Tuesday, August 24, 2021

Masih lagi jadi cikgu mama

 Assalamualaikum..

PdPR masih lagi on seperti biasa ya para ibu2 haha. bln 10 nnt pun belum tentu sekolah rendah buka kan?  adoih la.. sabar jelah aku. apa nak buat, kita kena terima situasi negara kita sekarang kan? dgn situasi sekarang rasanya makpak pun taknak hantar anak ke sekolah kan? semua pun utk kebaikan bersama. now, ibu bapa & para guru kena saling kerjasama utk pendidikan anak2 kita. tak dinafikan, anak2 kita sudah agak ketinggalan. konsep aku mudah ja, kita cuba sekadar mampu, esok2 dah besar kalau dah mmg dia nak cerdik, ha cerdiklah jadinya. gittuhhhhh..

ada ja parents yg push anak2 gitu gini kena ikut kelas segala. anak2 kita tak biasa dgn kelas online segala ni. budak skolah rendah, mana la paham sgt. yg skolah menengah tu maybe ok la blh bawak diri kan? walau dah masuk 2 thn kita mcm ni, tapi tak semua budak blh catch up pun. so makpak jgn stress sgt. relax chill dah.. hehe. tu aku la. korang aku tak sure cemana.

last year aku a bit stress la pikir bab ni. tapi lama2 aku cuba tenangkan diri. nak kejar apanya kan? bila ada parent berlumba submit keja skolah, aku buat rilex. yg sempat, ha kita submit. yg tak, konsepnya redho. kita kat opis, handphone berdenting2 mesej masuk pakat duk done done doneeee. rengsa wei hahaha. utk kali ni, tak masuk opis full, ada hari work from home. so dpt handle sendiri kelas anak2. hari yg aku masuk opis, tak dapat la. blk mlm baru belek2. itupun kalau sempat and mak ok haha. letih gak wei kadang2. so ada la homework yg terbengkalai. mujurlah cikgu pun tak push sgt.

thn ni bnyk improvement. cikgu2 pun dah makin bijak teknologi. last year maybe tak sempat nak kaji semua kan? so thn ni mcm2 pendekatan ada, so makpak pun rilex sket. tahniah pada cikgu2 semua.

anak2 aku sekolah swasta, sekolah agama. so tak terikat sgt dgn peraturan dari jab pendidikan. masih follow guide yg sama, tapi aku tgk tak seketat sek kebangsaan lain. mujurlah. since last year mcm ok ja. cikgu2 mmg usaha bantu anak murid. yg merengsakan is makpak dlm group wasap hahaha. adoihh sabaq jelah. tapi tak kata ke sesapa, benda 1st time jadi kan? dan semua makpak nak anak dapat pendidikan terbaik kan? apakan daya, kita tak bersedia utk semua ini.

sekolah anak2 aku ni, kelas pagi 2 subjek saja. ptg kelas kafa pun 2 subjek. jumaat takda kelas. so, rilex kan? makpak tak berkejaran sgt. anak2 pun tak stress. kelas start pkul 9. next klas pkul 11. depends on cikgu tu, ada kelas online, ada kelas offline. sama mcm kafa jugak. tapi kafa slalu offline la. cikgu kasik link video dari YT, then ada homework. pastu kena submit. kelas utk subjek pagi pun sama. yg offline, ada cikgu yg rekod sendiri video. ada effort la compare dgn search saja video kat YT kan? hehe. tapi tulah, tak semua cikgu pandai teknologi, dan maybe tak cukup alatan. kita kena terima..  aku ok ja. nak komplen lebih2, bukan bidang kita pun. cikgu2 pun maybe dah usaha kan? musim mcm ni tak guna pun nak tunding jari sana sini salahkan org nu salahkan org ni. berdamailah dgn takdir hehehe..

utk kali ni, walau kelas tak padat, tetaplah ada part yg makpak penat nak follow kan.. takpa, kita follow selow selow hehehe.. kat skolah ni dah mmg ada group wasap utk setiap kelas. so kat group tu cikgu2 guna utk hebahan hal sekolah, cuti ke, ada taklimat apa ke. update bab kelas pun situ la. kelas on ke batal. utk hantar keja skolah, cikgu guna telegram pulak. dan ada group utk setiap subjek. yg ni la agak pening. 2 anak, kali dgn berapa subjek, meriah la henpon mak ni hahaha. ada cikgu yg guna googleform utk submit keja skolah, ada yg guna tele. mak mmg kena alert. dan yg terbaru sekolah dah update apps utk parents bagi points utk anak2. cikgu2 pun guna apps tu. anak masuk kelas, ha dapat marks. anak submit homework dapat marks. anak aktif ke tak dlm kelas pun ada marks. sebab now kan exam smua dah takda, so cikgu guna kaedah tu utk nilai anak murid. apa ke nama ntah konsep tu, lupa dah aku pun. ada cikgu bagitau masa taklimat lepas.

 

kat telegram mak. meriah dgn group subjek kelas anak2 jelah hahaha.

dan ada jugak a few group dari wasap yg now dah move to tele. sbb lagi bnyk kelebihan dari wasap. lebih ringan pun ya katanya. so kita follow jelah.


dan kat gallery gambar henpon mak pun, penuh dgn gambar keja skolah anak2 hahaha. budak2 ni ada henpon sorang 1 dah, tapi duk submit smua guna henpon mama jugaklah. sbb ada hari yg mama keja, diorg duduk dgn adik aku. payah la pulak nak minat dia yg handle bab homework budak2 ni. dia blh jaga pun dah syukurrrr bila hari mama kena masuk opis.

bnyk la yg makpak kena alert bab sekolah anak. kadang2 ada perubahan. kadang tak perasan pun ye hehe. ni dah tukar kerajaan, tukar menteri pendidikan baru, entah apa lagi nak tukarnya. hmmm..

for now, kita sabar and  follow the flow hehe. kerajaan pun dah usaha. kita yg duk kat bawah ni taktau pun usaha diorg cemana kan? nak jaga senegara, besar weh.. kita komplen, bising2 pun dapat apa je?  cikgu2 pun dah usaha. kita pun dah usaha. anak2 pun sama. doa yg baik2 utk anak2 kita, utk smua, Insyallah semua akan baik2 saja.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...