Assalamualaikum..
cerita seterusnya utk tahun 2022, ujian covid 19.
selepas 2 thn berperang dgn virus ni, bertahan dan akhirnya 'kun fa ya kun', maka terimalah aku ujian ini, bila disahkan +ve covid 19.
kali ni, kali ke 4 aku kuarantin sebagai contact rapat dan seterusnya kuarantin sebagai pesakit. so, al kisahnya...
hari Jumaat 25hb, mak aku buat makan2 sempena adik lelaki aku nak berangkat ke Sabah. ada cerita di sini. hari Sabtu mlm, dia naik bas ke KL. then umi dan adik2 aku lagi 2 org bermlm kat rumah aku. anak2 aku ni mmg berkepit je dgn mak2 sedara depa. Aniq tu siap tido skali dgn makcik dia, nak lepaskan rindu katanya. selalu nak kepit ngan mama ja, ada makcik, lupa terus ke mama nih haha..
next day, Ahad, lepas budak2 ni selesai mengaji quran, kami keluar sekali. pergi beli barang2 sket. lepas lunch baru hantar umi dan adik bongsu aku blk sana. adik lagi sorang, balik rumah dia dah. mlm tu, ada duk wasap dia, dia bgtau dia demam. dannn, Amni pun demam mlm tu. panas gila badan dia, suhu pun cecah 38.+. dia punya gelisah sampai tak blh tidor. 3-4 kali terjaga tengah mlm masuk bilik aku bgtau aku sakit kepala, pastu sakit kaki bagai. hairan jugaklah aku ni. awal maghrib tu dah bagi dia mkn ubat demam. pastu pantau. Isnin aku mmg apply cuti, sbb plannya nak kluar beli barang sekolah budak2 ni. tapi tak jadi sebab mak aku malas nak kluar dah, letih kenduri katanya. so, aku update pegawai aku utk cancel cuti tu, dan aku akan masuk opis. kena pulak ada lagi kerja tak setel. kami ada istiadat konvokesyen bulan Mac nnt, so mmg keja bnyk lah. tapi dah Amni demam tu, aku cuti jugaklah. dia jarang demam, so bila sesekali dia demam, risau jugak lah. Isnin tu aku pantau jelah dia. bagi ubat on time, check suhu. dia tido & baring ja, muka pun nmpk lesu. mkn pun taknak sgt, dia bagitau sakit tekak, susah nak telan makan. mlm tu masih demam lagi. next day, Selasa 1 Mac, public holiday Israk & Mikraj. sesubuh sepi, adik bongsu aku call. bagitau dia +ve covid. ahhh sudahhhh. dia demam, batuk2, sakit tekak & sakit kepala. so dia buat rtk test kat rumah.
then, laju2 lah aku gerak anak2 utk buat test jugak. sbb mmg close contact lah kan. pukul 8 pagi masa tu. anak2 baru bgn tidor, menggelupor masing2 sbb aku buat nasal test hahaha. tau dah, budak2 ni tak pandai nak suruh keluarkan air liur. so alang2 ada test kit yg ada nasal test, aku jolok je hidung budak2 ni, dgn hidung aku skali haha.
as expected. both +ve covid. masa ni, blank sekejap. dia mcm, ehh anak2 aku kena covid huhuhu.. blank sekejap taktau nak buat apa. then call adik2 aku semula. afiqah yg mula +ve. then minta dia buat test ke umi abah. diorg -ve, so kena asingkan. call afizah pulak, dia pun +ve. so, selamat berkurung. aku kekal -ve masa ni. so, sila pakai mask & jaga penjarakan sosial walau dlm rumah sendiri.
update mySejahtera, anak2 kena HSO 1 Mac-10 Mac sbb blm vaksin. masa ni demam Amni dah kurang. muka pun nmpk jernih sket dah. mkn pun ok. tapi batuk2 masih ada. Aniq masih steady. masuk mlm, haaa mulalah dia pulak demam.
dia ni kalau demam, mmg panjang cerita. sbb jenis payah kebah. suhu cecah 38.+ mcm kakaknya jugak. mlm tu mmg aku duk jaga dia ja, tidor pun tak lena. aku jelum dgn air lemon. pakaikan coolfever kat belakang. lepas maghrib dia tertido sendiri sbb letih. jarang la nak jd mcm ni. tgh mlm dia terjaga sbb aku duk lap2 badan dia. aku gerak, pujuk2 ajak mkn ubat. pujuk2 lagi slow2, dia mkn juga burger 3-4 suap, then makan ubat demam. pastu bagi dia minum air cap badak. pukul 1 camtu, sambung tidor. badan masih panas.
