Wednesday, August 11, 2021

Kematian yg dicemburui

 Assalamualaikum..

 

sehari 2 ni, rasanya seMalaysia sedih dan pilu dengan berita pemergian Allahyarhamah Siti Sarah. kita dah 2 tahun bersedih dgn pemergian kawan2, saudara mara dan saudara seIslam kita sebab covid nih. dah Isnin lepas, mmg buat hati kita bagai direntap.

walau kita tak kenal secara peribadi dengan arwah Sarah, tapi ramai yg ikut dan follow dia dan suami di media sosial kan? jarang kita dengar cerita yg tidak enak tentang pasangan ni. bila dpt tau mereka sekeluarga +ve covid, ramai yg ikut secara rapat kisah mereka. maybe sbb mereka selebriti. dan dlm situasi dia yg sedang mengandung, mmg sgt membimbangkan.

aku sendiri, hari2 buka ig, fb dan igs Shuib utk tau perkembangan mereka dan cerita Sarah. bila ada yg share tu, dan2 tu doa minta Allah permudah. bila dgr dah di operate utk keluarkan baby, besar harapan moga dia makin baik. 

pagi Isnin, lepas subuh, duduk kejap and belek hp. dan terbaca pasal kematian Sarah. Allahukabar. tersentak rasa tu. tak sangka betul

mujurlah hari tu aku cuti. dan seharian aku murung tak da daya nak buat apa. masak pun tak. kebetulan cuti, tghr masa anak2 dah setel kelas, keluar sekejap utk pos barang then singgah beli lauk. pastu kembali belek handphone, scroll kat sosmed, baca cerita mengenai perjalanan akhir arwah. air mata mcm takleh henti. sedih sgt rasa tu. walau bukan sedara, bukan kawan pun. mengenangkan anak2 yg ditinggalkan, bayi yg baru lahir, Allahu sedihnya.

dan, satu persatu kebaikan arwah dikeluarkan, di ceritakan. betapa Allah mengangkat darjatnya. meninggal disebabkan wabak, dan melahirkan anak, syahid dan Insyallah syurgalah utknya.

 


dan sampai hari ni, masih tak henti kebaikan yg dia pernah buat, dikongsi org ramai. tak kisah lah rakan artis atau tak. semua bercerita yg baik2 tentang dia. kita yg mendengar pun seronok. dan, seluruh rakyat Msia mendoakannya. yg terkini, solat jenazah ghaib di Tanah Haram. Allahukabar.. entah apa amalan dia, yg Allah angkat sehinggakan begitu sekali darjatnya diangkat. tidak kisahlah bagaimana permulaannya, tapi pengakhirannya yg kita kena ambil iktibar.

covid ni bnyk beri kita pengajaran. banyak beri kita cth baik dan buruk. dah 2 tahun kita hadap benda ni. tiba masa utk kita baiki diri. jgn terus menunding jari. percaya pada qada dan qadar Allah. menulis, mengungkap mungkin mudah. tiba masa bahagian kita, entah bagaimana kan? 

teruskan berdoa, minta dengan Allah yg baik2 saja. doakan utk kita, utk keluarga dan utk semua org. teruskan berbuat baik. jgn henti menambah amal. jgn henti sebarkan kasih sayang, kerna kita tak tau bila masanya kita akan dijemputNya. kita tak tau bila masa org yg kita sayang dipanggil pulang. 

moga roh allahyarhamah Siti Sarah ditempatkan di kalangan para sahabat. moga keluarga terutama anak2nya tabah dlm ujian ini.. kematian yg dicemburui...

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...