm takda mood nak raya pun kan. takda menda pun. duluuuu tu, kuih raya dah mcm2 jenis order dgn kawan2. thn ni, nan hadoooo hahaha. baju raya pun sendu. ada la beli bulan lepas, sebab kerap sgt melintas kat wall FB tu. beli sedondon dgn Amni sorang sepasang. tu je pun. pastu utk Amni ada aku beli blouse + seluar nak pakai kenduri. tapi sampainya lewat. so aku simpan pakai raya jelah. utk Aniq, takda baju melayu lagi. sama apaknya. tema masih belum muncul hahah. hari tu dapat ke Alor Star, ada urusan. masuk mall, ada la belikan Aniq seluar 1 + tshirt 2-3 helai. ha tu jelah. nak shopping sakan pun, ntah dapat raya ke tak kan hahaha. hari tu ada Aniq tanya, bila kita nak raya mcm selalu tu. duluuu, kalau raya, dari day 1 sampai day 3 Syawal, mana nak lekat kat rumah kami ni. tutup pintu ha pegi beraya. thn lepas, tutup pintu, tidoq! hehe

ok, back to cerita puasa. pak incik jarang bangun sahur. dia tidor lewat so dia mkn siap2. kadang2 dia bangun,kadang tak. malas lah aku nak bacakan hadis bab sahur blablabla ni. dah tua, pandailah pikir sendiri hahah. life is easy, takyah serabutkan pikir benda simple tu. Amni tak da masalah, thn lepas dah puasa penuh. thn ni pun dia azam mcm tu. so far ok je dia. nmpk susut sket dah, sbb tak lalu mkn sgt. sahur tu kadang tak mkn nasi pun. tak lalu dia kata. ikutlah, malas aku nak paksa. kdg dia mkn cereal ja & susu. aku mmg tak mkn berat masa sahur. kang lebih kenyang, mengantuk pagi2 tu.  utk puasa kali ni, teruk aku kena serangan angin. entah la silap kat mana. lepas sahur, muntah. kerap jugak jadi. pegi doc, dia cakap angin blablabla sbb aku ada minum kopi, and tak bagus la sebab perut kosong. padahal aku dah mkn ubat angin masa sahur tu. masih lagi muntah. dia tukar ubat biji ke ubat air. tambah skali ubat gastrik haha. tapi, masih sama walau dah berenti kopi. ada la sekali 2 je kut aku mkn nasi. tapi nnt aku sengkak perut pulak + mengantuk. aku mkn yg lain, roti ke, susu and kurma camtu. tak kena gaya muntahhh. adoihhh. latest, semlm aku mkn kurma sebiji, air kosong and ubat2 tu lah. punnn muntah. maybe aku tak leh mkn sahur hahaha. masa Rejab & Syabaan lepas aku duk puasa Isnin Khamis, aku tak sahur pun. just bgn minum air, haaa ok takda muntah2 pun. makanya maybe aku takleh mkn sahur la kut. minum je. perut prg lain maybe ok melantak mcm2 masa sahur. aku ni, angin bnyk huhu. muntah ni perit wei. pagi2 tu pedih la perut. dah tghr sket, ha ok.

utk Aniq ni tahun pertama aku ajar dia puasa. sehingga hari ni baru 2 hari dapat full day. kagum jugaklah sbb dia berjaya bertahan walaupun maknya yg azab mengadap peel dia hahah. hari sekolah pulak tu. cikgu tusyen dia cakap, kalau diorg bizi ha ok, lupa la bab lapar tu. betul jugak kan? mula2 tu mmg aku kasik bekal ke dia, tapi tak mkn. malu sbb kwn2 ramai yg puasa. dasyat eh, darjah 1 dah puasa. tengok ke Aniq ni, mmg aku tak yakin pun, so tak paksa dari awal. tapi bila dia sendiri bagitau dia tak mkn apa2 kat sekolah (ada bekal roti, biskut & air), aku ikut jelah. dah balik sekolah, kat rumah sementara nak tunggu berbuka, dari pukul 5 nak ke pukul 7 tu jenuh la nak sabarkan dia hahaha. masa weekend, mmg payah aaa. Sabtu lepas dapatla sampai pukul 4. aku dah malas layan rengekan dia, ha silalah buka. menyampah mak dengar duk merengek lapar lapar laparrrr. 

berbuka, ada hari masak, ada hari beli. mcm bnyk beli setakat la haha. tapi, beli yg betul2 nak makan bukan sekadar teringin. takmo membazir walau kadang2 jadik jugak. huhu. sayang wei buang makanan kan? mcm tahun2 sebelum jugak, nak beli makanan @ lauk, beli kat tempat yg biasa beli. sesaja nak beli lauk kat bazar ramadan, ha jangan. kang blk mmg tersadai sepi la. kuih pun sama. beli yg mmg nak mkn je, bukan teringin semata2. ada la jugak, kadang2 terbeli sbb kesian ke penjual, sudahnya tak mkn. tak pun anak2 minta masa lapar gedik2 tu. blk rumah, mkn masa berbuka, hmmm.. frust jugak la. jual makanan utk berbuka kan, biarlah senonoh sket rasanya. taulah puasa pun, tak leh rasa. jgn la sedih sgt masakan tu. kadang ada spesis, bulan ramadan baru mula berniaga sbb tau mmg laku. sudahnya rasa ntah apa2. kalau yg mg meniaga makanan dari awal, puasa ke tak ke rasa tu tak lari dah sbb hari2 masak.

nak share menu berbuka kami yg ala kadar. mmg tak fancy lauk2 kami. entahlah, bulan puasa sama kut aku selalu jadi buntu bab makan haha. pak incik bila bulan puasa ni, pun tak berapa mkn. hadap air je.