ini perkara yg buat aku risau jugak. kadang2 mmg jadi mcm ni kalau dia panas sgt. berdarah hidung. sepanjang dia demam tu, 2 hari jugaklah hidung tu berdarah. risau, cuak, tapi act cool as usual huhu. selain demam, simptom Aniq is, cirit birit. sehari tu adalah 4 kali dia membuang dan cirit. tapi sebab dia mkn minum ok, dan takda la lesu teruk, aku tak bimbang sgt. mula2 tu aku mcm pelik, dah kenapa asyik senak & cirit ja. rupanya, simptom jugak. dlm 5,6 hari jugak la dia duk cirit tu. Amni mujurlah takda simptom lain selain demam & sakit tekak. demam pun 2 hari ja. sakit tekak pun sama. batuk ada sikit2 tapi tak teruk. ada ubat batuk kat rumah, so mkn yg tu ja. lepas 2-3 hari dah ok tekak dan batuk dia.
beli vitamin Diffenz ni dgn opismate aku. ramai kata bagus di musim covid ni. sbb dia ada bnyk vitamin yg bagus utk paru2. beli terus set mak anak. sblm ni pun mmg aku duk mkn dah vit c, anak2 pun. dah mcm ni, kita tambah yg ni pulak. opismate aku tu, sangkut sekali roti, biskut bagai kat pagar. tekak tgh tak sedap, nak mkn manis2, tu Allah dah hantar. Alhamdulillah.
mak kekal -ve next day. dan bertahan selagi mampu. makanlah apa patut supaya badan kuat. hari Rabu aku update bos dan mohon work from home, sbb anak2 kena kuarantin. aku apply sampai Jumaat dulu. then setelkan kerja berkaitan konvo, bantu team dari jauh.
Rabu tu aku dah mula bergejala. demam panas! aku tidor dari ptg sampai
ke esok paginya. rasa sejuk sampai ke kaki, selimut bagai, tapi sebenarnya badan panas berbahang.
sakit kepala, sakit tekak yg perit telan air liur sakit. minum air dah bnyk dah, tapi tekak tetap perit.
hari Khamis pagi, aku rasa mcm kuat sket. sbb mlm sebelum tu aku dah telan ubat demam. then dapat perkhabaran, umi aku +ve. dan2 lah merambu air mata. bila call ckp ngan umi, ha mulalah nak keryau huhu. anak2 tak sihat, badan sendiri pun mcm tak kuat, umi pulak +ve. luluh rasa hati tak blh balik jaga mak sendiri. adik aku pun masih blm recover. mcm2 ada dlm kepala masa tu. a day before, umi demam, dia tidor je seharian hari Rabu tu. test next day, +ve dah. umi kata, dia ok ja. takda simptom lain. demam ja, and now dah ok. tak payah risau kan dia, duk ja sana jaga anak2. waaaaaaaaaaaaaaaa.. mmg merambu2 la air mata aku hari tu. tghr sket, aku gagahkan diri, lawan. kena kuat. aku keluar pegi beli apa patut then hantar ke rumah umi. beli lunch utk diorg, beli air kelapa, beli ubat2, beli makanan sket then tekan minyak blk sana. husband aku masih kat rumah mgg tu, so dia tlg tengokkan anak2.
jumpa abah je kat luar rumah. duduk pun jauh2, walau kami dua2 masih kekal -ve. kita berjaga2 kann.. pas makanan and barang smua tu, sembang kejap then balik. sbb aku pun mcm pening2 lalat dah masa tu.tak jumpa umi aku pun. kalau jumpa, maybe aku keryauuu lagi huhu.
balik rumah, rasa letih sgt, badan mcm tak kuat, then baring & tidor jelah sampai ke mlmnya. mujurlah apaknya steady ja. takda simptom apa. dia la yg bantu serba sikit. masak tu mmg tak dah aku. tak daya nak berdiri lama, pening. beli je mkn hari2.
