Wednesday, May 05, 2021

Yang terpaling teruk puasa

 Assalamualaikum..

 

tahun ni 1st Aniq belajar puasa. dia dah 7 tahun. aku taknak la paksa sgt, budak lagi. lagipun dia tak sama mcm kakaknya. dulu kakaknya umor 6 thn dah puasa, 10 hari camtu la kut dpt full day. dia mmg berkobar2 nak berpuasa. Aniq ni, belum apa2 lagi dah bagitau taknak puasa, nnt dia pengsan. adoii haha. aku pun tak harap sgt tgk ke perangai dia tu. anak bongsu kannnnn..

1st day puasa, tak gerak pun dia bgn sahur. sebelum ke sekolah, breakfast mcm biasa. then aku  kasik dia bekal. leftover sahur kami, nasi + ayam kunyit, biskut & air masak sebotol. cikgu dah maklum dlm group kelas, yg tak puasa nnt cikgu bwk pegi mkn. so mak prepared la apa patut utk anak bujang nan seorang haha. blk petang tu, masa ambik diorg kat skolah dia cakap dia makan biskut ja masa rehat pukul 10. aku tanya kenapa tak mkn nasi masa lunch break tghr tu, dia cakap cikgu tak bagi. eh?

next day, dia tak nak bawak bekal dah. nak bawak roti @ biskut ja. dgn air. aku paksa, dia nangis. katanya cikgu tak bagi makan bekal. eh lagiii. so malas nak argue, sukati kau la nak oi. ptg tu masa aku sampai sekolah, diorg tgh solat asar. so aku lepak tunggu kat wakaf tepi ruang solat. kebetulan cikgu kelas dia lalu, so saja la tegur. cikgunya cakap Aniq tak bgtau pun bawak bekal. blh ja nak mkn, saya blh bwkkan dia ke bilik guru. rupanya anak2 yg tak puasa, cikgu bawak ke bilik guru wanita utk mkn masa rehat pukul 10. masa lunch break tghr tu cikgu tak tanya dah. so, dia assume cikgu tak bagi makan hahaha. adoi la Aniq. dan, ramai kwn2 kelas dia yg puasa, so dia malu la nak keluarkan bekal. lepas tu, dia cakap dia puasa. bawak bekal roti & air tu tak minum pun. blk rumah dan2 lapar lapar lapar hahaha.

sehingga hari ni, dia berjaya dpt full day 6 hari. semuanya masa hari sekolah. hari2 aku bagi bekal biskut @ roti, tapi dia tak makan. mak tekejut jugak la kan, sbb dia blh tahan lapar tu. tapi pukul 5 sampai rumah tu, dia punya drama aku mcm nak lepuk kepala. ada hari aku bagi ia buka ( mostly buka la ), yg bertahan tu 6 hari ja hahaha. sayang la, kalau dah pukul 5 ++ nak buka kan? tapi aku teruk la nak melayan kerenah dia. biar dia mandi lama, main air so lupa la kejap. dah pukul 6 nak ke waktu berbuka tu, aku layannn ja kerenah dia. buka tv tgk kartun, bagi main phone utk dia lupakan lapar tu kejap.


ni ha, kelaku balik sekolah. masuk je rumah dan2 lembik takleh jalan dah. pastu zikir la lapar lapar laparrrrrr. selalunya aku suruh mandi dulu. dan dia mandi main air ha bule tahan lama. lantak lah. aku biar je. dah sudah mandi tu segar la sket kan. pastu kasik layan tv @ phone.


over. duk ulang ayat, takda ke makanan utk Aniq. hahahaha. ada nak, tapi tunggu azan  maghrib. kebanyakkan kwn2 aku anak diorg puasa full kalau weekend. tp anak bujang aku ni sehari pun tak dapat full masa weekend. lagi penat aku nak ngadap. sbb duk rumah. kalau gi sekolah diorg main dgn kwn2, so lupa bab lapar. kat rumah, selang 10 minit bagitau lapar lapar lapar. eh nyampah pulak aku dgr. weekend paling jauh blh pegi pukul 4. aku dah penat nak dgr rintihan dia, ha pegi lah makan. dia akan ckp nak minum ja, bukan makan. dia belajar puasa makanan dulu, nnt dah kuat dia puasa semua. ha yeeee


mcmkan dia sorang puasa. drama kuat hahaha. aku pun tak nak la berkeras sgt. patutnya umor ni kena tekankan solat, baru puasa. so kita slow2 ajar dia. dan aku pun tak sampai hati nak berkeras. sbb dia tak mcm kakaknya. Amni dulu tak merintih sgt. lagipun budak perempuan ni beza kan?


ni peel dia tidor. sejak bulan puasa, dia yg paling awal tidor. kadang sama sudah solat magrib, terus tidor. walau puasa separuh hari haha. letih menda la. lepas magrib selalu aku ngaji quran. dia nnt datang lepas tepi aku takpun tidor kat bilik aku dulu. nnt baru aku alihkan ke blk sebelah. pernah dia tidor kat sejadah lepas solat tu. sabar jelah.


ni petang nunggu berbuka. dah setel hal kat dapor, lepak depan tv. makanya tak pegi jauh la dari maknya ni. layankan jelah manja nak seorang. makin kurus dah. berat turun 1kg setakat la ni hehe. ada hari dia ok, ada hari nmpk letih. kadang dia mkn bnyk  masa berbuka, kadang tu ala kadar ja. sama mcm kakaknya. utk sahur, dia punya special case, sahur pukul 7. nasi taknak. so kita ikut je apa dia nak mkn. malas aku nak paksa nnt bebai.

lepas dia dpt 5 hari full puasa aku reward la, bawak ke kedai Eco, kasik shopping toys. kemain seronok. lepas tu dia tuntut lagi. aku ckp boleh, kena puasa lagi 5 hari. kita tgk la last2 ni nak dapat ke tak. kakaknya so far penuh lagi puasa. muka dah nmpk kecik sket sejak puasa ni. sahur langsung tak nak nasik. berbuka pun tak mkn bnyk. ni lepas raya nak kena duk rumah sebulan. risau gak aku  kang montel balik badannya hehe

so hari dah 23 Ramadan. masih berbaki 7 hari. macam mana puasa korang? persiapan raya dah setel ke? masalahnya, nak raya kemana ja kiterrrr.. mujurlah Perlis PKPP, blh la meraya lagi. tapi takleh seronok sgt, SOP kena patuh. kena aware sebab Covid masih ada. stay safe gais.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...