 

ni menu day 1. blk rumah tgk ada bekas plastik tersangkut kat pintu. mak sedara pak incik sebelah rumah kasik. gulai ayam + rebung. dah terpaksa mkn nasi hahaha. 1st day puasa bwk Amni Aniq pegi param. sajalah sbb Amni puasa kan. diorg nak beli chicken chop sorang 1. utk apaknya beli nasi kerabu. aku beli ayam bakar. blk lawankan dgn lauk ni lah. pastu, seminggu pulak baru pegi param tu walau cuma depan rumah. sebab ramai nau manusia. lepas geram kut tahun lepas takda param.


yg ni masak. ayam goreng ala mamak + sayur lobak tumis pecah telur. ayam tu perap guna tepung yg pak incik beli. memula blendkan bawang putih + halia + telur. pastu gaul dgn tepung and perap ayam tu. sedap weii. rangup. bau dia mengancam ohh. tu ada beli kuih kuachi ibunda. sedappp! sebiji tu ha besar penumbuk Aniq. kenyang mkn.


tak masak. roti john opismate kasik. balik rumah beli ayam golek tempat biasa yg dah bertahun2 beli, then beli kuih lopes utk mak + takoyaki Amni nak. tapi dia mkn tak habes sebab tak sedap katanya. lepas tu aku tak beli dah. dia suka takoyaki, dan aku beli kat tempat yg selalu beli ja. yg tu beli kat param, dia la nak. learn form mistake ye.


kurma apak mentua kasik. cucur jagung mak sedara pak incik kasik. buah tembikai stok sedia ada. buah melaka + seri muka beli. mujurlah ada rasa. kuih tu aku kadang2 buntu nak beli, tapi beli tu kadang sebab kesian ke peniaga. sedap, Alhamdulillah rezeki. tak sedap, hmmm tak repeat dah.


masak. sebab teringin sardin. kalau sardin aku suka goreng dan lebih sedap. lawan dgn telor dadar and ikan bilis garing. Amni punyalah suka. masa berbuka dia mkn dah, pukul 10 bagitau nak makan nasi lagi hahaha.. sahur pun nasi ngan sardin lagi. suka benar. dan aku pun buat tak pedas la demi anak hehe. kuih pun masak. eh tak, goreng satar frozen made in Kelantan. sedappp.


semua beli haha. eh tak, tu ada aku masak ayam masak lemak utk anak2. pak incik la ni, dia kalau terlepas mmg jenis suka memborong ikut nafsu. sudahnya tak habeh. lauk tu beli kat kedai mak sedara aku. aku mkn daging blackpepper tu ja. ada pajeri, feveret jugak tu. tapi bila puasa, tak minat nak makan. 


kuih muih. now aku cuba kurangkan berbuka dgn bnyk sgt kuih. kalori oi hahaha. susah tau sbb aku dari dulu sejenis yg berbuka dgn kuih. wajib ada. mula2 mkn kuih, pastu nasik. pastu kuih lagi. pastu gemok haha. tu donut utk anak2. kegemaran depa. popia basah & buah melaka tu sedap. dan mmg itu ja yg aku beli selang sehari heheh. tak jemu lagi takat la. sagu tu ada pakcik duk sebelah gerai donut tu jual. kesian, so aku beli 3. mujur habis.


konsep hari ni, sorang 1 lauk hahah. malas masak. so terjah restoren kegemaran. tp dah petang pegi pun, lauk bnyk dah habis. belikan ikan keli kegemaran anak dara, beli sup ayam utk anak bujang. utk mak pak beli daging bakar danok sorang sebekas. kenyang mkn sebekas tu. bnyk jugak la. manisan ada buah harum manissss yg manis. semua habis, Alhamdulillah. tak masa takpa, beli pun ok. tapi jgn membazir kan?


paling latest masak ni. Sabtu lepas. Amni sebut nak udang, dah lama tak mkn. bulan lepas ada pegi tindik telinga dia, so tak bagi la makan yg gatal2 ni. baru ni dia sebut nak udang, so mak turutkan. udang masak lemak + ikan kembung goreng + telur masin + sambal belacan. kalau lunch ni confirm menambah, tapi berbuka, tak leh mkn bnyk. maybe kenyang air hehe.


see, tak fancy kan menu kami. simple saja. matlamatnya ialah kenyang dan tak membazir. bulan puasa aku tak berani masak mcm2 sbb takleh rasa hahaha. kalau aku cuti, ha aku buatlah menu like sup ke apa, sbb blh rasa. gambar pun takda la hari2 ambiknya. mana yg sempat je. kadang siap masak, eh azan. kelam kabut jugak petang. kalau hari beli lauk tu, relax la sket. bulan puasa ni anak2 balik sekolah pukul 4. mak pun sama, dapat balik awal 30 minit dgn waktu bekerja fleksi. Alhamdulillah, Allah permudah. awal2 hari tu runsing jugak bab nak ambik anak sekolah tu. 

hari ni berbuka menu apa pulak kitaaa...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...