Jumaat pagi, muncul lah ia. yeszaa, +ve jua aku akhirnya hahahaha. masa ni aku dah redho, kalau aku pun kena. sebab duk jaga Aniq tu, aku dah bergejala. ada mlm tu, aku bersin non stop. jadi aku buka mask. Aniq pulak menempek je dgn aku, nak mama nak mama all the time bila dia tak larat tu. nak peluk mcm biasa. aku tak layan sgt, tapi terbabas jugaklah. dia mmg hari2 kalau sihat pun, keja dia mmg peluk aku ja. nak di halang sgt pun, dia tak sihat. tidor pun aku kena tepuk2 dia, sbb dia mcm meracau. maybe sbb badan panas sgt. aku mmg doa, minta Allah jaga kami, minta yg baik2, dan aku redho dgn apa saja yg Dia nak bagi.
mak sedara sebelah rumah call tanya khabar. dia pesan suruh aku keluar pagi2 dlm pkul 8.30 pagi ke pukul 9 pagi. bagi kena cahaya matahari pagi. Vit D semulajadi. aku pun pagi tu, keluarlah. cabut rumput bagai + berjemur. pecah peluh! seronok. lepas zohor, tumbang sampai mlm hahaha. badan letih, kepala pusing. tapi, kena matahari tu mmg bagus ye. jgnlah sbb kena kuarantin, hang duk ja dlm rumah tak keluar2. noo, kena recharge badan.
next day, sbb aku tak kuat sgt lagi, aku berjemur dari dlm rumah sajalah haha. tak kuasa dah nak kluar cabut rumput. bgn pagi lepas subuh jgn tidor dah. pkul 7.30 pagi aku buka semua pintu tingkap. bila matahari dah memancar masuk, aku duduk ja situ dlm 15 minit. biar berpeluh sket. takleh ikut sgt nak lay down ja.. nnt badan ko bertambah lesu. lagilahhh kau lambat segar.
lepas update kat opis, aku +ve, tghr sket dah sampai sedikit sumbangan dari kelab staf. Alhamdulillah. laju betholll hehe. ada jugak frozen food dlm tu, pakej buah limau skali.
dari kakak opis lama. kebetulan dia lalu, disangkutnya kat pagar. feveret sgt ni. batang buruk dari Muar. mmg tiap2 tahun beli dgn dia bila raya. tenkiuuuu kakak. blh buat kudap2 di mlm hari. jiran sebelah ada hantar nasi lemak pagi tu. sepupu2 yg berdekatan pun tanya if ada nak kirim apa2, diorg blh tolong belikan. tapi since apaknya masih kekal utuh, sihat takda apa2, so dialah keluar gi cari makan. minggu tu mmg tak berasap langsung dapur. beli je makan smua siang mlm.
dari gepren opis lama. habis terus ubat tahan sakit, ubat demam, paracetamol ke apa. hari2 makan, tak sedar dah habis stock. then ada penyelamat datang hulor ikut pagar. dia kata, farmasi ramai je yg duk beratur, sudahnya dia pegi ambik kat klinik panel. 4 papan terussss hahaha. ko telan la puas2. lepas hari ke 4 mcm tu, aku tak mkn ubat dah. masa mula2 demam, haa mmg mkn on time. tapi sehari 2 kali ja aku ambik. lepas dah ok sket, aku mkn sehari sekali saja. lepas tu, tak mkn dah. dah dapat cuti kerantina, bila rasa pening, letih lesu tu, aku baring jelah. dah alang2 cuti kan? takmau lah asyik duk mkn ubat sangat. mulut pun jadi pahit dah.
bekalan sepanjang 10 hari kuarantin. vit C mmg hari2 duk ambik dah. dah anak2 +ve tu, aku top up vit Diffenz tu pulak. ubat demam, ubat batuk anak2 sentiasa ada kat rumah. ubat demam dewasa, habis! haha. ubat tahan sakit, paracetamol pun. tak check stock aku pun. air cap badak tu, pak incik beli buat stcok. mcm sesuai je dgn Aniq. bagi dia minum hari2 utk sejukkan badan. gula2 tu, opismate aku belikan sekali dgn roti. buah limau dari kelab opis. dlm peti ais ada epal merah & hijau. so, mmg mkn buah bnyk juga lah. dlm bekas biru tu, habbastussauda. taburkan dlm makanan, kunyah sekali. lama dah beli tu. ada juga air kelapa, lemon. tapi lemon tu aku tak lalu nak telan dah. sebab bila dah kerap sgt minum, tekak dah pait haha.
tak ingat hari apa, tiba2 ada rider call tanya rumah. nak hantar mc d. jenuh mikir siapa yg hantar. rupanya dari family abg aku. kak ipar aku orderkan. seronok la budak2 tu dapat mc d for lunch. kebetulan hari tu, pkul 11.30 aku duk mikir nak masak apa. malas la haihhh + badan lesu. rupanya Allah nak bagi rezeki.
yg terpaling seronok takda pikir masalah apa, budak manja ni lah.. mula2 buat test, dia dgn kakak +ve, then mama -ve. dia buat muka sedih dan cakap " kenapa mama tak +ve sekali, blh la Aniq peluk mama". itu ja hang pikiaq anak oihhhh.
dannnnn, bila mama +ve, ehh kemain dia seronok. mak hang tumbang nak mangkit pun tak blh, dia seronok mai duk kepit bawah ketiak. 10 hari duk rumah, bahagia betollll dia. kejap2 peluk cium mak dia ni. sabaq jelah aku pun melayan. tapi kesian jugak lah ke depa, boring weiii haha. mula2 masa tak sihat tu, aku pun layan tidor baring. dah sihat tu, eh laa bosan takda nak buat apa. ada la plan nak buat itu ini, tapi badan mcm tak fit sgt, so layan baring la bnyk sesambil layan drama Thai kat Viu haha
petang2, kami kluar lepak kat laman. siram pokok, cabut rumput sket2, belek2 pokok, sapu laman, ha gitu jelah ulang2. selalunya pkul 6 camtu keluar lah. tutup semua kipas2 dlm rumah bagi dia rehat sama. pkul 6 tv pun kena tutup sampai pukul 8. tu mmg peraturan dlm rumah. petang hari sila keluar riadah di luar ye anak2.. jgn nak duk terkurung dlm rumah je seharian. tapi si kakaknya selalu ngelat. budak tu duk dlm bilik ja la ni. fasa tu sekarang ni.
lepas tau +ve, aku takda repeat test dah. ada la kawan2 duk test lagi lepas tu sbb nak tau dah -ve ke belum. ehh tak kuasa akuuuuu. dah +ve, ha lantak situ. 2 thn ++ dah kita hidup dgn virus ni, rasanya kalau kumpul2 dah blh jadi nurse la lekeh2 pun hahaha. segala info, ilmu mcm2 org share pasal covid ni. once kau +ve, virus tu ada dlm badan lamaaaaaa. cumanya dia ada tempoh berapa lama dia aktif utk menjahanamkan badan kau dan menjangkiti org lain. lepas tempoh tu, kau still +ve tapi virus tu dah lemah. test memang ada yg -ve, tapiii virus tu adaaaa. so, tak kuasalah haih aku nak repeat test. membazirrrr.
ni namanya bisnes ayaq lioq hahaha. ehh kemain susah nak dapat menda alah ni. kadang2 tu merata farmasi pegi, semua out of stock. mostly akan beli simpan buat stock sbb jadi keperluan wajib dah. rasanya kita dah spend beratus ringgit dah kan beli test kit ni kan? ni aku dapat beli sebelum aku +ve tu. brand Newgene tu aku suka sbb ada skali utk nasal test. aku guna yg tu masa buat kat anak2. pricey sket, klau tak silap rm13.9.. tak ingat dah, bnyk jenis sgt beli haha. tu ada 2pcs aku beli jenis lolipop. utk anak2 lah. yg tu harga rm9.90. then yg saliva biasa, dapat murah hari tu rm5.90. duluuu kemain mahal. pernah beli brand newgene rm29. nak ludah pun pikir bnyk kali hahaha.
dan sekarang, smua tu masih ada kat rumah. simpan buat stock ke depan pulak. aku takdanya nak repeat test bila nak tau -ve dlm masa kuarantin tu. tak kuasa. baiklah kita pantau simptom, makin ok or sebaliknya. itu lagi penting. check suhu badan, check oksigen, tu lagi penting. jaga makan, jaga badan, jaga emosi, cepatlah kita pulih. bila nak -ve tu, tak penting. sbb walau dah masuk 3 minggu ni, virus tu masih ada dlm badan aku. cuma dia dah lemah. pedulikan dia. now, kena kuatkan badan balik, kena mkn makanan berkhasiat, vitamin bagai utk terus lawan virus tu supaya tak datang lagi hahaha.
1st day masuk kerja selepas 10 hari kuarantin. gila pishang duk rumah tak buat apa2 hahaha..
sebenarnya, Allah ni maha baik dgn kita, dgn aku. walau dia bagi ujian, dia bagi juga rahmah. sebab tu kita jgn mengeluh dgn ujian yg Dia bagi. tapi, tukar ujian kepada rahmah, redha dan Insyallah semua akan jadi baik2 saja.
covid ni takda org yg nak kan? tapi itulah dia. benda dah ada sekitar kita lama dah. kita pun merata keluarnya, tak blh nak elak. bila anak2 +ve dlu, mmg aku blank sekejap. sblm ni dgr kawan2, sedara mara kena. kemain kau wasap sana sini, bagi diorg semangat petua bagai. bila kena kat diri sendiri, jadi blank taktau apa nak buat hahaha.. aku tahan air mata depan anak2, act as usual sbb taknak lain jadinya nnt. tapi bila mak aku +ve mmg aku down gila. risau weh pikir warga emas ni. tak blh balik jaga pulak kan? tapi, terus doa yg baik2, minta Allah tenangkan hati ni. aturan Allah tu elok dah. mula2 si kakak kena. dia lega demam, adik pulak kena. adik sihat sikit, aku pulak kena. jadinya aku blh jaga anak2 masa aku sihat. aku tak sihat, baring ja seharian, tapi anak2 dah sihat so tak la bimbang sgt. diorg dah blh bawak diri masing2, nak mkn ambik sendiri, buat hal masing2 dah siap tolong jaga emaknya ni haa. dan, apak depa ni kekal sihat utk kami semua. mak aku kena, mujurlah adik yg bongsu ada sini blm balik kampus. jadi dialah harapan di sana. hari2 kami call tanya khabar masing2, borak2 tanya masak apa, sihat ke tak blablabla.lepas tu semua dah sihat, bnyk masa nak bonding dgn anak2. bergolek2 jelah layan anak2 sembang2 main smua. walau ujian, tetap ada hikmahnya. dan, semuanya berjln dgn baik, takda stuck kat mana2. makanan cukup, ada yg hantarkan. ubat2 pun ada cukup, ada yg hantarkan juga. duit pun Alhamdulillah ada utk guna sepanjang kuarantin. simptom pun masing2 tak teruk, lepas a few days dah sihat. makan smua ok berselera ja.
merasa juga kena covid ni kan? mujurlah juga tak kena masa awal2 dulu, waktu badan pun blm kuat. now, dgn vaksin yg dah kita ambil, badan dah blh lawan virus tu dan simptom yg kena pun tak teruk. blh kuarantin di rumah saja. Alhamdulillah. Allah bagi rehat duduk rumah bertenang. fikir yg baik2 kan.. now, aku ada sikit2 post covid symptom. nafas jd pendek, tak blh buat keja laju2 menga jadinya. tapi sblm ni pun ada la mcm tu sbb gemok hahaha. badan kadang2 jadi seram sejuk mcm nak demam, tapi tak demam pun. batuk tu adaaaa. masa tgh kuarantin, batuk masa awal2 ja. hujung2 tu dah tak batuk. dah habis kuarantin ehh kemain kau batuk2 sampai muntah. gatal tekak lain macam. tapi takda la teruk, cumanya ada la. anak2 so far ok, takda sambungan apa2.
kat opis aku ni dah blh buat alumni dah. silih ganti pakat kuarantin. apa nak buat, virus tu bertebaran rata dah kan? kita jaga sebaiknya pun, kalau nak kena, tak blh nak elak dah. kita pun merata pegi sekarang ni kan? covid ni, kalau badan kita kuat, kita blh lawan. jaga makan yg penting. mkn makanan yg berkhasiat, vitamin semua tu. jaga badan supaya fit, tak lembik utk lawan dia. awak lemah, seronoklah dia menyerang. dan vaksin juga menyumbang utk bantu. aku bukanlah pro vaksin, tapi kita usaha mana baik. yg taknak vaksin, terpulang. tapi kena kuatkan antibodi badan.
moga cepatlah virus ni pegi dari bumi ni supaya kita dapat hidup mcm biasa. semua org terkesan tak kira peringkat manusia. dan kita kena biasakan diri hidup dlm norma baru ni. terus jaga sop, jaga kesihatan masing.